Kalaulah pejuang lalu masih ada, tentu mereka menangis sedih dengan perbuatan 
itu. Saya sendiri, setelah menerima gambar itu tidak dapat mengungkapkan 
kata-kata. Hanya denyutan kencang jantung dan nadi menggambarkan betapa sakit 
hati, geram, marah dan bencinya kepada manusia itu. Lebih sakit hati ialah 
kepada mereka yang selama ini berdegar-degar memperjuangkan bahasa, bangsa dan 
agama, tiba-tiba sunyi sepi dalam kes ini. Apakah kerana mereka sebulu atau 
sekutu dengan kita makanya kita berdiam diri dan mengiyakan apa yang mereka 
buat?
Cuba kalau mereka yang buat itu tidak sebulu atau sekutu dengan kita, seperti 
yang saudara Hashim katalah: "bercakap macam bertih goreng, sehinggakan gunung 
everest pun berasa nak pijak biar hancur, air di laut china selatan kalu boleh 
nak timba lagi.
Sedih sangat. Teramat sedih.


--- Pada Ahd, 31/8/08, hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> menulis:

Daripada: hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]>
Subjek: Re: { PESISIR } Jawi oh Jawi
Kepada: [email protected]
Tarikh: Ahad, 31 Ogos, 2008, 5:42 AM










kesedihan kawe tidak terkata bila melihat apa yang tercatat dan tertera di blog 
tersebut.  terasa kecil semangat besar ini.  sepatutnya kita bukan sekadar 
bercakap, tetapi melakukan sesuatau yang terbaik bagi memulihkan tulisan 
tersebut.  Jangan jadikan tulisan itu melukut di tepi gantang. 

tulisan itu adalah tulisan kita.  orang thai bangga dengan tulisan mereka.   
apa lagi dengan kaum lain.  tapi  kita boleh kelih tulisan kita itu  dibuang 
begitu sahaja.  nampak sangat hinanya.  ulama silam menulis dalam tulisan 
jawi.  ARwah Pak Leh Pedada menulis dalam jawi.  Apa lagi dengan Tok Guru haji 
Haji Wan Mat Jal, Tok Selehor dan ramai lagi menjadikan tulisan itu tulisan 
memperkasakan ukhwah.  

di manakah letaknya nilai patriotik  kita bila hal ini dicungkil?  apakah bila 
tiba musim  pilihanraya baru tercungkil nilai tersebut?  kepada mereka yang 
"masam kepala"   bercakap macam bertih goreng, sehinggakan gunung everest pun 
berasa nak pijak biar hancur, air di laut china selatan kalu boleh nak timba 
lagi, bila lagi nak bersatu hati memulihkan tulisan jawi.

Bila berlaku hal sedemikian, siapakah yang harus dipersalahkan?  apakah kita 
persalahkan burung-burung di angkasa, atau ikan di lautan, atau pokok kayu 
kayan yang memberikan kita buah dengan pelbagai rasa enak?  saya kira kita 
sendiri yang hebat berfikir memberikan jawapan setimpal dengan apa yang kita 
pandang.  tepuk dada batuklah sendiri.  itulah realiti.

 

--- On Sat, 8/30/08, Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:

From: Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED] com>
Subject: { PESISIR } Jawi oh Jawi
To: "pesisir" <[EMAIL PROTECTED] .com>
Date: Saturday, August 30, 2008, 11:14 PM









Jawi oh Jawi, apalah malang nasib mu. secara terang-terangan kehadiran mu tidak 
disenangi oleh bangsa lain. Lebih malang bangsa Melayu/Islam tidak berbuat 
apa-apa untuk mempertahankannya. Sikap berdiam diri dan sikap berlembut 
Melayu/Islam menyebabkan Bahasa Jawi hilang dari arus pembangunan. .. Tengok 
gambar-gambar yang membuktikan betapa malangnya nasib Bahasa Jawi di 
http://manzaidiamn. blogspot. com
 
 
 


Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.

 














      Nama E-mel baru untuk anda! 
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru. 
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke