hakikat jilbab bagi seorang muslimah, maaf kalau ada yg tidak berkenan, sekedar 
ingin berbagi..
(lagi² dr milis sebelah..)
 
KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa,seoranggadis yang 
baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. 
Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar 
membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini 
menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi 
mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai 
tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku 
pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik 
berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun 
ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak 
pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu 
keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun 
tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat 
ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " 
YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah 
keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu 
khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat  dipastikan). Saya mengenalinya 
sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus 
mengenai isteri  Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang 
menggelarnya si buta, bisu dan tuli. 

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, 
betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewat, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, 
tanya sendiri".   Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan 
benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. 

Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar 
mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu 
menjadi pucat  lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang 
labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi 
bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan 
yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada 
lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk 
bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak 
merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), 
dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang 
lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan 
pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..


Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja 
di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat 
khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( 
rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada 
Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya 
usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah
ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke 
dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. 

saya segera menghampiri ibu lantas  memeluknya........dalam esak tangisnya ibu 
memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir 
hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara 
pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas 
mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik 
menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya 
buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak 
misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi 
ketika adik baru pulang dari rumah Abu  Khoiri..di situ tertera soaljawab 
antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini:  Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak 
bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak 
cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk 
hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan 
bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi 
saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai 
tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai 
tudung tapi kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..  
pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita 
ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh 
kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan 
dihadapan Allah SWT
nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak 
elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik 
tudung itu sendiri yang harus kita fahami 

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata 
kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari 
mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah 
dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara 
yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi 
hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu 
dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah 
menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang 
syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain 
Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari 
hati kamu..tulah hakikat tudung 

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah 
mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan 
rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu 
mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan 
amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai  kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. 
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan 
dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia 
seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu  padang yang tiada 
batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , 
ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap 
gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya 
, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi 
, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih 
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris 
dengan barisan yang
 panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu 
ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya 
akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang 
tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika 
dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. 
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun 
manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah 
sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa,  
bila kita tidak  berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti 
kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , 
Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti 
dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk  matanya.. 
Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil 
dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat 
lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang 
dapat mengundang murka Allah SWT ,  wanita tidak pernah berbicara ghibah dan 
segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku 
disisinya..Amin Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi 
kita  semua. Wassalam


                
---------------------------------
 Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
DonorsChoose.org helps at-risk students succeed. Fund a student project today!
http://us.click.yahoo.com/O4u7KD/FpQLAA/E2hLAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. http://www.ppi-india.org
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Reading only, http://dear.to/ppi 
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Kirim email ke