Ini adalah sedikit pandangan, tips untuk pemikir bangsa dan negara! Kalaulah mau merapatkan jurang antara orang yang kaya dengan orang yang miskin, agar yang kaya tidak terlalu kaya, dan yang miskin tidaklah terlalu miskin, kembalilah hendaknya kepada ajaran Islam. Yaitu ajaran Islam yang sebenarnya, apa itu? Yakni ajaran hanya ada pada agama islam saja yang membawa kepada satu kehidupan masyarakat yang harmonis, si kaya tidak sombong dengan kekayaannya, si miskin redha dengan kemiskinan dan tidak pula meminta-minta. Yang kaya terdorong membantu yang miskin, juga yang miskin bersedia dengan cara yang lain pula untuk membantu yang kaya. Tidak timbul jurang. Tidak timbul persengketaan dan permusuhan. Tidak timbul dengki-mendengki, cemburu-mencemburui hinggakan masyarakat porak-peranda. Tidak juga timbul kecurian dan rompakan pada harta orang kaya. Masing-masing selamat menyelamatkan. Begitulah indahnya kehidupan Islam jika ianya benar-benar dihayati dan diamalkan. Mana mungkin kita boleh membasmi kemiskinan. Istilah membasmi kemiskinan seolah-olah meletakkan kemiskinan itu pada tahap sifar. Yang boleh hanya kita mengurangkan kadar kemiskinan. Atau meningkatkan paras kemiskinan supaya tidak terlalu jauh dengan paras kekayaan. Kenapa tidak boleh? Sebab miskin kaya itu adalah keadilan Tuhan pada manusia. Kalau semuanya kaya, siapa pula yang nak jadi miskin? Maklumlah orang miskin ini mereka buat kerja-kerja orang miskin. Mana mungkin orang kaya nak buat kerja-kerja orang miskin. Siapa yang nak tanam padi dan siapa pula yang menangkap ikan di laut? Siapa pula yang nak jadi tukang kutip sampah dan orang yang membaiki jalanraya? Dalam masyarakat Islam, orang miskin tetap ada. Orang kaya pun tetap ada. Tinggal lagi Islam ada kaedah untuk mengimbangi kehidupan miskin kaya agar mereka hidup dalam keadaan aman sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan. Apa kaedahnya? Kaedahnya adalah pemerataan. Pemerataan itulah yang penting dalam sebuah masyarakat. Tanpa pemerataan, masyarakat kaya akan menjadi terus kaya, dan mungkin bertambah kaya. Manakala miskin terus miskin hidup melarat dan penuh penderitaan. Orang kaya sepatutnya membagi-bagikan nikmat kekayaan yang diberi Tuhan kepadanya kepada orang miskin yang susah. Walaupun Islam telah memprogramkan sistem zakat untuk orang kaya membagikan kekayaannya itu, tetapi itu saja tidak mencukupi. Kenalah orang kaya melebarkan lagi pemerataan itu. Pemimpin negara maupun masyarakat kenalah memikirkan soal pemerataan ini agar ianya benar-benar berlaku dalam sesuatu wilayah atau kawasan. Pemerataan ini pula hanya boleh berlaku, jika orang-orang kaya sudah terbangun insaniahnya. Mana mungkin orang kaya mudah-mudah mahu melepaskan kekayaan mereka untuk dibagi-bagikan kepada orang miskin jika orang kaya tidak terbangun insaniahnya. Itulah sebabnya kenalah orang-orang kaya itu dididik insaniahnya sehingga mereka cinta dan takut Tuhan. Kenalah sifat cinta dunia mereka digantikan dengan cinta Tuhan. Bila sudah hilang cinta dunia, barulah mudah saja bagi orang kaya membagikan kekayaan kerana Tuhan, untuk Tuhan. Sebab kekayaan itu sudah tidak masuk ke dalam hati mereka. Seperkara lagi, bila sudah cinta Tuhan, otomatis akan timbul rasa cinta sesama manusia. Timbul dalam hati orang kaya rasa cinta kepada orang miskin. Mau membela dan menolong orang miskin. Jadi berlumba-lumbalah mereka untuk membantu orang miskin atas dasar cinta mereka kepada sesama manusia terutama kepada orang miskin. Lagi, bila sudah cinta Tuhan, akan datang takut kepadaNya. Takut kalau-kalau nikmat Tuhan yang didapati mereka tidak disalahgunakan. Takut kalau-kalau harta yang melimpah ruah menjadi persoalan yang berat di akhirat. Jadi, atas dasar takut Tuhan inilah mereka tanpa berlengah-lengah mahu menggunakan nikmat Tuhan di jalan yang benar. Kesedaran ini timbul setelah mereka paham nikmat kekayaan yang Tuhan bagi bukan saja untuk mereka, tetapi untuk dibagi-bagikan kepada manusia lain. Tuhan hanya jadikan mereka sebagai saluran kepada masyarakat. Begitu sekali mereka diberi paham, hasil dari mereka mendapat rasa cinta dan takut Tuhan. _________________________________________________________________ Get your free suite of Windows Live services today! http://www.get.live.com/wl/all
[Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ *************************************************************************** Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. http://groups.yahoo.com/group/ppiindia *************************************************************************** __________________________________________________________________________ Mohon Perhatian: 1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik) 2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari. 3. Reading only, http://ppi-india.blogspot.com 4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED] 5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED] 6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

