sememangnya begitulah keadaan dan fitnah yang dibuat oleh golongan yang ingin
menhapuskan ISLAM....Tp mesti ingat ISLAM itu adalah jagaan daripada
ALLAH....dan tidak ada seorang pun yang akan menhapuskan ISLAM
--- Pada Khm, 28/8/08, Nazmi Yaakub (Bukunota) <[EMAIL PROTECTED]> menulis:
Daripada: Nazmi Yaakub (Bukunota) <[EMAIL PROTECTED]>
Subjek: { PESISIR } Tahukah anda 9 putar belit dalam novel kontroversi tentang
isteri Rasulullah, Aisyah Abu Bakar, The Jewel of Medina?
Kepada: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL
PROTECTED], [email protected], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Tarikh: Khamis, 28 Ogos, 2008, 3:24 AM
UMAT Islam selalu dikaitkan dengan emosional apabila membantah penghinaan dan
serangan terhadap Islam termasuk Rasulullah, isteri baginda dan para sahabat.
Mereka yang berdemonstrasi, membantah dan menggesa pihak yang menghina itu
dikenakan tindakan atau bahan penghinaan diharam serta ditarik balik, sering
dituduh bersikap tergesa-gesa tanpa terlebih dulu membaca atau menyelidiknya.
Ini berlaku pada novel The Satanic Verses oleh Salman Rushdie atau kartun
menghina Nabi Muhammad oleh kartunis Belanda atau filem Fitna oleh ahli
Parlimen Belanda, Geert Wilders. Rasanya tidak ramai yang membaca The Satanic
Verses, melihat kartun atau menonton filem Fitna.
Yang terbaru ialah novel cereka (baca: putar belit) sejarah, The Jewel of
Medina karya pengarang Amerika Syarikat (AS), Sherry Jones, yang
memutarbelitkan sirah Aisyah Abu Bakar, isteri kepada Rasulullah saw. Oleh
kerana The Jewel of Medina sehingga sekarang tidak dapat diterbitkan selepas
penerbit asalnya, Random House, menarik balik pengedaran dan penerbit BeoBook
terpaksa membatalkan rancangan penerbitan di Serbia, maka tidak ramai yang
dapat membaca novel itu.
Versi The Jewel of Medina: Aisyah pulang ke Madinah dengan membonceng kuda yang
ditunggangi Safwan dengan tangannya memeluk pinggang lelaki itu, manakala
pipinya disandarkan ke bahu Safwan.
Versi sebenar: Aisyah pulang ke Madinah dengan menaiki unta Safwan dengan
sahabat Rasulullah itu menarik tali unta berkenaan, manakala sesetengah versi
pula mengatakan Safwan berada jauh di belakang unta Aisyah tanpa dapat melihat
isteri Rasulullah itu, tetapi cukup untuk memastikan unta tidak tersesat.
9 Putar belit dalam Jewel of Medina di http://kawat. blogspot. com
Kewartawanan ialah sastera dalam pantas!
Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair.
Journalist is a literature in hurry!
Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/