Salam Pramuka dan Salam Persaudaraan,
Setelah melihat respon dan maklum balas dari sahabat-sahabat dari Pramuka 
Indonesia, apa yang saya dapat simpulkan ialah sememangnya wujud perbezaan 
pendapat dan salah faham dari kedua-dua negara. Dan saya tidak meyalahkan 
rakyat Indonesia, tetapi pada dasarnya menyalahkan media massa yang mengambil 
peluang yang ada untuk  memecahbelahkan hubungan persaudaraan antara Indonesia 
dan Malaysia. Sebelum saya berbicara lebih lanjut, izinkan saya memohon maaf 
jika `post' saya ini mampu mengguris mana-mana perasaan. Dan ingin saya 
jelaskan disini agar saudara saya sekelian membaca `post' saya ini dengan hati 
yang terbuka, dan berfikir, bukannya dengan emosi semata-mata. Mari kita 
berbicara dengan penuh hikmah dan hasanah. Sebelum berbicara lebih lanjut, 
izinkan saya membuat perumpamaan, Adalah boleh seorang abang menyalahkan 
adiknya kerana mempunyai rupa paras dan muka yang serupa? Begitu juga Malaysia 
dan Indonesia. Sejarah membuktikan tidak ada Indonesia dan Malaysia, tetapi 
hanya wujud satu, kepulauan Nusantara. Didalamnya rakyatnya bebas untuk 
merantau dan mencari rezeki. Raja Parameswara yang kemudiannya menubuhkan 
Kerajaan dan Kesultanan Melaka pada asalnya berasal dari Sriwijaya, kerajaan 
yang mana letaknya bukan  di Semenanjung Tanah Melayu. Jika kita mengambil 
situasi sekarang ini, ini bermakna Malaysia tidak boleh mengaku bahawa 
Kesultanan Melaka itu adalah sebahagian sejarah Malaysia?..tidak 
sekali-kali!..kerana dahulunya tidak ada sempadan diantara kepulauan Melayu dan 
Nusantara ini. Begitu juga dengan jutaan orang berdarah Jawa, Bugis, Acheh dan 
ramai lagi datang merantau ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki. Mereka datang 
membawa juga kebudayaan dan adat resam masing-masing ke Tanah Melayu dan 
akhirnya menjadi sebahagian dari kebudayaan Melayu di Tanah Melayu. Kemudian 
penjajah datang dan memecah kepulauan Melayu ini menjadi dua, Indonesia dan 
Malaysia. Dalam usaha untuk mencari identity masing-masing, kedua dua negara 
seberadik namun dipisahkan ini telah cuba mengaku kebudayaan yang ada sebagai 
hak milik abadi negar tersebut sedangkan pada hakikatnya kebudayaan yang ada 
bukan lagi milik mutlak mana-mana negara, tetapi hak milik mutlak rakyat 
Nusantara. Kemudian datang `tangan-tangan' yang tidak senang dengan kemakmuran 
dan persaudaraan yang terjalin antara dua negara ini cuba untuk memecah 
belahkan negara ini dan akhirnya menjadi seperti mana sekarang. Jadi masalah 
yang ada bukanlah masalah antara bangsa Indonesia dan Malaysia,tetapi masalah 
yang cuba dibuat oleh tangan-tangan yang tidak berpuas hati dengan kekuatan 
Indonesia-Malaysia. Konklusinya, segala permasalahan ini merupakan duri dalam 
daging kepada persaudaraan Malaysia-Indonesia dan akhirnya menyebabkan adik 
beradik ini berpecah belah dan akhirnya senang untuk dijajh kembali oleh kuasa 
luar. Sekian.
Lihat juga jika berkesempatan rencana ini :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm&arc=hive

Nota kaki: Saya juga berdarah Bugis!..adakah saya tidak boleh mengamalkan 
kebudayaan Bugis semata-mata kerana saya rakyat Malaysia?

--- In [email protected], "dedemariana" <dedemari...@...> wrote:
>
> Memang ada apa antara indonesia dg malaysia? Sependek pengetahuan saya, itu 
> hanya soal yg dibesar2kan media saja, jadi jangan terjebak. Org2 malaysia 
> hampir tiap hari berjubel di pasar baru bandung berniaga, bahkan ada yg sdh 
> jd pemilik kios2 tempat jualan di pasar tsb. Mungkin bedanya, msh sedikit org 
> indonesia yg ikut jualan apalagi jd pemilik kios2 di KL tower he2... Ya, kalo 
> para pramuka + pengakap nya bisa bikin kegiatan bareng yg dpt dilihat publik 
> apalagi diliput media, ya bgs2 aja. Salam.
> 
> -dmar-
> 
> 
> Sent from my BlackBerry® smartphone from Sinyal Bagus XL, Nyambung 
> Teruuusss...!
> 
> -----Original Message-----
> From: "harsono" <hars...@...>
> Date: Thu, 17 Sep 2009 02:37:22 
> To: <[email protected]>
> Subject: Re: [Pramuka] Ayuh Pramuka dan Pengakap, mainkan peranan mu!
> 
> Dear Kawan,
> Bagus niat Anda. Sesuatu itu mengikuti hukum SEBAB DAN AKIBAT.  Nah kalau
> Anda mau, tolong Anda cari akar persoalannya di Malaysia, sampai Indonesia
> bersikap seperti itu. Kalau sdh ketemu akarnya (SEBAB) dan di sadari dengan
> hati tulus pasti Anda akan mengerti, mengapa sikap kita seperti ini
> (AKIBAT), saya anjurkan  mulailah berjuang dinegeri Anda demi perbaikan
> hubungan Malaysia Indonesia.  Kejujuran,  ketulusan  dan saling menghormat
> merupakan  sikap Pramuka. Dan hubungi kita bagaimana hasilnya.
> Terimakasih,   (catatan: wkt kita sekoleh tentu ada teman yang suka
> "nyontek" atau ngambil barang temannya. Kalau kebetulan Anda yg jadi korban,
> secara jujur bagaimana perasaan Anda???)
> Salam Pramuka
> Ibu Retno Harsono
> (mantan MABIGUS  Pramuka ITB).
> 
> .----- Original Message -----
> From: izzat_hmd <izzat_...@...>
> To: <[email protected]>
> Sent: Tuesday, September 15, 2009 3:36 AM
> Subject: [Pramuka] Ayuh Pramuka dan Pengakap, mainkan peranan mu!
> 
> 
> > Salam Pramuka dan Pengakap!
> > Seperti kalian sedia maklum, hubungan dua tetangga antara Malaysia dan
> Indonesia beberapa minggu ini menjadi tidak stabil kerana beberapa isu yang
> berkaitan antara dua negara serumpun ini. Jika masalah ini tidak ditangani
> dengan bijak oleh pemerintah kedua-dua negara, dua negara yang saling perlu
> memerlukan antara satu sama lain akan kembali pada zaman Kofrantasi dahulu.
> Sudah tentu kita rakyat antara kedua-dua negara tidak mahu perkara silam ini
> berulang. Oleh itu, sebagai pergerakan yang mana mengatasi batas sempadan
> negara dan melangkaui politik negara masing-masing, dan mementingkan
> keamanan diperingkat global, saya sebagai seorang ahli biasa didalam
> Pengakap Malaysia menyeru agar setiap anggota Pramuka dan Pengakap memainkan
> peranan sebagai agen keamanan diantara kedua-dua negara. Sebarkan kepada
> dunia bahawa Pramuka dan Pengakap tidak pernah bermusuhan, apatah lagi
> berkofrantasi. Kita tunjukkan kepada warga negara masing-masing bahawa
> Indonesia dan Malaysia saling perlu
> >   memerlukan antara satu sama lain. Kita sampaikan mesej kepada
> warganegara masing-masing bahawa sebarang masalah antara kedua-dua negara
> mampu diselesaikan secara berhikmah dan baik. Kita harus memainkan peranan
> bahawa Indonesia dan Malaysia adalah serumpun, seagama, sebangsa, dan
> sebarang kofrantasi antara dua `beradik' ini hanya membawa keburukan.
> Sebagai pergerakan yang antara tujuan dan sebab penubuhannya adalah
> menyebarkan keamanan, kita harus memainkan peranan ini.
> >
> > Dan cara paling sesuai ialah dengan mengadakan aktiviti yang melibatkan
> Pramuka dan Pengakap. Jambori, Jota dan Joti harus diadakan untuk
> menyampaikan mesej ini kepada dunia. Jika setiap dari jutaan ahli Pramuka
> dan sejuta ahli Pengakap memainkan peranan ini, nescaya dunia dan
> warganegara masing-masing mampu melihat keupayaan pergerakan kepanduan
> sebagai penyebar dan agen keamanan dunia.
> >
> > Ayuh Pramuka dan Pengakap, MAINKAN PERANANMU!
> >
> >
> >
> >
> > Nota kaki:
> > Mesej ini adalah pandangan peribadi, dan bukannya pandangan Persekutuan
> Pengakap Malaysia
> >
> >
> >
> > ------------------------------------
> >
> > ---------------------
> > Be Prepared
> > Sekali Pramuka tetap Pramuka
> > ---------------------
> >
> > Pramuka email addresses:
> >   Post message: [email protected]
> >   Subscribe:    [email protected]
> >   Unsubscribe:  [email protected]
> >
> > ---------------------Yahoo! Groups Links
> >
> >
> >
> >
> >
> 
> 
> 
> 
> 
> ------------------------------------
> 
> ---------------------
> Be Prepared
> Sekali Pramuka tetap Pramuka
> ---------------------
> 
> Pramuka email addresses:
>   Post message: [email protected]
>   Subscribe:    [email protected]
>   Unsubscribe:  [email protected]
> 
> ---------------------Yahoo! Groups Links
>


Kirim email ke