Amerika dan Yahudi adalah manusia paling biadab didunia, mari kita hancurkan
musuh Allah SWT. Acheh sebaiknya jangan lagi " bergantung harap " pada Syaitan
- syaitan laknatullah ini kalau ingin merdeka....
Ingin Merdeka..??? Mestilah berani berjihad Fissabilillah, kalau
tidak....Allah tak akan menolongnya.
Rencana
Membalas dosa AS Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)
Ali Shalah.
---------------------------------
SEUMUR hayatnya selama 46 tahun, warga Iraq bernama Ali Shalah tidak pernah
ditanya jika dia seorang Syiah, Sunni atau Kurdis.
Sehinggalah dia disiasat dan diseksa teruk oleh tentera Amerika Syarikat (AS)
di penjara Abu Gharib, barat Baghdad, susulan operasi ketenteraan di negaranya
pada 20 Mac 2003 dia mendengar selain mengalami sendiri kesan penyisihan atas
apa yang ditimbulkan AS berdasarkan etnik.
Lalu bertitik-tolak daripada itu, dia berpandangan, itulah dosa paling besar
pernah dilakukan oleh negara kuasa besar itu kepada Iraq di bawah pentadbiran
George W. Bush. Bukan Ali seorang sahaja yang berkongsi pendapat itu, bahkan
majoriti penduduk Iraq senada dengan Ali.
Keadaan di Iraq sekarang diibaratkan tidak boleh diselamatkan lagi dan
menjadi lebih meruncing selepas penggantungan Saddam Hussein semasa Hari Raya
Aidiladha (di Iraq). Di Malaysia bagaimanapun, waktunya ialah sehari sebelum
Aidiladha.
Lebih menjadikan keadaan di Iraq kelihatan tegang ibarat telur di hujung
tanduk kerana akan meledak pada bila-bila masa ialah dikatakan wujud peperangan
di antara mazhab utama di Iraq iaitu di kalangan Sunni, Syiah dan Kurdis. Ini
membawa kepada satu kesimpulan : Iraq di ambang perang saudara dan boleh
perang lebih dahsyat semula tidak kira masa.
Dosa memecah-belahkan rakyat Iraq mengikut fahaman yang sebelum ini kekal
ada rupa bangsa adalah lebih besar berbanding apa yang dilakukan ke atas saya
dan lebih 150 rakan lain sepanjang ditahan di Abu Gharib, kata Ali.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Ali menjadi ikon penganiayaan tentera AS di
penjara Abu Gharib dan imejnya diseksa tersebar luar di seluruh dunia sehingga
mengundang kecaman hebat masyarakat antarabangsa.
Kalau ada sesiapa yang terlupa, tidak ingat atau barangkali sudah tidak
peduli dengan penyeksaan di penjara Abu Gharib, imej seorang lelaki yang
dipakaikan tukup, berdiri di mana wayar elektrik disambung ke tangan boleh
membantu mereka ini mata celik semula, bersimpati kembali.
Menerusi khidmat jurubahasa, Raad Al Mudares, yang juga bekas pegawai kanan
di Kedutaan Iraq di Malaysia, Ali kelihatan sebak sekali-sekala diam menghela
nafas apabila diminta menceritakan apa yang berlaku ke atasnya semasa mula
ditahan pada 13 Oktober 2003.
Ditahan atas dakwaan disyaki anggota Al-Qaeda, dia adalah guru yang mengajar
bidang syariah di Institut Islam Aadhamyah, terletak di pinggir Baghdad.
Bilik kurungan amat sempit (dan bukan boleh dinamakan bilik sebenarnya).
Ruangnya lebih kecil daripada meja pejabat tetapi ramai bersesak di dalamnya,
lebih kurang 50 orang dan kami saling tidur di atas perut. Kalau bata disusun
ada juga kelihatan bentuknya, tetapi kami terpaksa menyusun dan mengambil
kedudukan sendiri di dalam bilik tahanan. Lebih teruk, kami sering sesak nafas,
keadaan penuh kepayahan, mahu melepaskan hajat terpaksa beratur selama empat
jam. Dalam cuaca sejuk, semasa ditahan ramai tahanan dipaksa bogel, saya tidak
terkecuali.
Lebih daripada itu, kami terpaksa menahan lapar kerana risau makanan yang
diberikan mengandungi bahan tidak dibenarkan Islam untuk dijamah. Akibatnya,
kami makan sekeping biskut untuk tempoh yang lama. Penyeksaan demi penyeksaan
menjadikan masa yang dilalui amat panjang. Sehari ibarat setahun lamanya,
cerita Ali sebelum menambah : Saya tidak boleh lupa seumur hidup aib ini yang
diperlakukan kepada saya, demi Allah.
Berkongsi
Dalam pertemuan eksklusif dengan Utusan Malaysia di sini bagi berkongsi
cerita lara diseksa AS, selama lebih dua jam itu, Ali ternyata tidak dapat
menahan sebak apabila memasuki fasa mengimbau seterusnya.
Katanya : Detik tidak dapat dilupakan apabila diletakkan senjata di
kemaluannya dan dipaksa berjalan sambil berbogel melalui beberapa bilik sel
bagi disoal siasat oleh tentera AS.
Bayangkan, inilah penyeksaan, penganiayaan dan pencabulan hak asasi paling
menghinakan bagi seorang manusia apabila perlu berbogel dan dilihat berbogel
pula oleh orang lain sambil ditertawakan, cerita Ali lagi.
Di peringkat ini, dia juga menunjukkan kesan tangannya mengerekot akibat
kejutan elektrik. Kuku pada dua jarinya itu tidak tumbuh semula dan itu
kesannya yang terpaksa ditanggung Ali, barangkali seumur hayat dikandung badan.
Pernah pada satu ketika, saya dikenakan kejutan elektrik dan menggigit lidah
menahan sakit sehingga darah mengalir. Setelah diperiksa, doktor (juga tentera
Amerika) membenarkan penyeksaan diteruskan terhadap saya atas alasan tiada
pendarahan dalaman.
Seorang lagi mangsa, Abu Al-Harith @ Abbas Abid, turut berkongsi kisahnya
yang tidak jauh beza dengan Ali, walau pada sifatnya, cerita Ali lebih menyayat
hati.
Cerita Abu Al-Harith melingkari apa yang berlaku di Fallujah, tempat tumpah
darahnya sejak 44 tahun lalu. Ia sebuah bandar yang aman penuh nostalgia
sejarah, cantik mempesona dihiasi Sungai Euraphates hingga AS menukarnya
menjadi padang jarak padang tekukur.
Hospital yang menempatkan mangsa bom dan hampir menemui ajal tidak selamat,
masjid yang menjadi kebanggaan di Fallujah musnah, sekolah tidak dibuka,
keadaan sunyi sepi dengan kedai menjual makanan takut untuk menjalankan
perniagaan mereka.
AS menggempur Fallujah kerana mendakwa itu kubu kuat pengganas, memasuki
rumah kediaman sesuka hati, menembak anak kecil tanpa mempedulikan rayuan
mereka untuk terus bernyawa. Inilah dosa AS yang perlu dibalas, katanya, yang
turut ditahan selama 15 bulan atas dakwaan menjadi teroris.
Sepanjang AS mengganas di Fallujah, keadaan menjadi sukar. Bekalan air
diberikan dua hari sekali, itu cuma dua jam sahaja. Elektrik pula dibekalkan
empat hari sekali, cukup selama sejam sahaja.
Cuaca ketika itu pula panas, seingat saya 61 darjah Celsius. Bayangkan
tiada kipas dan air, katanya yang kehilangan abang akibat operasi ketenteraan
AS di Fallujah.
Ali dan Abu Harith bukan berkisah tentang cerita kegembiraan atau ria.
Persembahan cerita mereka penuh lara nestapa semasa ditahan dan menjadi mangsa
penyeksaan AS. Maklum, negara Iraq dijajah dan semasa musim perang pula.
Mujur Ali dan Abu Harith cukup kuat menahan trauma penyeksaan itu.
Bagi Ali, selepas bebas, dia cuba melupakan kenangan pahit di Abu Gharib
manakala Abu Harith pula enggan lagi mengingati duka perang di Fallujah.
Selepas ditahan enam bulan di Abu Gharib, Ali mengasaskan sebuah pertubuhan
sekali gus sebagai suara menyampaikan derita para mangsa kekejaman di Iraq.
Pertubuhan itu, Persatuan Mangsa-Mangsa Tahanan Penjara Pencerobohan AS
(PMPPAS), yang asalnya hanya ada 12 anggota kini berusaha untuk mengajar AS
menerusi perkongsian cerita-cerita mangsa penganiayaan.
Tujuannya ialah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin cerita dan pada
akhirnya barangkali boleh membayar apa yang dilakukan ke atas kami sebelum ini.
Bukan niat membalas dendam, tetapi apa yang berlaku bukan bersifat manusiawi
dan seharusnya dibalas dengan bukan manusiawi juga, kata Ali. bapa kepada
lima anak ini sambil dipersetujui Abu Harith.
Persatuan itu yang berpangkalan di Baghdad kini memiliki 150,000 orang ahli
dengan kesemuanya adalah mangsa kekejaman AS selain ia turut mempunyai cawangan
di Fallujah serta tiga bandar lain di Iraq.
Ia yang diasaskan oleh Ali pada 4 April 2004 turut mempunyai pejabat serantau
di Amman, Jordan.
Kekejaman dan penyeksaan AS terhadap mangsa tahanan perang ini tidak boleh
diterima akal. Kita tidak cukup hanya bersimpati dan berkata : Aduh!
kasihannya, apabila mendengar cerita mereka.
Lebih daripada itu, kita sebenarnya kena bersatu mengutuk jenayah ini dan
seterusnya menolak mana-mana pemimpin yang tidak faham bahasa damai sebaliknya
kemaruk peluru dan dolar.
Ini merujuk kepada AS, tetapi itulah yang dilakukan di Nicaragua, Chile,
Afghanistan, Guantanamo dan Cuba.
Kita boleh dan punya kudrat menghalang AS daripada meneruskan dosa tidak
diampunkan ini.
Dalam pada itu, cerita nestapa Ali dan Abu Al-Harith boleh didengar secara
langsung jika menghadiri Persidangan Antarabangsa dan Pameran Dedahkan Jenayah
Perang : Jenayahkan Perang yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) bermula 5 hingga 7 Februari ini.
Selain Ali dan Abu Harith, pameran anjuran Pertubuhan Keamanan Global Perdana
turut menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai
Speaker Utama; Hans Von Sponeck (bekas Penolong Setiausaha Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB); Leuren Moret, pakar radiasi antarabangsa; Dr. Walid Shalah,
doktor Palestin dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan, pameran yang bermatlamat membuka mata dunia tentang
kekejaman perang ini turut mempersembahkan acara menunjukkan alat-alat
penyeksaan.
Selain cerita Ali dan Abu Harith, turut diperdengarkan ialah kisah mangsa
pembunuhan kejam Haditha (Iraq), Qanaa (Lebanon), Jenin (Palestin), My Lai
(Vietnam) dan Hiroshima & Nagasaki (Jepun).
Seperkara jangan dilupakan, kalau cerita mangsa-mangsa perang ini masih belum
berupaya mencelikkan mata kita dengan keganasan tidak berperikemanusiaan
dilakukan oleh AS, lupakan untuk mengangkat diri kita sebagai orang yang
cintakan perdamaian dan menolak kekerasan.
---------------------------------
Want to start your own business? Learn how on Yahoo! Small Business.