Salam Pramuka dan Salam Persaudaraan,
Setelah melihat respon dan maklum balas dari sahabat-sahabat
dari Pramuka Indonesia, apa yang saya dapat simpulkan ialah sememangnya wujud
perbezaan pendapat dan salah faham dari kedua-dua negara. Dan saya tidak
meyalahkan rakyat Indonesia, tetapi pada dasarnya menyalahkan media massa yang
mengambil peluang yang ada untuk memecahbelahkan
hubungan persaudaraan antara Indonesia dan Malaysia. Sebelum saya berbicara
lebih lanjut, izinkan saya memohon maaf jika ‘post’ saya ini mampu mengguris
mana-mana perasaan. Dan ingin saya jelaskan disini agar saudara saya sekelian
membaca ‘post’ saya ini dengan hati yang terbuka, dan berfikir, bukannya dengan
emosi semata-mata. Mari kita berbicara dengan penuh hikmah dan hasanah. Sebelum
berbicara lebih lanjut, izinkan saya membuat perumpamaan, Adalah boleh seorang
abang menyalahkan adiknya kerana mempunyai rupa paras dan muka yang serupa?
Begitu
juga Malaysia dan Indonesia. Sejarah membuktikan tidak ada Indonesia dan
Malaysia, tetapi hanya wujud satu, kepulauan Nusantara. Didalamnya rakyatnya
bebas untuk merantau dan mencari rezeki. Raja Parameswara yang kemudiannya
menubuhkan Kerajaan dan Kesultanan Melaka pada asalnya berasal dari Sriwijaya,
kerajaan yang mana letaknya bukan di
Semenanjung Tanah Melayu. Jika kita mengambil situasi sekarang ini, ini
bermakna Malaysia tidak boleh mengaku bahawa Kesultanan Melaka itu adalah
sebahagian sejarah Malaysia?..tidak sekali-kali!..kerana dahulunya tidak ada
sempadan diantara kepulauan Melayu dan Nusantara ini. Begitu juga dengan jutaan
orang berdarah Jawa, Bugis, Acheh dan ramai lagi datang merantau ke Tanah
Melayu untuk mencari rezeki. Mereka datang membawa juga kebudayaan dan adat
resam masing-masing ke Tanah Melayu dan akhirnya menjadi sebahagian dari
kebudayaan Melayu di Tanah Melayu. Kemudian penjajah datang dan memecah
kepulauan
Melayu ini menjadi dua, Indonesia dan Malaysia. Dalam usaha untuk mencari
identity
masing-masing, kedua dua negara seberadik namun dipisahkan ini telah cuba
mengaku kebudayaan yang ada sebagai hak milik abadi negar tersebut sedangkan
pada hakikatnya kebudayaan yang ada bukan lagi milik mutlak mana-mana negara,
tetapi hak milik mutlak rakyat Nusantara. Kemudian datang ‘tangan-tangan’ yang
tidak senang dengan kemakmuran dan persaudaraan yang terjalin antara dua negara
ini cuba untuk memecah belahkan negara ini dan akhirnya menjadi seperti mana
sekarang. Jadi masalah yang ada bukanlah masalah antara bangsa Indonesia dan
Malaysia,tetapi
masalah yang cuba dibuat oleh tangan-tangan yang tidak berpuas hati dengan
kekuatan Indonesia-Malaysia. Konklusinya, segala permasalahan ini merupakan
duri dalam daging kepada persaudaraan Malaysia-Indonesia dan akhirnya
menyebabkan adik beradik ini berpecah belah dan akhirnya senang untuk dijajh
kembali oleh kuasa luar. Sekian.
Lihat juga jika berkesempatan rencana ini :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm&arc=hive
Nota kaki: Saya juga berdarah Bugis!..adakah saya tidak boleh
mengamalkan kebudayaan Bugis semata-mata kerana saya rakyat Malaysia?
--- On Thu, 17/9/09, dedemariana <[email protected]> wrote:
From: dedemariana <[email protected]>
Subject: Re: [Pramuka] Ayuh Pramuka dan Pengakap, mainkan peranan mu!
To: "Pramuka Net" <[email protected]>
Date: Thursday, 17 September, 2009, 7:00 AM
Memang ada apa antara indonesia dg malaysia? Sependek pengetahuan saya, itu
hanya soal yg dibesar2kan media saja, jadi jangan terjebak. Org2 malaysia
hampir tiap hari berjubel di pasar baru bandung berniaga, bahkan ada yg sdh jd
pemilik kios2 tempat jualan di pasar tsb. Mungkin bedanya, msh sedikit org
indonesia yg ikut jualan apalagi jd pemilik kios2 di KL tower he2... Ya, kalo
para pramuka + pengakap nya bisa bikin kegiatan bareng yg dpt dilihat publik
apalagi diliput media, ya bgs2 aja. Salam.
-dmar-
Sent from my BlackBerry® smartphone from Sinyal Bagus XL, Nyambung Teruuusss...!
-----Original Message-----
From: "harsono" <[email protected]>
Date: Thu, 17 Sep 2009 02:37:22
To: <[email protected]>
Subject: Re: [Pramuka] Ayuh Pramuka dan Pengakap, mainkan peranan mu!
Dear Kawan,
Bagus niat Anda. Sesuatu itu mengikuti hukum SEBAB DAN AKIBAT. Nah kalau
Anda mau, tolong Anda cari akar persoalannya di Malaysia, sampai Indonesia
bersikap seperti itu. Kalau sdh ketemu akarnya (SEBAB) dan di sadari dengan
hati tulus pasti Anda akan mengerti, mengapa sikap kita seperti ini
(AKIBAT), saya anjurkan mulailah berjuang dinegeri Anda demi perbaikan
hubungan Malaysia Indonesia. Kejujuran, ketulusan dan saling menghormat
merupakan sikap Pramuka. Dan hubungi kita bagaimana hasilnya.
Terimakasih, (catatan: wkt kita sekoleh tentu ada teman yang suka
"nyontek" atau ngambil barang temannya. Kalau kebetulan Anda yg jadi korban,
secara jujur bagaimana perasaan Anda???)
Salam Pramuka
Ibu Retno Harsono
(mantan MABIGUS Pramuka ITB).
.----- Original Message -----
From: izzat_hmd <[email protected]>
To: <[email protected]>
Sent: Tuesday, September 15, 2009 3:36 AM
Subject: [Pramuka] Ayuh Pramuka dan Pengakap, mainkan peranan mu!
> Salam Pramuka dan Pengakap!
> Seperti kalian sedia maklum, hubungan dua tetangga antara Malaysia dan
Indonesia beberapa minggu ini menjadi tidak stabil kerana beberapa isu yang
berkaitan antara dua negara serumpun ini. Jika masalah ini tidak ditangani
dengan bijak oleh pemerintah kedua-dua negara, dua negara yang saling perlu
memerlukan antara satu sama lain akan kembali pada zaman Kofrantasi dahulu.
Sudah tentu kita rakyat antara kedua-dua negara tidak mahu perkara silam ini
berulang. Oleh itu, sebagai pergerakan yang mana mengatasi batas sempadan
negara dan melangkaui politik negara masing-masing, dan mementingkan
keamanan diperingkat global, saya sebagai seorang ahli biasa didalam
Pengakap Malaysia menyeru agar setiap anggota Pramuka dan Pengakap memainkan
peranan sebagai agen keamanan diantara kedua-dua negara. Sebarkan kepada
dunia bahawa Pramuka dan Pengakap tidak pernah bermusuhan, apatah lagi
berkofrantasi. Kita tunjukkan kepada warga negara masing-masing bahawa
Indonesia dan Malaysia saling perlu
> memerlukan antara satu sama lain. Kita sampaikan mesej kepada
warganegara masing-masing bahawa sebarang masalah antara kedua-dua negara
mampu diselesaikan secara berhikmah dan baik. Kita harus memainkan peranan
bahawa Indonesia dan Malaysia adalah serumpun, seagama, sebangsa, dan
sebarang kofrantasi antara dua `beradik' ini hanya membawa keburukan.
Sebagai pergerakan yang antara tujuan dan sebab penubuhannya adalah
menyebarkan keamanan, kita harus memainkan peranan ini.
>
> Dan cara paling sesuai ialah dengan mengadakan aktiviti yang melibatkan
Pramuka dan Pengakap. Jambori, Jota dan Joti harus diadakan untuk
menyampaikan mesej ini kepada dunia. Jika setiap dari jutaan ahli Pramuka
dan sejuta ahli Pengakap memainkan peranan ini, nescaya dunia dan
warganegara masing-masing mampu melihat keupayaan pergerakan kepanduan
sebagai penyebar dan agen keamanan dunia.
>
> Ayuh Pramuka dan Pengakap, MAINKAN PERANANMU!
>
>
>
>
> Nota kaki:
> Mesej ini adalah pandangan peribadi, dan bukannya pandangan Persekutuan
Pengakap Malaysia
>
>
>
> ------------------------------------
>
> ---------------------
> Be Prepared
> Sekali Pramuka tetap Pramuka
> ---------------------
>
> Pramuka email addresses:
> Post message: [email protected]
> Subscribe: [email protected]
> Unsubscribe: [email protected]
>
> ---------------------Yahoo! Groups Links
>
>
>
>
>
------------------------------------
---------------------
Be Prepared
Sekali Pramuka tetap Pramuka
---------------------
Pramuka email addresses:
Post message: [email protected]
Subscribe: [email protected]
Unsubscribe: [email protected]
---------------------Yahoo! Groups Links
------------------------------------
---------------------
Be Prepared
Sekali Pramuka tetap Pramuka
---------------------
Pramuka email addresses:
Post message: [email protected]
Subscribe: [email protected]
Unsubscribe: [email protected]
---------------------Yahoo! Groups Links
Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/
[Non-text portions of this message have been removed]