kadang-kadang bila kita memberi pendapat atau bergurau, kita tidak bermaksud 
menyinggung hati sesiapa. Malangnya niat yang seringkas itu tidak selalu sampai 
ke destinasi dengan diterima dan difahami seluhurnya. seringkali cakap dan 
gurau disalahertikan sehingga di hati terasa sedikit ragu untuk bersuara. tapi 
saya seronok sangat dapat menatap bicara rakan-rakan sekalian, apatah lagi 
'orang-orang lama' dalam PESISIR, yang rasanya telah lebih 14 tahun saya 
kenali. teringat zaman saya masih muda dan single dulu. Saya satu-satunya AJK 
anak dara dlm pesisir. sering bertandang ke rumah Ayahanda untuk mesyuarat dan 
makan-makan. Good old days. yang tidak mungkin akan berulang lagi. Sejak dulu 
saya memang kuat bergurau dan gelak ketawa sehingga rakan-rakan sudah tidak 
hairan lagi dengan itu semua. 
     tapi itu dulu, zaman muda dan single. masa tu Abe Li (edi) masih hitam 
rambutnya dan lebih kurus berbanding sekarang. sekarang abe li pun sudah 
bercucu. dulu Cikgu Nuar tak banyak cakap, hingga saya sedikit takut untuk 
menyapanya. Sekarang cikgu nuar pun dah banyak bergurau. Abe Di (manzaidi) je 
yang tak banyak berubah wajah dan saiz badannya.
     seronok bila dapat kembali menetap di bumi kelantan awal 2007 setelah 
lebih 10 tahun di rantau orang. dapat jumpa semula Ayahanda dan abe-abe yang 
sentiasa saya hormat dan ingati dari jauh. Perjalanan hidup membawa saya jauh 
dari orang-orang yang saya sayangi. Kini bila saya kembali, keadaan sudah 
banyak berubah. Cuma saya yang masih suka bergurau senda dan berseloroh seperti 
dulu ( dan pertambahan lemak dan kilogram!).
    Insyaallah saya tidak akan lupakan Pesisir meskipun sudah lama sangat tidak 
menulis apa-apa dan tak layak pun digelar penulis. Saya anggap diri saya 
peminat sastera dan penulisan kreatif. itu sahaja.
    semoga kita dapat terus bersama di ruangan ini selagi hayat dikandung 
badan....




________________________________
From: Manzaidi MohdAmin <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Wednesday, January 14, 2009 11:35:50 AM
Subject: Re: { PESISIR } salam setelah sekian lama


Kenapa pula sampai begitu??? Kenapa pula sampai perlu memberi pendapat yang 
boleh menyakiti hati sesiapa. Saya percaya ramai rakan-rakan kita sedang 
menunggu dan tertunggu-tunggu pndangan, idea, cadangan, aduan dan pendapat 
berguna dari scarlet. 
 

--- Pada Rab, 14/1/09, scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com> menulis:

Daripada: scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com>
Subjek: Re: { PESISIR } salam setelah sekian lama
Kepada: pesi...@yahoogroups .com
Tarikh: Rabu, 14 Januari, 2009, 12:29 AM

seperti ada rasa gentar untuk mengeluarkan pendapat sejak akhir-akhir ini takut 
menyakiti hati sesiapa

 

____________ _________ _________ __
From: Manzaidi MohdAmin <manzai...@yahoo. com>
To: pesi...@yahoogroups .com
Sent: Tuesday, January 13, 2009 11:08:53 PM
Subject: Re: { PESISIR } salam setelah sekian lama

Kenapa scarlet hanya mahu jadi sekadar pemerhati? Kenapa tidak menyampuk atau 
membalas seperti sebelum ini? Tak syoklah tanpa kritikan, pandangan, teguran, 
pendapat dan idea daripada scarlet. 

--- Pada Ahd, 11/1/09, scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com> menulis:

Daripada: scarlet pimpernel <ctl...@yahoo. com>
Subjek: { PESISIR } salam setelah sekian lama
Kepada: pesi...@yahoogroups .com
Tarikh: Ahad, 11 Januari, 2009, 7:33 PM

setelah sekian lama menunggu streamyx dipasang di rumah, akhirnya baru semalam 
mimpi jadi kenyataan. dapatlah saya menatap semua tulisan yang ada di sini dan 
mengetahui rakan-rakan dalam keadaan ok walaupun saya tidak lagi menyampuk atau 
membalas di ruangan ini. cukuplah sekadar memerhati. seronok rasanya berada di 
kalangan orang-orang berbakat seperti tuan-tuan sekalian. 

____________ _________ _________ __
From: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com>
To: pesi...@yahoogroups .com
Sent: Saturday, January 10, 2009 1:16:06 AM
Subject: { PESISIR } Peristiwa di Gaza di mana kita?

Bacaan ayat-ayat suci AlQuran

http://www.listen2q uran.com/ default.aspx

GAZA

http://www.forislam .org/

Semoga umat Islam dilindungi 

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

Ceriakan mesej status anda dengan Emotikon. Kini segalanya boleh dengan Yahoo! 
Messenger terbaru. http://my.messenger .yahoo.com

[Non-text portions of this message have been removed]

[Non-text portions of this message have been removed]

Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
http://mail. promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/

[Non-text portions of this message have been removed]

 


      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke