Pesisir Dekati Masyarakat Blogger lihat di www.celikhuruf.blogspot.com ADA usaha kecil dari komuniti desa di tanah kelahiran saya sedang mengukir tapak memperkasakan generasi celik IT. Sejak beberapa tahun ini saya memantau dekat dalam talian meskipun jauh dari jarak geografi. (Gambar dipetik daripada www.pesisir.net )
Syabas sekali lagi kepada saudara Edi Ramlee daripada PESISIR serta Ahli Jawatankuasa yang terlibat. KURSUS ( atau mahu saya sebut sebagai bengkel) BINA DAN KENDALI BLOG PESISIR DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENERANGAN DAERAH TUMPAT telah dengan jayanya diadakan semalam (16 Ogos 2008). Meskipun ramai dalam kalangan blogger sedia ada tidak melalui proses kursus dan bengkel namun saya berbangga dengan usaha kecil ini yang mampu memberikan cetusan yang bermakna kepada yang memerlukan. Semoga selepas ini bukan sahaja akan lahir penggiat blog yang baharu, tetapi menambahkan kesedaran kepada pemahaman bagaimana mengendalikan maklumat yang sekian hari sekian banyak melalui laman blog. Untuk mendaftarkan laman blog bukanlah sesuatu yang sukar. Saya pasti tidak sesukar untuk menerapkan falsafah kandungan serta pengisiannya. Malah, ada yang merungut mahu mengemas kini blog juga tidak punya waktu - termasuk juga tidak tahu apa yang mahu ditulis. Meskipun PESISIR sebuah persatuan penulis pinggir bandar dan kerdil dalam peta kesusasteraan tanah air, namun melihat kepada usaha-usaha dan aktivitinya saya percaya persatuan ini mempunyai asas keberdirian yang tersendiri. Ada falsafah yang didokong dari dahulu hingga sekarang. Kalau tidak silap saya, dalam tempoh sebulan sahaja sudah dua bengkel yang melibatkan komuniti penulis dan penggiat sastera diadakan. Baru-baru ini Bengkel Penulisan Berita dan kini pengendalian laman blog pula. Semoga peserta hadir dapat memanafaatkan ilmu yang diperoleh, dan semakin gagah berjuang dalam bidang penulisan. Baik secara luar talian atau dalam talian. p/s : SYABAS sekali lagi kepada PESISIR. Saya pasti akan selalu rindu untuk pulang ke desa. ----- Original Message ----- From: "hashim latiff" To: [email protected] Subject: Re: { PESISIR } Gambar Bengkel ICT- Bina dan kendali blog 16 Ogos 2008 Date: Sat, 16 Aug 2008 15:13:10 -0700 (PDT) bos, komen sikit. nak tulis dalam sinar. SEGERA! --- On Sat, 8/16/08, rajaothman rajaibrahim <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: rajaothman rajaibrahim <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Re: { PESISIR } Gambar Bengkel ICT- Bina dan kendali blog 16 Ogos 2008 To: [email protected] Date: Saturday, August 16, 2008, 10:12 PM alhamdulillah selamat juga bengkel tu berjalan walaupun saya bertugas di permatang pauh.terima kasih kpd semua. 2008/8/16 Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com> Alhamdulilah bengkel Bina dan kendali blog yang diadakan pada 16 Ogos bermula pukul 8.30 pagi hingga 1.30 tgh telah berjaya dilaksanakan. Gambar-gambar semasa bengkel dijalankan boleh dilihat melalui pautan: http://kursusblog. pesisir.net Ediramle Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.tintarona.blogspot.com -- Be Yourself @ mail.com! Choose From 200+ Email Addresses Get a Free Account at www.mail.com
