Alhamdulillah, ketika pakdo tertunggu-tunggu saing-saing pakdo, kini datang juga Ayah Ngah yang secara langsungnya kini menjadi saing baru Pakdo. Pakdo gembira sungguh dengan kehadiran saing-saing pakdo yang baru dan yang lama.
Pakdo nak ucapkan selamat datang kepada Ayah Ngah kerana dengan kadatangannya tu membuatkan pakdo merasa lebih terhibur. Kebetulan tadi pakdo pergi ke bendang dan termenung di wakaf tengah bendang selepas penat mengerjakan sedikit tanaman sekadar yang mampu pakdo lakukan. Kalaupun ada saing-saing pakdo yang tengok pakdo duduk termenung di wakaf sambil menunggu tibanya waktu zuhur, jangan ingat pakdo ni kurang sudut, Pakdo tak kurang sampai 45 darjah, pastinya ada juga sedikit sebanyak satu dua darjah tu biasalah yang kurangnya. Pakdo bukannya apa. Ketika termenung tu pakdo fikirkan bermacam-macam perkara. Pakdo tidak sahaja fikirkan tentang diri pakdo saja, tetapi juga pakdo fikirkan tentang anak cucu cicit pakdo yang akan mewarisi pakdo dan makdo suatu hari nanti. Saing-saing pakdo yang adakalanya sempat bertemu pakdo di wakaf ada juga nasihati pakdo supaya tak perlulah renungkan sangat masalah anak cucu cicit ni , kerana takdir akan menentukan letak duduknya pada kemudian hari adanya. Adapun yang sedemikian selepas beberapa ketika berehat, pakdo baliklah ke kediaman pakdo . Alhamdulillah makdo telah sediakan makan dan minum pakdo . Apa lagi pakdo makanlah rezeki itu untuk mengalirkan kesihatan ke seluruh tubuh badan termasuk pakdo yang semakin mengendur. Selepas makan pakdo tersandar sebentar di beranda dan pakdo mula didatangi semacam perasaan. Pakdo merasakan seakan muzik yang halus dan merdu. Nak katakan serunai bukan serunai,nak katakan seruling bukan seruling , nak katakan gendang bukan gendang tapi iramanya sungguh menyamankan. Irama apakah ini, begitu sayup tapi jelas, begitu perlahan tapi nyata. Mungkin ini irama jiwa pakdo, alunan muzik yang terlahir dari getaran jiwa halus pakdo yang berdesir kerana sentiasa berada dalam kedamaian dan ketenangan. Apakah ini irama mencari damai di hati atau mencari damai abadi, pakdo tidak begitu pasti. Pakdo kemudiannya baca tulisan Ayah Ngah dan pada baris-baris akhir tulisan Ayah Ngah itu, membuatkan pakdo turut mengalirkan air mata. Bukan pakdo sedih, bukan pakdo berduka, tetapi pakdo merasa terharu, pakdo terharu sekali kerana Ayah Ngah ada sebut nama Pakdo di situ. Kalaulah mungkin air mata dijadikan penawar , maka penawar itu terlalu berharga kerana air mata itu mengalir dari perasaan yang murni dan ikhlas, air mata itu mengalir dari kesepian , kesulitan, keterharuan dan kegembiraan yang sangat. Semoga pakdo sentiasa berada dalam kedamaian dan ketenangan sentiasa. Hormat selalu daripada Pakdo yang sentiasa mengingati saing-saing pakdo semuanya. On 7/20/08, ayahngah Ayah Ngah <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Assalamualaikum... > > > > Pertama-tamanya, ayahngah nak minta ampun minta maaf kerana mengganggu > kalian semua. Ayahngah adalah orang baru di sini. tapi pama masa sama, > ayahngah dah lama memantau, perhati dan jenguk groups ni. Cuma ayahngah tak > ada ruang dan peluang nak bersama-sama kalian. > > Setelah ayahngah berusaha dari turun naik, gelap cerah, pejam celik sejak > sekian lama, akhirnya ayahngah dapat juga daftarkan diri di groups ni. > Beginilah orang beriman. Berkat sabar, usaha gigih, tak kenal penat lelah, > kikis rasa jemu, buang sifat takut, ayahngah dapat bersama kalian. > > Bukan apa, tujuan ayahngah nak masuk di sini kerana nak perbanyakkan > pengetahuan, pengalaman dan bertukar-tukar fikiran. Sebab ayahngah tengok > semua yang ada dalam groups ni bijak pandai belaka. Tu yang ayahngah terliur > sangat2 nak ikuti tu. > > Harap kalian terimalah kehadiran ayahngah deh. > > Soal siapa diri ayahngah, biarlah ayahngah saja yang tau. Ayahngah adalah > ayahngah. Orang yang lahir hampir-hampir merdeka. Sempat jugalah makan nasi > cicah budu dan ubi kayu rebus tu. Cuma yang terkilannya, ayahngah tak sempat > nak rasai penampar jepun. hahahaha...oppp maaf. > > ayahngah sekarang ni berada di bumi Malaysia. Berasal tu memanglah dari > Pantai Timur. Dah kahwin. Dah ada anak pun. Tapi kalau ikut sunah Nabi, > ayahngah ada kuota kosong tiga lagi. hahahaha...opp sekali lagi maaf. > > > > Sebenarnya yang mendorong kuat untuk ayahngah sertai groups ini kerana > ayahngah tertarik dengan pakdo. Rasanya ayahngah kenal akan pakdo dan > tokabah. walaupun tak sebaya, tapi mungkin seangkatan. ayahngah rindu pada > zaman-zaman 60-an dulu. zaman pop yeh yeh. zaman jefri din, sanisah huri, m > daud kilau, dj dave vs uji, sharifah aini vs broery, hail amir vs uji > rashid, khatijah ibrahim, orkid abdullah, sm salim, hamzah dolmat dan ramai > lagi. > > lagu-lagu mereka banyak beri dan bawa pengajaran. bukan macam lagu-lagu > sekarang buat anak-anak muda jadi separuh gila. puja benda-benda syirik, > dedah sana dedah sini. lupa ayah lupa ibu. bini lupa suami, suami lupa bini. > mak lupa anak. macam-macam lagi. > > sebab tu bila baca kisah hidup pakdo dan tokabah... ayahngah rasa sejuk. > tiba-tiba saja ayahngah terkenang masa lalu. huuuuuuu...sedih sangat. > > sebelum ayahngah menangis lebih larat lagi, ada baiknya ayahngah stop kat > sini dulu. takut nanti lain jadi nya. > > untuk kalian semua, salam perkenalan dari ayahngah...bye...assalamualaikum. > > > > > -- Hrmat selalu daripada Pakdo
