Refleksi : Mungkin bahasa yang diajarkan di sekolah adalah seperti bahasa artikel ini dan oleh karena itu 72% murid tidak lulus ujian negara dalam bahasa Indonesia.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm Mangsa kapal perang Korea Selatan karam dikebumi Presiden Lee Myung-bak (dua dari kanan) menenangkan salah seorang anggota keluarga tentera Korea Selatan yang terbunuh dalam insiden kapal perang negara itu Ccheonan karam akibat terkena letupan pada 26 Mac 2010 semasa upacara pengebumian di pangkalan tentera laut Korea Selatan di Pyeongtaek, 70 kilometer ke selatan Seoul, semalam. - REUTERS -------------------------------------------------------------------------- PYEONGTAEK, Korea Selatan 29 April - Bendera dikibarkan separuh tiang, siren dibunyikan dan ahli keluarga mangsa menangis teresak-esak ketika pengkebumian 46 anak kapal yang terbunuh dalam letupan kapal perang yang disyaki dilakukan oleh Korea Utara. Majlis yang diadakan di pangkalan Tentera Laut di Pyeongtaek, 70 kilometer dari Seoul itu hari ini turut dihadiri seramai 2,800 orang termasuk Presiden Lee Myung-Bak. Sementera itu, Ketua Tentera Laut, Admiral Kim Sung-Chan berjanji akan menuntut bela ke atas sesiapa pun yang bertanggungjawab menyebabkan insiden itu. "Kami tidak akan memaafkan sesiapa pun yang telah mengakibatkan kesakitan yang amat pedih ini. "Kami akan menjejaki mereka sampai dapat dan menuntut bela," kata Sung-Chan dalam ucapannya ketika majlis pengkebumian itu. Korea Selatan belum lagi secara terbuka menuduh Korea Utara bertanggungjawab atas insiden letupan kapal perang seberat 1,200 tan berhampiran kawasan sempadan yang menjadi pertikaian pada 26 Mac lalu itu. Serangan peluru berpandu dilihat sebagai punca kapal itu karam. Korea Utara bagaimanapun, menafikan ia terlibat dalam insiden itu. Seoul yang telah mengeluarkan bangkai kapal tersebut yang karam di Laut Kuning telah melancarkan siasatan multinasional melibatkan lebih 100 penyiasat. "Kami akan membuat penelitian yang tegas dan terperinci," kata jurucakap Kementerian Luar, Kim Young-Sun, hari ini. Kakitangan kerajaan, pegawai tentera, duta-duta, delegasi asing dan ahli keluarga mangsa turut menghadiri majlis pengkebumian itu. Presiden Myung-Bak turut meletakkan pingat di hadapan gambar mangsa-mangsa yang terkorban ketika nama mereka disebut satu-persatu. - AFP [Non-text portions of this message have been removed]

