*Ayah Ngah, Tok Abah dan saing-saing Pakdo semuanya. Semoga dalam tenang dan
damai selalu.
Pakdo baca apa yang saing-saing pakdo tuliskan dan pakdo tak mahu masuk
campur dalam hal-hal seperti ini , kerana pakdo nak tumpukan perhatian pakdo
kepada mengasuh dan mendidik cucu cicit pakdo agar menjadi orang yang
berguna pada masa akan datang.
Pakdo nak pesan kepada cucu cicit pakdo, berlaku jujurlah walaupun berada di
zaman yang penuh dengan ketidakjujuran. Berlaku baiklah walaupun berada di
zaman yang penuh dengan ketidakbaikan.
Malam ni pakdo tidak nak bercakap panjang kerana Pakdo nak tidur awal untuk
menjaga kesihatan pakdo di usia yang kesenjaan begini.
Pakdo sebetulnya tidak mahu campur dalam urusan perbincangan tema begini.
Pakdo nak nasihatkan diri pakdo agar tidak panjangkan penulisan seperti ini
yang membabitkan perbezaan pandangan yang boleh mengurangkan kedamaian hati
pakdo yang tenang tenteram ini.
Ayah Ngah tanya Pakdo parti apa. Sebelum beritahu parti apa yang pakdo
sokong, Pakdo minta berbanyak kemaafan kiranya ianya berbeza dengan
saing-saing pakdo sekelian.
Tapi bagi pakdolah, pakdo tak kisah saing-saing pakdo parti apa, mereka
tetap saing baik pakdo juga. Memandangkan Ayah Ngah tanya pakdo jawablah.
Kalau Ayah Ngah Parti Gerakan, pakdo ni hanya penyokong parti bebas saja.
Walaupun kita tak sama parti, Ayah Ngah jangan pulak berpaling muka ke
belakang bila jumpa Pakdo. Begitu juga dengan Tok Abah dan saing-saing pakdo
sekelian.
Hormat selalu daripada Pakdo.
*
2008/7/22 ayahngah Ayah Ngah <[EMAIL PROTECTED]>:
> Assalamualaikum...
>
> Tadi, tiko ayahngah tengoh baring-baring atas jemoran belake rumoh nok
> ringan-ringankan badan dan betul-betulkan urat sarat yang membalut tulang
> temulang empat kerat yang dah tak seberapa ni, ayahngah tibo-tibo teringat
> akan sahabat ayahngah yang lahir lima atau lapan tahun lebih dulu dari
> ayahngah.
>
> Dah lamo benar ayahngah tak dengar kabar seman, makcik mah, kak yah man,
> makcik jah, jiman, pak win, tok aji ya, tok wan nab, mak wan nik dan pok
> man. Ada lagikah mereka ni? Kalu sudah berpegian, ayahngah nok ucapkan
> takziahlah pado ahli keluarga mereka dan ayahngah nak sedekahkan Al-Fatihah
> lah untuk mereka. Semoga Allah mencucuri Rahmat atas roh mereka. Amin...
>
> Ayahngah ado baco luahan hati Tok Abah mengenai muzakarah antara Umno dan
> Pas. Bilo baco isi hati dan pandangan Tok Abah tu, ayahngah dapat buatlah
> sikit kesimpulan. Ada benarnya jugak apo yang Tok Abah tu kato. Tapi
> sungguhpun gitu, tak bolehlah kita cepat-cepat nok kato Tok Abah ni orang
> serban tebal. Belum tentu bilo kito berkecek negatif pasal Umno, kita orang
> serban tebal. gitu juga bilo kito berkecek negatif pasal Pas, kita ni orang
> Umno.
>
> Ayahngah ni dari awal lagi orang parti gerakan. tok gerok, tok make.
> Ayahngah saye parti ni sebab dia benar-benar amalkan demokrasi. Parti ini
> menggalokkan ahlinya berusaha untuk hidup. Ayahngah dan makngah mu adalah
> ahli seumur hidup dalam parti ni. Lagu mano Pakdo mu? Pakdo mu parti begapo
> wee?
>
> Ayahngah boleh sangat nok capur urusan Tok Abah dan Aku Diriku, tapi malas
> nok panjengen. Sebab kalu ayahngah campur tangan gak, takut jadi lain pulak
> la. Takut kohor panas. Jadi, atas nasihat makngah mu, ayahngah terpaksa
> lupokan pasal debat politik dalam ruangan ni.
>
> Apapun, ayahngah nak bgtau, muzakarah ni perlu dalam kehidupan manusia.
> Hari-hari dalam kehidupan kita, kita bermuzakarah. Dengan makngah mu pun
> ayahngah bermuzakarah. dengan anak-anak pun ayahngah muzakarah. dengan
> sahabat taulan pun ayahngah muzakarah, waima dengan jiran sebelah rumah pun
> ayahngah muzakarah.
>
> bakpo tibo-tibo dalam bab pas umno ni tak boleh muzakarah? tak aci la lagu
> tu. pas dengan umno kena muzakarah. soal nok baloh tu biasola. Laki bini pun
> baloh, ayahngah dengan makngah mu pun baloh sokmo. tapi tak lama... malam
> nanti ayahngah bbaik lah. mano buleh baloh lamo-lamo dengan makngah mu...
> nok nahas? kalu beraso keras palo gak, balohla lamo-lamo. hahahaha... opp
> maaf.
>
>
>
> --- On *Tue, 7/22/08, Tok Abah <[EMAIL PROTECTED]>* wrote:
>
> From: Tok Abah <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: { PESISIR } Muzakarah PASUMNO atau Debat lagi Bagus.
> To: [email protected]
> Cc: [EMAIL PROTECTED]
> Date: Tuesday, July 22, 2008, 6:19 AM
>
> Macam-macam cerita ndak muzakarah. Muzakarah ini ialah perbincangan
> untuk mendapat redha Allah. Kata putus mesti merujuk kepada Al-Quraan dan
> Hadith. Masing-masing kena meletak diri mereka lemah dan yang akhbar ialah
> Allah dan Alam semester.
>
> Kalau muzakarah hendak tunjuk kuat, ndak tunjuk engkar dan tak mau patuh
> kepada Allah, masing akan ada cadangan logik masing-masing. sesat, kena
> tipu. Banyak dah pelastin kena tipu oleh Israil. Perundingan demi
> perundingan, apa hasilnya kepada pelastin. Tanah jajahan makin hilang, kuasa
> makin susut.
> Masalah muzakarah, akan dikuasai oleh siapa. Siapa punya media. Siapa punya
> kuasa. Kalau debat Sabri Chik Vs DSAI pun telah di manipulasi oleh radip TV,
> bagaimana mizakarah nii pula. Pas ada apa untuk pejelas kepada pengikutnya.
> Mellui syarahan lambat sangat.
> Kalau macam tuu, bagaimana kalau saya cadangkan supaya berdebat, caranya
> tidak banyak beza, tetapi masing-masing kena pertahankan hujjah. Buat secara
> live di TV 101.
>
> Itu pandangan Tokabahnya sajeee..
>
>
>
>