Tahun ini kiranya kali pertama saya tidak berhadapan dengan musim tengkujuh di
Kelantan sebab saya telah ditukarkan ke Shah Alam.
Tahun ini juga, saya berdepan dengan ratusan kali banjir kilat yang tentunya
sehingga kini saya belum menemui nama sesuai untuk disamakan dengan musim
tengkujuh di Pantai Timur.
Tahun lalu, ketika mengetuai Sinar Harian Kelantan, banyak masa hujan dan
banjir dihabiskan untuk menjayakan program Sinar Prihatin - program
menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir.
Dan tahun itu juga, saya sempat selama tiga jam dengan anak-anak bermain air di
Kampung Jal.
Tahun ini, saya bersendirian di sini. Dan anak-anak pula bersendirian di sana.
Masing-masing mengharapkan dapat bermain air bersama-sama pada musim tengkujuh
ini. Tengok keadaanlah macam mana. Yang penting ayah mu bertolak pulang ke
Kelantan 6hb Disember malam (sesudah habis bekerja jam 11.30 mlm). Doakan ayah
mu dapat pulang dengan selamat untuk kita sama-sama bermain bah atau sisa bah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ANAK-ANAK KU, RAKAN-RAKAN DAN SAHABAT TAULAN. Saya
--- Pada Isn, 1/12/08, Mohd Rozlan Mohamed Noor <[EMAIL PROTECTED]> menulis:
Daripada: Mohd Rozlan Mohamed Noor <[EMAIL PROTECTED]>
Subjek: Re: { PESISIR } MENCARI SIDIQQIN
Kepada: [email protected]
Tarikh: Isnin, 1 Disember, 2008, 12:39 PM
Aidil Adha dan Musim Tengkujuh ( www.celikhuruf. blogspot. com )
DISEMBER, seperti tahun selalunya merupakan musim-musim akhir bumi
dicabar oleh fenomena alam seperti banjir dan tanah runtuh. Khabar dari
Pantai Timur bertiup sekencang angin pada musim tengkujuh. Beberapa
batang sungai utama mulai melimpah. Malah baru semalam kita dikejutkan
dengan kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa.
Selain sentiasa berwaspada dalam mengharungi musim-musim yang sukar, kita
juga digalakkan agar sentiasa memohon dari Tuhan. Hujan yang mencurah
turun semoga mendatang rezeki dan rahmat, bukan mengundang petaka yang
dasyat.
Dan ... redha, demi Tuhan atas apa yang berlaku tentu saja ada rahmat
tersembunyi.
Dalam minggu ini pastinya ramai yang akan pulang berhari raya di kampung
halaman. Orang Pantai Timur lebih-lebih lagi akan berpusu-pusu memenuhi
jalan-jalan utama ke Pantai Timur. Semoga tahun ini tidak seperti tahun
yang lalu di mana tragedi tanah runtuh di Jalan Kuala Krai - Gua Musang
telah merencatkan perjalanan. Mengheret cabaran perjalanan selama lebih
12 jam ke Pantai Timur
more entry @ www.celikhuruf. blogspot. com
----- Original Message -----
From: "Ediramle Ismail"
To: [EMAIL PROTECTED] .com
Subject: Re: { PESISIR } MENCARI SIDIQQIN
Date: Sun, 30 Nov 2008 23:37:10 +0800 (MYT)
Kalaulah ketika ini hujan yang turun di sini berpindah tempat dan
turun
selebat ini di gurun padang pasir yang kering tandus di Benua Afrika
sana
mungkin beberapa hari atau beberapa minggu atau bulan selanjutnya
tanah
lapang itu akan ditumbuhi rumputan dan pohonan yang menghijau yang
nantinya ada yang mengeluarkan buah dan isi yang banyak.
Hari ini hujan turun mencurah-curah di Kelantan dan khabarnya banjir
sedang melanda di beberapa tempat dan air lebihan itu segera mencari
lautan untuk mengembalikan keseimbangan agar tidak terlalu lama
menenggelamkan tanaman dan sayuran dan menenggelamkan ayam serta
menimbulkan itik.
Kita seperti tidak menghargai lagi air ketika ini. Manusia ini pelupa
sungguh. Mudah melupakan kemarau bila hujan turun dan mudah melupakan
hujan bila kemarau membahang.
Ketika kita sedang hangat berselimut dengan selimut tebal kita lupa
ada
orang yang terpaksa berpindah randah dan menggigil kesejukan.
Selamat bulan baru Disember.
Menjelang awal tahun 2009 saya tidak membaharu azam kerana azam tahun
2008
dimulakan pada bulan Julai tidak pada bulan Januari seperti
selalunya.
Salam
Edi
On Sun, November 30, 2008 11:04 pm, hashim latiff wrote:
Salam...
lama tak menulis di email. sesekali terbingkas bilah-bilah rindu
untuk
melontarkan sesuatau yang saya kira menarik untuk dikongsi bersama.
justeru, hari ini saya menulis selepas menyiapkan satu set cerita
kanak-kanak sebanyak enam buah.
penat menulis saya layari: blog mencari sidiqqin. kepada rakan-rakan,
layarilah blog tersebut untuk mencari damai di hati.
www.mencarisidiqqin .blogspot. com
[Non-text portions of this message have been removed]
------------ --------- --------- ------
Sajak untuk Antologi Dalam Talian PESISIR
hantar ke sajakpesisir@ yahoogroups. com
Yahoo! Groups Links
Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di
www.tintarona. blogspot. com
--
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com
[Non-text portions of this message have been removed]
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
[Non-text portions of this message have been removed]