Salam,

Berikut adalah tulisan kelanjutan oleh cabaran dari penulis 
sebelumnya. (IzaM)-

===

Koran Utusan Malaysia, Rabu, 2 Jun 2004

Memahami Kelemahan Pembantu Rumah Indonesia

Oleh Nazarudin Zainun dan Soijah Likin

Berdasarkan kes Nirmala Bonat yang didakwa didera oleh majikannya, 
apa yang timbul dalam benak sesetengah pengamat ialah wujudnya 
masalah dalam komunikasi antara Nirmala dengan majikannya. 

Majikannya menggunakan jurubahasa di mahkamah kerana tidak boleh 
memahami bahasa Malaysia ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan. Ini 
bermakna majikannya tidak boleh bertutur dan memahami bahasa 
Malaysia. Nirmala pula berasal dari Nusa Tenggara Timur. Masyarakat 
di wilayah itu juga tidak fasih berbahasa Indonesia, apatah lagi 
bahasa Inggeris.

Lantas timbullah persoalan bagaimana mereka berkomunikasi? Dari sudut 
antropologi di sini timbulnya masalah - lain disuruh lain dibuat. 
Apabila berkali-kali melakukan kesalahan sama maka kesabaran majikan 
pun hilang. Dalam kes ini sangat dikesalkan, majikan bertindak tidak 
sesuai dengan akal sihat.

Kehidupan pembantu rumah yang mundur dan miskin di kampung halaman 
menyebabkan mereka jauh dari dunia moden. Apa yang ditemui di rumah 
majikan adalah benda-benda yang pertama kali mereka lihat, dengar dan 
tahu. Jadi tidak hairanlah jika majikan perlu mengajar berkali-kali 
untuk menggunakan alat-alat elektrik. Apatah lagi jika alat-alat 
tersebut diperkenal dengan menggunakan istilah Inggeris, maka 
bertambahlah kebingungan mereka. Itu baru mengenal peralatan dapur 
belum lagi cara menggunakannya.

Perlu diingatkan bahawa kehidupan desa di Indonesia bukan seperti 
kehidupan di kampung-kampung di Malaysia. Apa yang ada di dalam rumah 
orang bandar boleh dikatakan sama atau hampir sama dengan apa yang 
ada di rumah orang kampung. Jika tidak sama sekalipun tetapi benda-
benda yang asas pasti ada. 

Malahan ada di kalangan mereka yang masih tidak mempunyai bekalan 
elektrik di rumah, ini sudah pasti memberikan gambaran kepada kita 
satu keadaan kosong pengetahuan tentang elektrik dan kegunaannya.

Untuk mengatasi masalah kebingungan ini, kita perlu berusaha sedikit 
untuk sama-sama membantu meningkatkan kefahaman mereka. Tidak salah 
jika kita mengalah dengan memahami bahasa mereka. Oleh kerana 
sebahagian besar majikan rakyat Malaysia berpendidikan adalah lebih 
mudah untuk kita memahami pembantu rumah berbanding mereka memahami 
majikan.

Jangan harapkan pembantu rumah boleh memasak mengikut menu kita, 
bukan mereka tidak pandai memasak tetapi kemiskinan menjadikan mereka 
miskin pengetahuan dan pengalaman. Tidak keterlaluan jika dikatakan 
terdapat orang Indonesia dari kampung yang tidak tahu makan ayam dan 
ikan kerana mereka tidak pernah memakannya. Meskipun mereka membela 
ayam tapi ayam dipelihara untuk dijual bagi membeli beras. Sebenarnya 
mereka bukan cerewet bila tidak makan itu dan ini, kerana apa yang 
kita makan adalah benda-benda yang mereka tidak tahu dan tidak pernah 
rasa makanan itu.

Cara makan orang Indonesia sebenarnya cukup mudah berbanding orang 
Malaysia yang perlu banyak lauk-pauk. Makanan seharian mereka cukup 
sekadar tempe, tauhu, keropok dan untuk golongan berada pula mungkin 
agak sama dengan sajian makanan kita di Malaysia. 

Biasanya pembantu rumah Indonesia di negaranya, tidak bekerja setelah 
waktu Maghrib. Majoriti orang Indonesia makan sebelum Maghrib jadi 
selepas waktu itu, pembantu rumah bebas daripada tugas. Sebahagian 
daripada tugas rumah tangga diambil alih oleh majikan. 

Pada waktu tersebut pembantu rumah akan keluar dan berjumpa dengan 
pembantu rumah yang lain untuk berbual-bual sambil makan bakso di 
halaman rumah atau di tepi-tepi jalan.

Tetapi ramai majikan di Malaysia tidak sedemikian. Terdapat pembantu 
yang bekerja 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu. Setelah seharian 
mengurus rumah dan anak adalah wajar untuk pembantu rumah memiliki 
waktunya sendiri setiap hari. 

Ini penting untuk kesegaran fizikal dan mental agar esoknya pembantu 
rumah boleh memulakan kerja dengan sihat dan ceria. Kalau majikan 
terus memberikan kerja malahan waktu malam pun anak-anak disuruh 
tidur bersama pembantu rumah, bagaimana mereka mampu bekerja dengan 
cergas keesokannya kerana tidak cukup tidur dan rehat.

Keadaan ini mempengaruhi emosi dan fizikal pembantu rumah. Inilah 
yang mencetuskan faktor anak didera, pembantu malas, lesu, bergayut 
di telefon atau asyik tonton TV. Perlu disedari majikan (suami dan 
isteri) apabila telah berada di rumah, ambillah semula tugas rumah 
tangga terutamanya mengurus anak dan suami atau isteri. 

Suami juga sama-sama membantu isteri untuk mengurus anak dan rumah 
tangga. Kebiasaannya, suami lepas tangan dan kerja yang biasanya 
boleh dilakukan berubah menjadi tidak tahu apabila ada pembantu rumah 
seperti mencuci kereta dan menyediakan susu anak. Sehingga ada 
kalangan anak memanggil pembantu rumah mereka sebagai emak dan ibu.

Jika ada waktu atau kelapangan, buat kerja bersama-sama atau 
meringankan kerja pembantu rumah, janganlah majikan hanya menjerit 
dan mengarah itu dan ini. Menguruskan rumah tangga dan menjaga anak 
bukanlah tugas yang mudah, tetapi cukup memenatkan apalagi anak-anak 
yang suka meragam. 

Pembantu rumah bukan robot yang tidak ada perasaan dan bukan juga 
Badang yang kuat bertenaga, tetapi adalah makhluk yang sama dengan 
kita, ada rasa penat, letih, marah, suka, gembira, lapar dan dahaga. 
Mereka juga memerlukan apa yang kita perlukan seperti rehat, tidur, 
bercakap, bergembira dan berkawan.

Malahan pembantu-pembantu rumah ialah manusia dewasa yang ada rasa 
malu dan tertekan, jadi hindarkanlah memarahi dan mengherdik mereka 
di depan anak atau suami atau isteri. Kalau ada yang tidak puas hati 
bawalah bercakap dengan baik dan berhemah sesuai dengan taraf 
masyarakat kita yang dikatakan lebih moden dan terpelajar. 

Sesungguhnya adalah tidak rugi untuk kita cuba memahami latar 
belakang dan watak pembantu rumah terlebih dahulu sebelum mengambil 
seseorang untuk bekerja dengan kita.

Sebagai orang yang beragama, tidak kira apa agama pun mempunyai 
ajaran yang sama - buat baik dibalas baik, buat jahat akan dapat 
balasan yang setimpal.

Dengan demikian, sebenarnya bukan penambahan syarat-syarat yang ketat 
pengambilan pembantu rumah yang sangat diperlukan pada masa ini, 
tetapi pemahaman kita terhadap calon pembantu rumah. Semakin kita 
memahami mereka maka sebenarnya kita semakin memudahkan diri dan 
keluarga.

- Dr. Nazarudin Zainun ialah Pensyarah Sejarah Asia Tenggara 
(Indonesia) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains 
Malaysia (USM), Pulau Pinang.

- Soijah Likin ialah ahli antropologi bebas dan pengamat sosial 
masalah pekerja wanita Indonesia di Malaysia.




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg Lebih 
Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.arsip.da.ru
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Posting: [EMAIL PROTECTED]
5. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
6. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
7. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
     http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
     [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
     http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke