Semua mangsa terapung dekat tongkang
PELABUHAN KLANG: Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata polis menerima maklumat daripada Westport Malaysia Sdn Bhd jam 7.30 pagi memaklumkan mengenai kejadian tongkang membawa pendatang Indonesia karam. Katanya, operasi menyelamat kemudian dilakukan dengan bantuan 60 anggota penyelamat polis marin, Jabatan Laut dan Unit Keselamatan Westport. “Mayat ditemui bot tunda dari Wesport yang ketika itu dalam perjalanan menunda kapal tangki “Arowana Liverpool” ke Pelabuhan Barat. “Semua mangsa dan mayat terbabit ditemui terapung berhampiran tongkang,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Kecemasan Wesport Malaysia di sini, semalam. Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081001024304/Article/index_html _________________________________________________________ Alt i ett. Få Yahoo! Mail med adressekartotek, kalender og notisblokk. http://no.mail.yahoo.com
