Kepada sahabat ku cikgu Anuar... Saya rasa amat sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa sahabat. Sebagai pekerja yang kerdil, saya akui tidak dapat berbuat apa-apa untuk membela sahabat setelah saya ditukarkan ke Shah Alam pada 13 Feb 2008. Untuk pengetahuan sahabat yang pernah bekerja dengan saya ketika mengetuai Sinar Harian Kelantan sepanjang tahun 2007, sebenarnya setelah saya dipindahkan ke Shah Alam, saya tidak lagi, malah tidak dibenarkan lagi campur tangan urusan penerbitan edisi Kelantan. Saya di Shah Alam ditempatkan di Edisi Selangor/Kuala Lumpur. Tetapi kadang kadang saya terpaksa juga membantu sahabat secara diam-diam (dengan meminta pertolongan rakan sejawatan di Edisi Kelantan) supaya mengutamakan berita yang sahabat hantar. Selepas berita itu disiarkan, saya menerima memo daripada pihak pengurusan dengan alasan melanggar prosedur kerja (padahal tidak melanggar pun - tetapi kerana dalam setandang kelapa itu ada sebijik dua yang buruk, maka kelihatan buruklah tandang itu - saya harap sahabat faham). Justeru, kerana sering melanggar 'prosedur', saya ditukarkan ke Edisi Utara pada Oktober 2008 dan jaraknya lebih jauh sedikit daripada Edisi Kelantan (dulu Edisi Selangor bersebelahan Edisi Kelantan).
Tugasan di Edisi Utara memang amat berat dan tidak pernah menang tangan. Malah masa 10 jam yang diperuntukan terasa tidak mencukupi kerana walaupun waktu kerja sudah habis (jam 11.30 malam), tetapi masih ada banyak lagi tugasan belum selesai (kadang-kadang melarat sampai jam 1 tengah malam). Dari situ, saya semakin tidak tahu perkembangan yang berlaku kepada sahabat di Kelantan (sebab 'kepala edisi kelantan' tidak seperti orang) sehinggalah saya membaca emel ini dan mengambil masa beberapa hari untuk berkongsi kesedihan dengan sahabat. Sdr Hashim selalu hubungi saya bertanyakan macamana hendak hantar berita. Dan, kalau sdr Hashim perasan...setiap kali dia tanya, saya selalu minta dia hantar berita itu melalui penama sekian-sekian...ada lah sebabnya. (Sebelum ini saya selalu beritahu, berita itu hanta ke emel saya, tetapi, kenapa sejak kebelakangan ini, saya minta sahabat hantar berita itu kepada emel orang lain...ada sebab yang sahabat tidak tahu mengenai apa yang berlaku). Selepas saya bertugas di edisi Utara, saya jadi serba salah. Serba salah kepada sahabat yang sebelum ini saya sanjung tinggi dan hormat. Saya seperti hilang arah. Antara 'prosedur' kerja dengan persahabatan. Saya berdepan dengan dua bijik buah kelapa yang buruk. Bukan sahaja buruk, tetapi baunya busuk sebusuk busuknya sehingga memeningkan saya. Saya harap sahabat faham keadaan saya. Bagaimanapun, minat dan bakat sahabat tidak padam di situ sahaja. Sahabat perlu berusaha untuk memastikan bakat menulis yang ada dalam diri sahabat dapat diasah asah dan terus diasah. Cubalah mendekati rakan-rakan wartawan daripada mana-mana media di Kelantan, pasti sahabat akan ketemu seorang dari mereka yang dapat membantu sahabat menggilapkan kembali bakat itu. Begitu juga penggunaan khidmat daripada seorang stringer dari Tanah Merah. Setahu saya stringer yang digunakan oleh dua bijik kelapa yang buruk lagi busuk ini sudah lama meninggalkan SH, tetapi masih digunapakai. Setelah sub editor merungut kerana tulisan yang cacar marba, saya mempertikaikan dua buah kelapa yang buruk lagi busuk kenapa menggunakan khidmat stringer berkenaan, kenapa tidak menggunakan khidmat sdr Hashim Latiff? Malangnya, cadangan saya tidak diterima pakai. Buah kelapa yang buruk lagi busuk itu terus menggunakan khidmat stringer yang tidak lagi berkhidmat dengan SH. Akhirnya hampir setiap hari sub editor merungut. Dan saya hanya sekadar mengeluh mengeluh dan mengeluh dengan rungutan itu. Keluhan ini hanya akan berakhir jika riwayat dua buah kelapa yang buruk lagi busuk ini jatuh menyembah bumi. Maafkan saya sahabat. --- Pada Rab, 14/1/09, Supian Hassan <[email protected]> menulis: Daripada: Supian Hassan <[email protected]> Subjek: Re: { PESISIR } salam setelah sekian lama Kepada: [email protected] Tarikh: Rabu, 14 Januari, 2009, 8:09 AM Pendapat tak boleh di persalahkan, kecuali kutukan dan cercaan sahaja yang perlu dielakkan untuk menjaga hati kawan-kawan. On 1/13/09, scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com> wrote: > > seperti ada rasa gentar untuk mengeluarkan pendapat sejak akhir-akhir > ini takut menyakiti hati sesiapa > > > > ____________ _________ _________ __ > From: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com <manzaidim%40yahoo. com>> > To: pesi...@yahoogroups .com <Pesisir%40yahoogro ups.com> > Sent: Tuesday, January 13, 2009 11:08:53 PM > Subject: Re: { PESISIR } salam setelah sekian lama > > Kenapa scarlet hanya mahu jadi sekadar pemerhati? Kenapa tidak menyampuk > atau membalas seperti sebelum ini? Tak syoklah tanpa kritikan, pandangan, > teguran, pendapat dan idea daripada scarlet. > > --- Pada Ahd, 11/1/09, scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com> menulis: > > Daripada: scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com> > Subjek: { PESISIR } salam setelah sekian lama > Kepada: pesi...@yahoogroups .com > Tarikh: Ahad, 11 Januari, 2009, 7:33 PM > > setelah sekian lama menunggu streamyx dipasang di rumah, akhirnya baru > semalam mimpi jadi kenyataan. dapatlah saya menatap semua tulisan yang ada > di sini dan mengetahui rakan-rakan dalam keadaan ok walaupun saya tidak lagi > menyampuk atau membalas di ruangan ini. cukuplah sekadar memerhati. seronok > rasanya berada di kalangan orang-orang berbakat seperti tuan-tuan sekalian. > > ____________ _________ _________ __ > From: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com> > To: pesi...@yahoogroups .com > Sent: Saturday, January 10, 2009 1:16:06 AM > Subject: { PESISIR } Peristiwa di Gaza di mana kita? > > Bacaan ayat-ayat suci AlQuran > > http://www.listen2q uran.com/ default.aspx > > GAZA > > http://www.forislam .org/ > > Semoga umat Islam dilindungi > > [Non-text portions of this message have been removed] > > [Non-text portions of this message have been removed] > > Ceriakan mesej status anda dengan Emotikon. Kini segalanya boleh dengan > Yahoo! Messenger terbaru. http://my.messenger .yahoo.com > > [Non-text portions of this message have been removed] > > [Non-text portions of this message have been removed] > > > [Non-text portions of this message have been removed] Berhubung dengan pantas dengan lebih ramai rakan di blog dan tapak web peribadi anda? Buat Pingbox terkini anda hari ini! http://my.messenger.yahoo.com/pingbox/ [Non-text portions of this message have been removed]
