Penubuhan Kelab BPR di IPT � Rancangan Jangka Panjang Anti-Rasuah
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai tekad
beliau memerangi rasuah akhir April lalu dalam Forum Integriti dan Etika Dunia
2005 di Institut Integriti Malaysia (IIM) wajar disambut baik oleh semua pihak.
Dalam mana-mana negara, agenda kerajaan tidak berjaya apabila tiada dokongan
rakyat. Pentingnya hal ini, kata beliau, apabila negara mungkin berdepan dengan
risiko kehilangan pelaburan luar negeri akibat lumpuhnya kepercayaan pelabur ke
atas negara yang bergelut dengan masalah korupsi. Namun, yang paling mustahak
sebenarnya, tekad ini bukan kerana hal ekonomi, bahkan kerana ia sendiri
menyangkut moral bangsa.
Kedudukan rasuah negara di peringkat antarabangsa tidak menunjukkan sebarang
perubahan ketara bahkan ia makin meningkat semenjak sembilan tahun kebelakangan
ini bermula tahun 1995 hingga 2003 berdasarkan laporan Indeks Persepsi Rasuah
(CPI) oleh Transparency International.
Dalam kalangan 41 buah negara yang dikaji pada tahun 1995, Malaysia mencapai
kedudukan ke-23 dengan skor mata 5.28. Sehinggalah pada 2003, Malaysia
menduduki tempat ke-37 dalam kalangan 133 buah negara dengan skor mata 5.2. Di
sini, sisihan 0.08 penurunan skor mata tidak menunjukkan pencapaian cemerlang
dalam usaha membasmi amalan rasuah dalam negara.
Oleh itu, Perdana Menteri telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada
23 April tahun lalu. Sasaran pertama - mengurangkan gejala rasuah, salah guna
kuasa dan penyelewengan secara berkesan dengan objektif: �Menaikkan skor 5.2
mata yang dicatat oleh Malaysia pada tahun 2003 menjadi sekurang-kurangnya 6.5
mata menjelang 2008, sekali gus mengubah kedudukan ke-37 daripada 133 buah
negara menjadi sekurang-kurangnya kedudukan ke-30.�
Sementara itu, sasaran kedua bermatlamat meningkatkan kecekapan dalam sistem
penyampaian perkhidmatan awam � mengatasi masalah birokrasi, PIN menggubal
indeks persepsi awam di mana skor 1.0 (terbaik) dan 5.0 (terburuk). Untuk
agensi perkhidmatan sektor Kerajaan, skor harus diturunkan agar ia berada di
bawah paras 2.5 mata.
Dari itu, bilangan aduan kepada BPR, Biro Pengaduan Awam (BPA), Laporan Audit
Negara dan lain-lain maklumbalas pelanggan kepada jabatan atau agensi Kerajaan
serta saluran aduan yang lain mesti dilakukan dengan bertanggungjawab.
Oleh itu, hubungan masyarakat dengan agensi-agensi di atas perlu dieratkan agar
wujud rasa kekitaan sehingga terbina kepercayaan itu. Dalam forum itu, Perdana
Menteri berkata, perangkaan BPR mengenai peningkatan aduan sebanyak 17 peratus
antara 2003 hingga 2004 menunjukkan keyakinan khalayak ke atas program membasmi
rasuah ini.
Namun begitu, dari sudut yang lain, agak menyedihkan apabila satu penyelidikan
yang bertajuk Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia (2002)
mendedahkan cuma 13.7 peratus pelajar atau responden yang menghadiri beberapa
program Pendidikan Masyarakat anjuran BPR. Sebenarnya, mahasiswa inilah yang
menjadi aset utama dalam membahaskan pelan bertindak untuk memerangi gejala
rasuah dan penyelewengan.
Hal ini kerana, sekiranya mereka tidak ghairah membincangkan agenda kerajaan
ini, maka di masa depan dikhuatiri, tiada lagi generasi pelapis yang akan
membangkitkan keprihatinan ini di masa depan. Sikap bencikan rasuah,
penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan undang-undang, pembaziran perlu
disemaikan semenjak kecil melalui institusi kekeluargaan, sekolah sehingga yang
paling tinggi; universiti.
Oleh itu BPR perlu mewujudkan Kelab BPR dalam IPT seperti langkah Pemadam
menubuhkan Kelab Pemadam di USM dan seluruh IPT lain. Moga-moga melalui cara
ini, mahasiswa dan generasi masa hadapan lebih mahir mengendalikan masalah
dadah serta rasuah yang berkembang secara berleluasa di dalam masyarakat kita.
Seterusnya, kuasa melakukan siasatan boleh diturunkan kepada mahasiswa untuk
membantu tugas BPR menyiasat kakitangan IPT yang terlibat dengan rasuah.
Terdahulu, sebuah akhbar telah melaporkan kira-kira 128 kes penyelewengan di
sebuah IPT. Namun, ada kemungkinan, lebih daripada sebuah universiti yang
terlibat dalam gejala ini. Dilema ini wujud di mana saja. Oleh itu,
penyelewengan di semua IPT perlu juga disiasat.
Tunjuk ajar mengenai bagaimana mengesan pengaliran wang universiti dan
cara-cara kenaikan pangkat pegawai dan pensyarah universiti mungkin boleh
menjadi tugasan utama ke atas mahasiswa yang berminat dalam penyiasatan ini
sebagai permulaan.
BPR pula mungkin boleh merencanakan setiap bulan satu universiti dan sebuah
sekolah untuk memberi penjelasan mengenai kaedah-kaedah menyiasat penyelewengan
dan sebagainya. Sementara kempen anti rasuah perlu digerakkan segera oleh BPR
di kalangan mahasiswa untuk disuburkan ke dalam jiwa generasi muda.
Rencana ini mesti berterusan hingga menghasilkan mahasiswa yang terlatih dalam
hal ini. Keistimewaan turut diberikan terhadap ahli Kelab BPR untuk berkhidmat
dengan BPR ketika tamat pengajian. Masa akan jimat kerana mereka telah
diberikan latihan awal. Latihan tentera ala Wataniah, Palapes, Rotu dan
lain-lain diberikan kepada mahasiswa, malah Khidmat Negara telah diberi kepada
pelajar, maka tentulah tidak sulit menajamkan potensi mahasiswa dengan aktiviti
BPR dan menyusun perkumpulan anti rasuah di IPT.
Jika perlu, kursus-kursus khas perlu dianjurkan semasa cuti semester di
universiti. Atau ketika melakukan operasi semasa cuti semester, pelajar yang
menjalankan siasatan perlu dilindungi undang-undang. Menyentuh soal
perundangan, adalah disyorkan supaya sebuah mahkamah khas untuk mengadili
pesalah laku rasuah dan penyelewengan perlu diwujudkan bagi mempercepat proses
pengadilan mereka yang terbabit. Sementara istilah �politik wang� perlu diubah
kepada �rasuah� agar tidak mengelirukan takrifan umum.
Forum anjuran IIM dan lain-lain lembaga itu menghimpunkan kira-kira 200 pakar
dalam pelbagai bidang pencegahan rasuah di pelbagai peringkat. Dengan itu,
limpahan tenaga pakar ini dapat membimbing pelajar dan mencurahkan idea dalam
melatih pakar-pakar membasmi rasuah masa depan. Semoga dana RM760,000 daripada
UNDP itu dapat juga diperuntukkan untuk menyemai tunas baru yang kental
memerangi korupsi.
Pengalaman di negara jiran mungkin boleh dijadikan pedoman. Ramai mahasiswa di
Indonesia tidak berkompromi dengan isu korupsi. Selain aksi jalan raya,
mahasiswa di Universitas Airlangga, Surabaya misalnya, telah mewujudkan banyak
forum-forum anti-korupsi sejak media membuat liputan kasus suap (rasuah)
seorang pemimpin republik itu.
Ringkasnya, tenaga dan pemikiran mahasiswa dan anak muda perlulah
disegarkan sentiasa dengan forum-forum anti rasuah dan penyelewengan supaya
matlamat kerajaan ke arah melahirkan bangsa Malaysia yang sifar rasuah menjadi
kenyataan.
Ibnuamir al-Pendangi,
Tunjungan School of Thought.
-------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.geocties.com/jutawan_fakir28/prepaid.htm
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia
yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi
usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral &
modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5
---------------------------------
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/MCfFmA/SOnJAA/E2hLAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.org
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:
1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru;
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/