Salam,

Terima kasih kepada sdr Edi kerana telah mengambil langkah
'menghidupkan'  kembali  kebolehcapaian saya kepada yahoogroups
melalui emel. Memang dah agak lama saya tidak menerima berita Pesisir
melalui emel. Kebetulan sudah lama juga saya tidak berkesempatan untuk
menjenguk ke yahoogroups... Justeru, saya terlepas daripada menghadiri
majlis pesisir pada 19 disember baru-baru ni, walhal ketika itu saya
berada di grandriver view hotel selama kira-kira seminggu kerana
urusan rasmi.   Utk makluman, saya juga sudah berada di face book dgn
identiti YATIE KLATE. Sesiapa yang dah ada akaun di fb, harap dapat
add nama saya sebagai rakan untuk memudahkan komunikasi dan
penyampaian berita-berita berhubung kegiatan pesisir khususnya dan
sastera umumnya.

Sekali lagi terima kasih kepada sdr Edi dan salam kepada semua..
Jumpa lagi..

(Haryatie Ab.Rahman)

Quoting Ediramle Ismail <edira...@kokpasir.com> on Mon, 28 Dec 2009
17:21:33 +0800:
  Setelah dilihat status e-mel di yahoogroups. E-mel Dr. Norhayati
sekarang telah bouncing dan mungkin kalau diaktifkan semula e-mel itu
akan dapat menerima semula setiap e-mel yang dikirimkan egroup.

Bagaimanapun kepada warga pesisir yang tidak dapat menerima e-mel
boleh rujuk terus di laman http://www.pesisir.net  di situ
ditempatkan arkib perbincangan pesisir di yahoogroups.com

Tentang status e-mel Eziz Shukman eziz_shuk...@yahoo.com   masih
dalam keadaan boleh menerima e-mel dari yahoogroups pesisir , kecuali
e-mel itu tidak dibuka.

Eziz dan beberapa orang warga pesisir sekarang ada di Facebook

Belum ramai lagi warga pesisir di sana. Laman jaringan sosial itu
agak berguna juga kepada kita sebagai penulis.

  ----- Original Message -----
  From: hashim latiff
  To: Pesisir@yahoogroups.com
  Sent: Monday, December 28, 2009 4:46 PM
  Subject: Re: { PESISIR } Majlis Penyampaian Hadiah Puisi 1 Malaysia

  masih menunggu jawapan daripada wzwb, eziz shukman, dr. haryati a
rahman atau sesiapa sahaja yang pernah menjadi anak pesisir.

------------------------------------------------------------------------------
  From: azle abdullah <azlee...@yahoo.com>
  To: Pesisir@yahoogroups.com
  Sent: Mon, December 28, 2009 3:30:36 PM
  Subject: Re: { PESISIR } Majlis Penyampaian Hadiah Puisi 1 Malaysia

        salam.
        kadang-kadang muncul nama-nama ahli lamaq di laman pesisir.
begitulah hebatnya pesisir. walau di manaq, apa pangkat dan
jawatannya, dah jadi orang besar atau orang kecil, tapi sebilangan
ahli pesisir lama masih lagi ingt dan rindu pada pesisir. kenapa
terjadi demikian?
        jawapannya agak mudah. pesisir ditubuhkan atas dasar  minat,
kerjasama, persaudaraan, dan tidak ada unsur-unsur rebutan kuasa,
unsur batu loncatan politik, mencari nama dan pengaruh, apalagi
mencari harta kekayaan dalam pesisir.
        yang jelasnya, ramai ahli pesisir sanggup menghabiskan harta
dan wang saku untuk menghidupkan pesisir. selagi ada unsur-unsur
positif tadi, pesisir tetap utuh, tetap memberi makna yang murni
kepada anak-anak muda dalam daerah tumpat khususnya dan malaysia
amnya.
         masih menunggu ulasan dari;
         ruslan mamat, ujid dharmawan, awang abdullah....

        --- On Mon, 12/28/09, Naffi Mat <na...@putra. upm.edu.my>
wrote:

          From: Naffi Mat <na...@putra. upm.edu.my>
          Subject: Re: { PESISIR } Majlis Penyampaian Hadiah Puisi 1
Malaysia
          To: pesi...@yahoogroups .com
          Date: Monday, December 28, 2009, 9:08 AM

          Tahniah kepada ahli2 PESISIr kerana telah mengadakan
pelbagai aktiviti
          sastera. Semoga PESISIR terus berjaya.  Saya mengikuti
perkembangan
          melalui berita maya. Salam utk Ckgu Ismail serta seluruh
AJK.

          Salam hormat daripada:
          NAAPIE  MAT

          -----Pesisir@ yahoogroups. com wrote: -----

            To: pesi...@yahoogroups .com
            From: hashim latiff <hazafl17570@ yahoo.com>
            Sent by: pesi...@yahoogroups .com
            Date: 12/17/2009 01:38PM
            Subject: Re: { PESISIR } Majlis Penyampaian Hadiah Puisi
1 Malaysia

                  minta no telefon raja (HP)

                  --- On Wed, 12/16/09, Ediramle Ismail
<edira...@kokpasir. com>   wrote:

                  From: Ediramle Ismail <edira...@kokpasir. com>
                  Subject: { PESISIR } Majlis Penyampaian Hadiah
Puisi 1 Malaysia
                  To: pesi...@yahoogroups .com, sm...@yahoogroups.
com, tum...@yahoogroups. com, kokpa...@yahoogroup s.com
                  Date: Wednesday, December 16, 2009, 11:04 PM

                  Dimaklumkan majlis penyampaian hadiah kepada
pemenang pertandingan menulis puisi 1 Malaysia anjuran Kelab Setia,
Pejabat  Penerangan dengan kerjasama PPD Tumpat akan diadakan seperti
berikut:  (Pertandingan ini telah dibuka kepada pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Daerah  Tumpat.)

                  Tarikh:   19 Disember 2009  (Sabtu)
                  Masa:    11.00 pagi.
                  Tempat:  Sekolah Kebangsaan Kubang Batang,  Tumpat,
Kelantan.

                  1 hadiah utama, 1 tempat pertama, 1 tempat kedua, 1
 tempat ketiga dan 10 hadiah sagu hati akan disampaikan pada majlis
berkenaan.

                  Penyampaian hadiah ini diadakan sempena   Program
KUMTIS , Wakaf Bharu. yang akan diadakan bermula pukul 8..00 pagi -
3.00  petang di SK Kubang Batang pada hari yang sama.

                  Ediramle Ismail,
                  ym id   ediramleismail


--------------------------------------------------------------------------------------------
UNIVERSITY OF MALAYA  -  " The Leader in Research & Innovation "

'This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you have received this email in error, please notify the system manager. Please note that any views or opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of the University. Finally, the recipient should check this email and any attachments for the presence of viruses. The University accepts no liability for any damage caused by any virus transmitted by this email.'

Kirim email ke