Sepertinya agak kurang aktif mengirimkan kata bicara ke egroups. Begitupun bukan dikeranakan punca kesihatan fizikal maupun kekurangan komitmen.
Tapi sepertinya kini telah kembali ke dalam kelazatan membaca yang juga selain buku-buku bercetak juga e-buku dan tulisan-tulisan di internet yang berkaitan terutamanya dengan kegemaran baru yang mula dirasakan keindahan dan keserasiannya. Dengan adanya kegemaran baru , bukan bererti kegemaran lama dikesampingkan, ianya tetap juga diteruskan kerana antaranya saling berkaitan, saling genap mengenapi. Hidup menjadi lebih bererti sekiranya ruang-ruang fikiran negatif diisi dengan fikiran positif dan ruang-ruang kejemuan diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Ediramle Ismail, http://pusatsumber.kokpasir.com Sumbangan anda dihargai .
