Ha ha ha....betul, betul tu Tuan Man, memang kadangkala budak-budak ni lebih
bergeliga otaknya hasil daripada anugerah Illahi, kalau tidak masakan Hang
Nadim menjadi kerakusan kuasa pemerintah pada suatu ketika dahulu. Saya sangat
bersetuju dengan lontaran idea yang diberikan oleh Tuan tu, dan sememangnya
perbalahan mesti diteruskan angkara 'kebahlulan' kelompok masing-masing
sedangkan orang lain bertepuk punggung untuk menunggu saat dan ketikanya
kehancuran dan keruntuhan tamadun bangsa yang akan tersungkur setelah tiba masa
dan ketikanya, tunggulah saat-saat 'Kun Fayakun' hasil daripada perbuatan
tangaan-tangan mereka (manusia) itu sendiri.
Satu golongan berpegang kepada "BAHAWA PERBALAHAN ITU SUDAH MENJADI FITRAH"
dakwanya, "TENGOK SAHAJA ZAMAN QABIL DAN HABIL?", tu hanya dua beradik yang
mendiami dunia yang amat luas ini. Apatah lagi dengan kapasiti penduduk dunia
hari ini. Maknanya bukan sahaja orang Melayu perlu berbalah, malah semua umat
manusia atas muka bumi ini perlu berbalah. Benar dakwa mereka bahawa mereka
berpaksikan kepada premis yang kononnya dikatakan menjadi 'kebenaran' kepada
golongan mereka, akan tetapi sejauhmanakah piawaian yang mendakwa 'kebenaran'
itu dapat diterima berasaskan kepada ketetapan sama ada dari perspektif
hukum-hakamnya, mau pun dari sudut falsafah moralnya.
Apa-apa pun Tuan, kita tunggu dan lihatlah......."JANGAN NANTI ANAK CUCU,
CICIT, CIAT & PIUT KITA AKAN MEMANCUTKAN KENCING MEREKA DI ATAS KUBURAN KITA
NANTI DAN MENDAKWA BAHAWA NASIB MEREKA PADA MASA ITU ADALAH KERANA KEALPAAN
KITA PADA HARI INI"....Wallahuaklam....
To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Wed, 23 Jul 2008 23:22:16
-0700Subject: RE: { PESISIR } Muzakarah PAS UMNO atau Debat lagi Bagus.
Pas dan Umno adalah dua parti yang lahir daripada dua perut ibu. Satu lahir di
Selatan, satu lagi di Utara. Datanglah ribut taufan, puting beliung, gempa bumi
dan tsunami sekali pun, kedua-duanya tidak akan dapat disatukan. Masing-masing
mempunyai ego tersendiri. masing-masing menganggap diri mereka Islam, diri
mereka Melayu, diri mereka betul, diri mereka bijak pandai (walhal merekalah
parti dan pemimpin yang paling bodoh). Baik si polan ni mahupun si polan tu.
dua-dua sama bodoh. Jadi tak perlulah nak muzakarah ke nak muqabalah ke. Anak
saya yang Tahun Satu bercakap-cakap dengan abangnya yang Tingkatan Tiga. Kata
si Natily kepada Zulkarnain, "muzakarah tu gapo abe? Jawab si abang, "muzakarah
tu mu kekoh parok." Tanya pula si Natily, "muqabalah tu gapo pulok?", jawab si
Zulkarnain, "muqabalah tu "mu kohor baloh."
Apo komen Tuan Ipul kita?
--- On Wed, 7/23/08, hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]>Subject: RE: { PESISIR } Muzakarah PAS
UMNO atau Debat lagi Bagus.To: [EMAIL PROTECTED]: Wednesday, July 23, 2008,
9:31 AM
elok kiranya kita bersatu memegang kembali hulu keris TAMING SARI. Saya kira
tangan kita tidak menjadi buruok kalau kita sama-sama memegang hulu keris itu.
--- On Wed, 7/23/08, Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
From: Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED] com>Subject: RE: { PESISIR
} Muzakarah PAS UMNO atau Debat lagi Bagus.To: [EMAIL PROTECTED] .comDate:
Wednesday, July 23, 2008, 7:34 AM
Apakah kita perlu memanggil Jepun untuk memberikan 'napar tawar' pulak baru
kita nak bersatu? atau memanggil Inggeris untuk melaksanakan divide & rule baru
kita nak kenal erti penyatuan atau perpaduan?
To: [EMAIL PROTECTED] .comFrom: ayahngah007@ yahoo.comDate: Tue, 22 Jul 2008
07:21:16 -0700Subject: { PESISIR } Muzakarah PAS UMNO atau Debat lagi Bagus.
Assalamualaikum. ..Tadi, tiko ayahngah tengoh baring-baring atas jemoran belake
rumoh nok ringan-ringankan badan dan betul-betulkan urat sarat yang membalut
tulang temulang empat kerat yang dah tak seberapa ni, ayahngah tibo-tibo
teringat akan sahabat ayahngah yang lahir lima atau lapan tahun lebih dulu dari
ayahngah. Dah lamo benar ayahngah tak dengar kabar seman, makcik mah, kak yah
man, makcik jah, jiman, pak win, tok aji ya, tok wan nab, mak wan nik dan pok
man. Ada lagikah mereka ni? Kalu sudah berpegian, ayahngah nok ucapkan
takziahlah pado ahli keluarga mereka dan ayahngah nak sedekahkan Al-Fatihah lah
untuk mereka. Semoga Allah mencucuri Rahmat atas roh mereka. Amin... Ayahngah
ado baco luahan hati Tok Abah mengenai muzakarah antara Umno dan Pas. Bilo baco
isi hati dan pandangan Tok Abah tu, ayahngah dapat buatlah sikit kesimpulan.
Ada benarnya jugak apo yang Tok Abah tu kato. Tapi sungguhpun gitu, tak
bolehlah kita cepat-cepat nok kato Tok Abah ni orang serban tebal. Belum tentu
bilo kito berkecek negatif pasal Umno, kita orang serban tebal. gitu juga bilo
kito berkecek negatif pasal Pas, kita ni orang Umno.Ayahngah ni dari awal lagi
orang parti gerakan. tok gerok, tok make. Ayahngah saye parti ni sebab dia
benar-benar amalkan demokrasi. Parti ini menggalokkan ahlinya berusaha untuk
hidup. Ayahngah dan makngah mu adalah ahli seumur hidup dalam parti ni. Lagu
mano Pakdo mu? Pakdo mu parti begapo wee?Ayahngah boleh sangat nok capur urusan
Tok Abah dan Aku Diriku, tapi malas nok panjengen. Sebab kalu ayahngah campur
tangan gak, takut jadi lain pulak la. Takut kohor panas. Jadi, atas nasihat
makngah mu, ayahngah terpaksa lupokan pasal debat politik dalam ruangan ni.
Apapun, ayahngah nak bgtau, muzakarah ni perlu dalam kehidupan manusia.
Hari-hari dalam kehidupan kita, kita bermuzakarah. Dengan makngah mu pun
ayahngah bermuzakarah. dengan anak-anak pun ayahngah muzakarah. dengan sahabat
taulan pun ayahngah muzakarah, waima dengan jiran sebelah rumah pun ayahngah
muzakarah. bakpo tibo-tibo dalam bab pas umno ni tak boleh muzakarah? tak aci
la lagu tu. pas dengan umno kena muzakarah. soal nok baloh tu biasola. Laki
bini pun baloh, ayahngah dengan makngah mu pun baloh sokmo. tapi tak lama...
malam nanti ayahngah bbaik lah. mano buleh baloh lamo-lamo dengan makngah mu...
nok nahas? kalu beraso keras palo gak, balohla lamo-lamo. hahahaha... opp
maaf.--- On Tue, 7/22/08, Tok Abah <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
From: Tok Abah <[EMAIL PROTECTED] com>Subject: { PESISIR } Muzakarah PASUMNO
atau Debat lagi Bagus.To: [EMAIL PROTECTED] .comCc: [EMAIL PROTECTED] comDate:
Tuesday, July 22, 2008, 6:19 AM
Macam-macam cerita ndak muzakarah. Muzakarah ini ialah perbincangan untuk
mendapat redha Allah. Kata putus mesti merujuk kepada Al-Quraan dan Hadith.
Masing-masing kena meletak diri mereka lemah dan yang akhbar ialah Allah dan
Alam semester.
Kalau muzakarah hendak tunjuk kuat, ndak tunjuk engkar dan tak mau patuh kepada
Allah, masing akan ada cadangan logik masing-masing. sesat, kena tipu. Banyak
dah pelastin kena tipu oleh Israil. Perundingan demi perundingan, apa hasilnya
kepada pelastin. Tanah jajahan makin hilang, kuasa makin susut.
Masalah muzakarah, akan dikuasai oleh siapa. Siapa punya media. Siapa punya
kuasa. Kalau debat Sabri Chik Vs DSAI pun telah di manipulasi oleh radip TV,
bagaimana mizakarah nii pula. Pas ada apa untuk pejelas kepada pengikutnya.
Mellui syarahan lambat sangat.
Kalau macam tuu, bagaimana kalau saya cadangkan supaya berdebat, caranya tidak
banyak beza, tetapi masing-masing kena pertahankan hujjah. Buat secara live di
TV 101.
Itu pandangan Tokabahnya sajeee..
Always-on security tools provide safer ways to connect and share anywhere. Find
out more. Windows Live
_________________________________________________________________
Easily publish your photos to your Spaces with Photo Gallery.
http://get.live.com/photogallery/overview