saya pun rasa begitu juga. jangan-jangan lebih muda dari ctlala
--- On Sun, 7/20/08, scarlet pimpernel <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: scarlet pimpernel <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: { PESISIR } salam perkenalan dari ayahngah
To: [email protected]
Date: Sunday, July 20, 2008, 3:34 PM
salam untuk semua,
setelah meneliti salam perkenalan dari ayahnguah. naluri saya kuat mengatakan
bahawa ayahngah ini tidaklah setua yang didakwanya.
Saya perhatikan laras bahasanya, gaya penulisan dan pemilihan perkataan, maka
saya yakin, ayahngah hanya berselindung di sebalik nama dan sebenarnya masih
muda.
apa kata ayahngah?
----- Original Message ----
From: ayahngah Ayah Ngah <ayahngah007@ yahoo.com>
To: [EMAIL PROTECTED] .com
Sent: Sunday, July 20, 2008 1:29:57 PM
Subject: { PESISIR } salam perkenalan dari ayahngah
Assalamualaikum. ..
Pertama-tamanya, ayahngah nak minta ampun minta maaf kerana mengganggu kalian
semua. Ayahngah adalah orang baru di sini. tapi pama masa sama, ayahngah dah
lama memantau, perhati dan jenguk groups ni. Cuma ayahngah tak ada ruang dan
peluang nak bersama-sama kalian.
Setelah ayahngah berusaha dari turun naik, gelap cerah, pejam celik sejak
sekian lama, akhirnya ayahngah dapat juga daftarkan diri di groups ni.
Beginilah orang beriman. Berkat sabar, usaha gigih, tak kenal penat lelah,
kikis rasa jemu, buang sifat takut, ayahngah dapat bersama kalian.
Bukan apa, tujuan ayahngah nak masuk di sini kerana nak perbanyakkan
pengetahuan, pengalaman dan bertukar-tukar fikiran. Sebab ayahngah tengok semua
yang ada dalam groups ni bijak pandai belaka. Tu yang ayahngah terliur sangat2
nak ikuti tu.
Harap kalian terimalah kehadiran ayahngah deh.
Soal siapa diri ayahngah, biarlah ayahngah saja yang tau. Ayahngah adalah
ayahngah. Orang yang lahir hampir-hampir merdeka. Sempat jugalah makan nasi
cicah budu dan ubi kayu rebus tu. Cuma yang terkilannya, ayahngah tak sempat
nak rasai penampar jepun. hahahaha...oppp maaf.
ayahngah sekarang ni berada di bumi Malaysia. Berasal tu memanglah dari Pantai
Timur. Dah kahwin. Dah ada anak pun. Tapi kalau ikut sunah Nabi, ayahngah ada
kuota kosong tiga lagi. hahahaha...opp sekali lagi maaf.
Sebenarnya yang mendorong kuat untuk ayahngah sertai groups ini kerana ayahngah
tertarik dengan pakdo. Rasanya ayahngah kenal akan pakdo dan tokabah. walaupun
tak sebaya, tapi mungkin seangkatan. ayahngah rindu pada zaman-zaman 60-an
dulu. zaman pop yeh yeh. zaman jefri din, sanisah huri, m daud kilau, dj dave
vs uji, sharifah aini vs broery, hail amir vs uji rashid, khatijah ibrahim,
orkid abdullah, sm salim, hamzah dolmat dan ramai lagi.
lagu-lagu mereka banyak beri dan bawa pengajaran. bukan macam lagu-lagu
sekarang buat anak-anak muda jadi separuh gila. puja benda-benda syirik, dedah
sana dedah sini. lupa ayah lupa ibu. bini lupa suami, suami lupa bini. mak lupa
anak. macam-macam lagi.
sebab tu bila baca kisah hidup pakdo dan tokabah... ayahngah rasa sejuk.
tiba-tiba saja ayahngah terkenang masa lalu. huuuuuuu...sedih sangat.
sebelum ayahngah menangis lebih larat lagi, ada baiknya ayahngah stop kat sini
dulu. takut nanti lain jadi nya.
untuk kalian semua, salam perkenalan dari ayahngah...bye. ..assalamualaiku m.