Saya diberitahu, persidangan meja bulat ttg pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris tempoh hari, bahasa melayu sudah diinjak2 dengan segila-gilanya. dalam persidangan tu ada juga timbalan menteri yg juga orang sastera/seni.
Nak harapkan tokoh besar politik untuk membela bahasa melayu. Puahhhhh (pinjam kalimah Shahnon Ahmad). Ini mungkin membuatkan kita berfikir: Sebenarnya dalam kalangan menteri yg ada, siapa yang pernah melalui pendidikan kebangsaan untuk memahami, menyayangi, memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu? Kewartawanan ialah sastera dalam pantas! Nazmi Yaakub ialah wartawan, blogger, cerpenis, novelis dan penyair. ________________________________ Journalist is a literature in hurry! Nazmi Yaakub is a journalist, blogger, creative writer, novelis dan poet. ----- Original Message ---- From: hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> To: [email protected] Sent: Sunday, August 31, 2008 5:42:52 AM Subject: Re: { PESISIR } Jawi oh Jawi kesedihan kawe tidak terkata bila melihat apa yang tercatat dan tertera di blog tersebut. terasa kecil semangat besar ini. sepatutnya kita bukan sekadar bercakap, tetapi melakukan sesuatau yang terbaik bagi memulihkan tulisan tersebut. Jangan jadikan tulisan itu melukut di tepi gantang. tulisan itu adalah tulisan kita. orang thai bangga dengan tulisan mereka. apa lagi dengan kaum lain. tapi kita boleh kelih tulisan kita itu dibuang begitu sahaja. nampak sangat hinanya. ulama silam menulis dalam tulisan jawi. ARwah Pak Leh Pedada menulis dalam jawi. Apa lagi dengan Tok Guru haji Haji Wan Mat Jal, Tok Selehor dan ramai lagi menjadikan tulisan itu tulisan memperkasakan ukhwah. di manakah letaknya nilai patriotik kita bila hal ini dicungkil? apakah bila tiba musim pilihanraya baru tercungkil nilai tersebut? kepada mereka yang "masam kepala" bercakap macam bertih goreng, sehinggakan gunung everest pun berasa nak pijak biar hancur, air di laut china selatan kalu boleh nak timba lagi, bila lagi nak bersatu hati memulihkan tulisan jawi. Bila berlaku hal sedemikian, siapakah yang harus dipersalahkan? apakah kita persalahkan burung-burung di angkasa, atau ikan di lautan, atau pokok kayu kayan yang memberikan kita buah dengan pelbagai rasa enak? saya kira kita sendiri yang hebat berfikir memberikan jawapan setimpal dengan apa yang kita pandang. tepuk dada batuklah sendiri. itulah realiti. --- On Sat, 8/30/08, Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: From: Manzaidi MohdAmin <[EMAIL PROTECTED] com> Subject: { PESISIR } Jawi oh Jawi To: "pesisir" <[EMAIL PROTECTED] .com> Date: Saturday, August 30, 2008, 11:14 PM Jawi oh Jawi, apalah malang nasib mu. secara terang-terangan kehadiran mu tidak disenangi oleh bangsa lain. Lebih malang bangsa Melayu/Islam tidak berbuat apa-apa untuk mempertahankannya. Sikap berdiam diri dan sikap berlembut Melayu/Islam menyebabkan Bahasa Jawi hilang dari arus pembangunan. .. Tengok gambar-gambar yang membuktikan betapa malangnya nasib Bahasa Jawi di http://manzaidiamn. blogspot. com ________________________________ Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.
