Kalaulah ketika ini hujan yang turun di sini berpindah tempat dan turun selebat ini di gurun padang pasir yang kering tandus di Benua Afrika sana mungkin beberapa hari atau beberapa minggu atau bulan selanjutnya tanah lapang itu akan ditumbuhi rumputan dan pohonan yang menghijau yang nantinya ada yang mengeluarkan buah dan isi yang banyak.
Hari ini hujan turun mencurah-curah di Kelantan dan khabarnya banjir sedang melanda di beberapa tempat dan air lebihan itu segera mencari lautan untuk mengembalikan keseimbangan agar tidak terlalu lama menenggelamkan tanaman dan sayuran dan menenggelamkan ayam serta menimbulkan itik. Kita seperti tidak menghargai lagi air ketika ini. Manusia ini pelupa sungguh. Mudah melupakan kemarau bila hujan turun dan mudah melupakan hujan bila kemarau membahang. Ketika kita sedang hangat berselimut dengan selimut tebal kita lupa ada orang yang terpaksa berpindah randah dan menggigil kesejukan. Selamat bulan baru Disember. Menjelang awal tahun 2009 saya tidak membaharu azam kerana azam tahun 2008 dimulakan pada bulan Julai tidak pada bulan Januari seperti selalunya. Salam Edi On Sun, November 30, 2008 11:04 pm, hashim latiff wrote: Salam... lama tak menulis di email. sesekali terbingkas bilah-bilah rindu untuk melontarkan sesuatau yang saya kira menarik untuk dikongsi bersama. justeru, hari ini saya menulis selepas menyiapkan satu set cerita kanak-kanak sebanyak enam buah. penat menulis saya layari: blog mencari sidiqqin. kepada rakan-rakan, layarilah blog tersebut untuk mencari damai di hati. www.mencarisidiqqin.blogspot.com [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Sajak untuk Antologi Dalam Talian PESISIR hantar ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links
