12 mati lemas tongkang terbalik pulang beraya

Oleh zabry mohamad










TERSELAMAT... Shahrizal Jamal Hussain, salah seorang daripada tiga kanak-kanak 
yang terselamat dalam tragedi tongkang karam di Pintu Gedong, 15 kilometer dari 
Pelabuhan Barat, masih dalam keadaan trauma ketika ditempatkan di Asrama 
Kakitangan Westports, semalam.– Gambar Mohd. Shaharani Saibi



PELABUHAN KLANG 30 Sept. – Seramai 12 warga Indonesia mati lemas manakala 125 
lagi terselamat selepas tongkang kayu yang dinaiki untuk pulang berhari raya 
tenggelam di perairan Pintu Gedong, kira-kira 15 kilometer dari Pelabuhan Barat 
di sini pagi ini.
Ia melibatkan 11 wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an termasuk 
seorang sarat mengandung manakala yang terselamat terdiri daripada 88 lelaki, 
32 wanita, empat kanak-kanak dan seorang bayi berusia lapan bulan.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, 
tongkang tersebut dipercayai berlepas dari pesisir hutan paya bakau Pulau Che 
Mat Zain di sini kira-kira pukul 7 pagi menghala ke Tanjung Balai, Sumatera 
sebelum karam kira-kira 10 minit kemudian.
Berikut kejadian itu, menurutnya, polis telah menahan enam lelaki warga 
Indonesia yang dipercayai tekong tongkang tersebut. 
“Polis menerima panggilan daripada pihak pengurusan Pelabuhan Barat, Westports 
(M) Sdn. Bhd. mengenai tragedi itu pada pukul 7.30 pagi ini.
“Kumpulan pertama seramai 30 orang berjaya diselamatkan oleh bot tunda manakala 
selebihnya dengan bantuan kapal tangki,” katanya pada sidang akhbar di Bilik 
Gerakan Kecemasan Westports di sini hari ini.
Tongkang tersebut dipercayai beroperasi secara haram kerana beberapa penumpang 
mengaku mereka dipaksa bersembunyi di hutan paya bakau sejak pukul 8 malam tadi 
sebelum menaikinya pagi ini.
 
Sumber: 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
 
12 maut tongkang karam
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
[EMAIL PROTECTED]





MANGSA tongkang karam yang hanya dikenali sebagai Sari tidak dapat menahan 
kesedihan selepas terselamat dalam kejadian kira-kira 15 kilometer dari 
Pelabuhan Barat, di Pelabuhan Klang, pagi semalam.


Mangsa penumpang warga Indonesia mahu balik raya 

PELABUHAN KLANG: Dua belas warga Indonesia, 11 daripadanya wanita termasuk 
seorang yang sarat mengandung lemas manakala 125 terselamat apabila tongkang 
kayu yang dinaiki untuk pulang berhari raya ke Tanjung Balai, Sumatera, pecah 
lalu karam, di sini, semalam. 

Kejadian itu berlaku jam 7.30 pagi, kira-kira 15 kilometer dari Pelabuhan Barat 
apabila tongkang berkenaan dikatakan tiba-tiba bocor dan karam hanya 10 minit 
selepas dipercayai berlepas dari pesisir hutan bakau di Pulau Che Mat Zin. 
 
Sumber: 
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20081001011315/Article/index_html
 



      _________________________________________________________
Alt i ett. Få Yahoo! Mail med adressekartotek, kalender og
notisblokk. http://no.mail.yahoo.com

Kirim email ke