|
Dalam satu riwayat, ketika ruh berpisah dari jasad, maka ia dipanggil dari langit dengan tiga jeritan : Wahai anak Adam,
1. Apakah kamu meninggalkan dunia, ataukah dunia meninggalkan kamu ?
Jika mayat diletakkan di tempat untuk dimandikan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan : Wahai Anak Adam,
1. Di mana tubuhmu yang kuat, bukankah sekarang kamu menjadi elamh ?
Sewaktu mayat diletakkan untuk disembahyangkan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan : Wahai Anak Adam,
1. Segala amal yang telah kamu lakukan akan akmu lihat Sewaktu mayat diusung,, ia dipanggil tiga kali jeritan : Wahai Anak Adam,
1. Sangat bahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat
Sewaktu diletakkan di tepi kubur, maka dipanggil tiga kali teriakan : Wahai Anak Adam,
1. Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini ? Sewaktu mayat diletakkan di liang kubur, maka dipanggil tiga kali teriakan : Wahai Anak Adam,
1. Kamu di atas punggungku bersenda gurau, tetapi kamu dalam perutku
menangis. Setelah manusia pulang meninggalkan mayat yang telah dikuburkan, lalu Allah berfirman : "Wahai hambaku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu kerana manusia, isteri dan anak-anak. Namun Aku sangat kasihan kepadamu pada hari ini dengan limpah Rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan Aku lebih kasihan kepadamu daripada aksih ibu kepada anaknya. |
Title: PANGGILAN KEPADA MAYAT
