September 21, 2008
terbaru...Sanusi umum rapat raksaksa tuntut undur?
.fullpost{display:inline;}
Satu SMS diterima penulis.
Asm. Wbt. Kepada seluruh anggota masyarakat Melayu di Malaysia. Dengan
hormatnya dimaklumkan mengenai adanya rancangan mengadakan rapat raksaksa di
Kuala Lumpur untuk mendesak PM yang ada sekarang supaya cepat berhenti. Mohon
sokongan semua anggota masyarakat Melayu yang cintakan agama, bangsa dan
tanahair. Mesej dari TS Sanusi Junid.
Sebelum ini kedengaran, Matthias Chang mendesak ahli-ahli UMNO berhimpun di Ibu
Pejabat UMNO di PWTC dan tidak meninggalkan premis hingga Pak Lah mengundur.
Kali ini satu SMS yang dikatakan dihantar oleh Tan Sri Sanusi Junid pula
mengumumkan satu rapat raksaksa akan diadakan dan ia mengajak orang-orang
Melayu menuntut Pak Lah mengundur. Desakan ini mungkin timbul dari kata-kata
bahawa Abdullah masih enggan mengundur.
Sejak dari Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO minggu lepas, desakan menuntut
mengundur dari hampir semua ahli Majlis Tertinggi UMNO begitu jelas dan terang,
melainkan dua tiga orang sahaja. Abdullah telah bersedia menyatakan masanya dan
dijangka ianya adalah sebelum Oktober 9hb.
Dari maklumat terbaru yang diterima, Pak Lah dikatakan sudah bertukar fikiran.
Dato Ahmad Talib dalam blognya, Pahit Manis pada tengah malam tadi memberitahu
terdapat usaha yang diketuai oleh Dato Tengku Adnan, Setiausaha Agong UMNO
bersama seorang Ketua Perhubungan Negeri dan seorang ahli Majlis Tertinggi yang
telah mendesak Pak Lah mempertahankan jawatannya.
Blog Cuit Sikit mendedahkan Setiausaha Politiknya, Dato Che Alwi dari Ketereh,
Ketua Unit Polisi, Dato Zaki Zahid dan anak menantu Khairy Jamaluddin
meyakinkannya bahawa seramai 100 pencalunan Bahagian boleh diperolehi.
Untuk bertanding jawatan Presiden UMNO untuk bulan Disember ini, calun perlu
memperolehi 58 pencalunan Bahagian. Kuota ini pencalunan yang diperkenalkan
semasa zmaan Tun Dr Mahathir menyandang Presiden telah dikecam dan dituntut
supaya dihapuskan kerana ia mengekang demokrasi dan menjadi punca suasana takut
dalam parti UMNO.
Pihak media perdana yang dikuasai Tingkat 4 masih berusaha untuk menyelamatkan
keadaaan dengan putarbelitnya. Paling ketara adalah laporan muka depan Utusan
Malaysia hari ini yang menyatakan Tan Sri Muhammad Muhamamd Taib menafikan
tekanan MT menuntut undur. Malah diselit pembohongan menyatakan peralihan kuasa
2010 masih kekal.
Blog Cuit Sikit menyatakan Muhammad Taib tidak mendapat sokongan Bahagian di
Selangor. Dari 22 Bahagian, 19 Bahagian UMNO di Selangor memutuskan untuk
mencalonkan calon lain dari Pak Lah bagi jawatan Presiden UMNO.
Sementara itu, Dato Mukhriz Mahathir dalam satu Majlis Berbuka Puasa di Johor
Baru mengingatkan perlunya "Berani Berubah" untuk memastikan UMNO masih releven
dengan menghadapi cabaran masakini untuk terus memerintah.
Beliau menuntut Abdullah mengundurkan diri segera. Katanya, Abdullah perlu
menerima hakikat yang ahli-ahli akar umbi Umno mahukan perubahan dan kepimpinan
perlu diserahkan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/09/sanusi-umum-rapat-raksaksa-tuntut-undur.html
Sumber:
http://kerabubersuara.blogspot.com/2008/09/terbarusanusi-umum-rapat-raksaksa.html
_________________________________________________________
Alt i ett. Få Yahoo! Mail med adressekartotek, kalender og
notisblokk. http://no.mail.yahoo.com