Silat lincah Malaysia tambat hati penonton Oleh Saufi Hamzah (Yang mengunjungi
Chungju, Korea Selatan, baru-baru ini)
JIKA Jepun tampil dengan Iaido, Australia dengan Tal-Kin-Jeri, Afrika Selatan
(stick fighting), Uzbekistan (Kurash), Moldova (Trynta) dan Sudan (Nuba),
Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dalam seni mempertahankan diri dengan
mempamerkan seni silat lincah.
Persembahan pesilat Malaysia ternyata memikat penonton tempatan dan negara
peserta lain sepanjang persembahan Festival Seni Mempertahankan Diri Sedunia di
Kompleks Sukan Chungju, Korea Selatan, baru-baru ini.
Setiap tahun sejak 1999, Jawatankuasa Promosi Persekutuan Seni Mempertahankan
Diri Sedunia Chungju membelanjakan berpuluh-puluh ribu dolar Amerika untuk
menganjurkan festival bertaraf dunia itu.
Bandar raya Chungju berpesta dengan kehadiran berpuluh ribu penonton seawal
majlis perasmian yang disertai 50,000 orang di kompleks berkenaan. Tujuh puluh
satu pasukan daripada 35 negara berkampung di Chungju untuk mempamerkan
keunikan seni mempertahankan diri dari negara masing-masing di hadapan rakyat
Korea yang begitu menghargai penyertaan mereka.
Negara seperti Jepun, Australia, Afrika Selatan, Uzbekistan, Malaysia, Moldova
dan Sudan menyahut undangan penganjur untuk sama-sama memeriahkan festival
selama seminggu itu.
Deretan penaja seperti Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan,
Kementerian Pentadbiran Kerajaan dan Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan dan
Pelancongan, Pentadbiran Warisan Kebudayaan, Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan
Korea, Suruhanjaya Kebangsaan Korea untuk Unesco, Yayasan Pihak Berkuasa
Tempatan Korea untuk Perhubungan Antarabangsa, Yayasan Luar Negara Korea dan
Kesatuan Seni Mempertahankan Diri Sedunia serta banyak lagi, berdiri teguh
untuk memastikan kejayaan festival itu.
Ketujuh-tujuh pesilat Malaysia � Khairuddin Mustapa, Chin Hajeed, Norasri
Johari, Azrol Nizam Razlan, Muhammad Helmy Khalid Khairuddin, Mohd Adrul Qutni
Mohd Rodzi dan Mohd Shamsuri Darus membuat persembahan menarik di hadapan
penonton tempatan yang memenuhi ruang tempat duduk di depan pentas terbuka.
Seorang pelancong Mexico, Carlos Deleon, berkata bagi beliau, persembahan silat
lincah yang disaksikan di Chungju amat menarik biarpun pernah melihat
persembahan silat ini di Bali, Indonesia.
"Gerakan silat lincah amat kemas dan tekniknya teratur serta amat praktikal.
Langkah kaki amat seimbang dengan pukulan yang ternyata menambah keunikan silat
lincah," katanya ketika ditemui selepas persembahan pesilat Malaysia.
Ketika majlis penutup festival itu, Datuk Bandar Chungju, Han Chang Hee
berkata, beliau amat menghargai kehadiran kesemua negara yang mengambil
bahagian.
"Setiap tahun sejak 1997, kita mengundang banyak negara mengambil bahagian.
Tahun depan, kita akan menjemput anda sekali lagi untuk mengambil bahagian,"
katanya.
Pelbagai acara sampingan di sekeliling kompleks sukan itu turut diadakan. Gerai
pameran, jualan cenderahati dan pakaian memenuhi kawasan persekitaran yang
dipenuhi dengan orang ramai dari pagi sehinggalah ke waktu malam.
Ketua Kontinjen Malaysia, Megat Zulkarnian Omardin turut hadir mengiringi
pesilat negara dan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Seni
Mempertahankan Diri Sedunia.
Pesilat Malaysia amat bertuah kerana menerima kunjungan Datuk Bandar Chungju,
kakitangan Korean Telecom, pemilik sebuah salun rambut dan seorang ahli
perniagaan Korea yang pernah tinggal di Johor selama dua tahun di hotel
penginapan mereka.
Pasukan negara berpeluang dibawa melawat beberapa tempat bersejarah, tempat
menarik, pusat membeli-belah dan menjalani sesi fotografi di Pusat Taekgyeon.
---------------------------------
Do you Yahoo!?
Meet the all-new My Yahoo! � Try it today!
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
$4.98 domain names from Yahoo!. Register anything.
http://us.click.yahoo.com/Q7_YsB/neXJAA/yQLSAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.uni.cc
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:
1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru;
4. Posting: [EMAIL PROTECTED]
5. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
6. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
7. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/