abujihad nurdin <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Bak lôn kaloën sang
ramè batak meuëbule lidah,Joë teuëh djipajôh ureuëng. Tentera Islam ke Iraq?
-- Indonesia mahu negara-negara Islam hantar askar JAKARTA 22 Nov. – Indonesia
menyatakan kesediaannya menghantar tentera ke Iraq untuk berkhidmat di bawah
naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jika masyarakat antarabangsa
bersetuju dengan penempatan pasukan itu.
Menteri Pertahanan Indonesia, Yuwono Sudarsono berkata, penghantaran tentera
ke negara bergolak itu adalah sebahagian daripada penyelesaian yang dicadangkan
oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono terhadap konflik di Iraq.
Katanya, Susilo telah membincangkan beberapa cadangan untuk menyelesaikan
konflik di Iraq dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa
lawatannya ke Indonesia kelmarin.
Rancangan Susilo itu termasuk penglibatan negara-negara lain dan penempatan
pasukan keselamatan yang berasingan dengan pasukan tentera yang sedia ada
diketuai AS di Iraq.
“Indonesia bersedia menyumbangkan askar jika penubuhan pasukan pengaman
antarabangsa itu dipersetujui oleh semua pihak,” kata Yuwono.
Indonesia sebelum ini menolak sebarang kemungkinan untuk menghantar
tenteranya ke Iraq.
Bagaimanapun dalam pertemuan itu, Susilo menegaskan, sebarang penyelesaian
jangka panjang untuk Iraq harus merangkumi langkah-langkah memperkukuhkan
kerajaan Iraq dan penglibatan masyarakat global.
Sementara itu, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda berkata, Indonesia
bersedia memainkan peranan untuk meyakinkan negara-negara Islam yang lain
supaya turut menyumbangkan tentera mereka.
“Indonesia bersedia membantu untuk memujuk negara-negara Islam yang lain
supaya menyumbangkan pasukan tentera masing-masing untuk berkhidmat di Iraq.
”Sebagai negara Islam terbesar di dunia, Indonesia tidak akan mendiamkan
diri. Indonesia bersedia membantu dalam usaha-usaha mencari penyelesaian untuk
Iraq,” katanya.
Menurut beliau, isu itu juga telah ditimbulkan semasa pertemuannya dengan
Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice di Vietnam minggu lalu.
Pentadbiran Bush sebelum ini menyatakan keinginannya melihat penyertaan
negara-negara Islam bagi meringankan beban askar-askar AS dan juga sebagai
menandakan kelulusan Islam terhadap usaha-usaha memerangi keganasan di Iraq.
– AP
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
---------------------------------
Lelah menerima spam? Surat Yahoo! mempunyai perlindungan terbaik terhadap spam.
http://id.mail.yahoo.com/