dunia sudah akhir zaman. sekarang adalah waktu-waktu fitnah bermaharajalela.
sedikit marah dan bimbang dengan versi novel yang dihasilkan oleh pengarang
barat itu kerana generasi muda sekarang hanya segelintir yang mahu meneliti
sejarah pada akar umbinya, sedangkan yang selebihnya hanya suka menadah
telinga, menerima bulat-bulat segala fakta yang telah di putarbelitkan.
nauzubillah!
Rohaiza Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote: sememangnya
begitulah keadaan dan fitnah yang dibuat oleh golongan yang ingin menhapuskan
ISLAM....Tp mesti ingat ISLAM itu adalah jagaan daripada ALLAH....dan tidak ada
seorang pun yang akan menhapuskan ISLAM
--- Pada Khm, 28/8/08, Nazmi Yaakub (Bukunota) <[EMAIL PROTECTED]> menulis:
Daripada: Nazmi Yaakub (Bukunota) <[EMAIL PROTECTED]>
Subjek: { PESISIR } Tahukah anda 9 putar belit dalam novel kontroversi tentang
isteri Rasulullah, Aisyah Abu Bakar, The Jewel of Medina?
Kepada: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL
PROTECTED], [email protected], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Tarikh: Khamis, 28 Ogos, 2008, 3:24 AM
UMAT Islam selalu dikaitkan dengan emosional apabila membantah
penghinaan dan serangan terhadap Islam termasuk Rasulullah, isteri baginda dan
para sahabat. Mereka yang berdemonstrasi, membantah dan menggesa pihak yang
menghina itu dikenakan tindakan atau bahan penghinaan diharam serta ditarik
balik, sering dituduh bersikap tergesa-gesa tanpa terlebih dulu membaca atau
menyelidiknya.
Ini berlaku pada novel The Satanic Verses oleh Salman Rushdie atau kartun
menghina Nabi Muhammad oleh kartunis Belanda atau filem Fitna oleh ahli
Parlimen Belanda, Geert Wilders. Rasanya tidak ramai yang membaca The Satanic
Verses, melihat kartun atau menonton filem Fitna.
Yang terbaru ialah novel cereka (baca: putar belit) sejarah, The Jewel of
Medina karya pengarang Amerika Syarikat (AS), Sherry Jones, yang
memutarbelitkan sirah Aisyah Abu Bakar, isteri kepada Rasulullah saw. Oleh
kerana The Jewel of Medina sehingga sekarang tidak dapat diterbitkan selepas
penerbit asalnya, Random House, menarik balik pengedaran dan penerbit BeoBook
terpaksa membatalkan rancangan penerbitan di Serbia, maka tidak ramai yang
dapat membaca novel itu.
Versi The Jewel of Medina: Aisyah pulang ke Madinah dengan membonceng kuda
yang ditunggangi Safwan dengan tangannya memeluk pinggang lelaki itu, manakala
pipinya disandarkan ke bahu Safwan.
Versi sebenar: Aisyah pulang ke Madinah dengan menaiki unta Safwan dengan
sahabat Rasulullah itu menarik tali unta berkenaan, manakala sesetengah versi
pula mengatakan Safwan berada jauh di belakang unta Aisyah tanpa dapat melihat
isteri Rasulullah itu, tetapi cukup untuk memastikan unta tidak tersesat.
9 Putar belit dalam Jewel of Medina di http://kawat. blogspot. com
Kewartawanan ialah sastera dalam pantas!
Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair.
---------------------------------
Journalist is a literature in hurry!
Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet.
---------------------------------
Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
---------------------------------
New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!