Bak lôn kaloën sang ramè batak meuëbule lidah,Joë teuëh djipajôh ureuëng.  
Tentera Islam ke Iraq? -- Indonesia mahu negara-negara Islam hantar askar  
JAKARTA 22 Nov. – Indonesia menyatakan kesediaannya menghantar tentera ke Iraq 
untuk berkhidmat di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jika 
masyarakat antarabangsa bersetuju dengan penempatan pasukan itu.
  Menteri Pertahanan Indonesia, Yuwono Sudarsono berkata, penghantaran tentera 
ke negara bergolak itu adalah sebahagian daripada penyelesaian yang dicadangkan 
oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono terhadap konflik di Iraq.
  Katanya, Susilo telah membincangkan beberapa cadangan untuk menyelesaikan 
konflik di Iraq dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa 
lawatannya ke Indonesia kelmarin.
  Rancangan Susilo itu termasuk penglibatan negara-negara lain dan penempatan 
pasukan keselamatan yang berasingan dengan pasukan tentera yang sedia ada 
diketuai AS di Iraq. 
  “Indonesia bersedia menyumbangkan askar jika penubuhan pasukan pengaman 
antarabangsa itu dipersetujui oleh semua pihak,” kata Yuwono.
  Indonesia sebelum ini menolak sebarang kemungkinan untuk menghantar 
tenteranya ke Iraq.
  Bagaimanapun dalam pertemuan itu, Susilo menegaskan, sebarang penyelesaian 
jangka panjang untuk Iraq harus merangkumi langkah-langkah memperkukuhkan 
kerajaan Iraq dan penglibatan masyarakat global.
  Sementara itu, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda berkata, Indonesia 
bersedia memainkan peranan untuk meyakinkan negara-negara Islam yang lain 
supaya turut menyumbangkan tentera mereka.
  “Indonesia bersedia membantu untuk memujuk negara-negara Islam yang lain 
supaya menyumbangkan pasukan tentera masing-masing untuk berkhidmat di Iraq.
  ”Sebagai negara Islam terbesar di dunia, Indonesia tidak akan mendiamkan 
diri. Indonesia bersedia membantu dalam usaha-usaha mencari penyelesaian untuk 
Iraq,” katanya.
  Menurut beliau, isu itu juga telah ditimbulkan semasa pertemuannya dengan 
Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice di Vietnam minggu lalu.
  Pentadbiran Bush sebelum ini menyatakan keinginannya melihat penyertaan 
negara-negara Islam bagi meringankan beban askar-askar AS dan juga sebagai 
menandakan kelulusan Islam terhadap usaha-usaha memerangi keganasan di Iraq. 
  – AP

                
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke