http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
ARKIB : 30/12/2011
Kiamat memang menunggu kita
Oleh SITI AINIZA KAMSARI
PENULIS buku terkenal, Muhammad Alexander Wisnu Sasongko yang begitu mendalami 
persoalan hari kiamat dalam sebuah buku karya terbaru beliau iaitu Armagedon 
2012 - Bencana Akhir Zaman yang setebal 558 muka turut meminta umat Islam tidak 
tersesat dengan dakwaan 2012 merupakan tahun yang mengakhiri usia dunia ini. 

Beliau mengulas bahawa ramalan bencana besar yang akan berlaku pada 2012 dan 
apa juga bentuk ramalan yang seumpama itu adalah bahaya kepada orang yang tidak 
memiliki iman yang kuat kerana dikhuatiri mereka akan mempercayainya. 

Di samping itu, ia juga sangat bertentangan dengan akidah Muslim, kata penulis 
buku-buku bestseller seperti Yakjuj dan Makjud: Bencana Di Sebalik Gunung 
(2010) dan Alexander adalah Zulqarnain (2009) yang meraih jumlah cetakan 
melebihi 20,000 naskhah di negara ini 

Walaupun kita tidak pernah menemui para peramal bagi mendapatkan 
ramalan-ramalan mengenai bila akan berlakunya kiamat itu, tetapi jika kita 
sekadar mempercayai melalui apa yang kita dengar, baca dan lihat juga 
dikhuatiri boleh merosakkan iman dan akidah.

Sedangkan Islam telah menegaskan bahawa hukum mempercayai ramalan terutama dari 
tukang-tukang ramal adalah haram. Umat Islam sama sekali ditegah dari 
mempercayai sebarang ramalan terutama yang tidak bersandarkan al-Quran dan 
hadis. 

"Sesiapa yang menemui paranormal, dukun ataupun ahli nujum (ahli astrologi) dan 
mempercayai apa yang mereka katakan, maka kafir atas apa yang yang diturunkan 
kepada Muhammad," (riwayat Tirmidzi dan Abu Daud)

Menurut Muhammad Alexander, melalui teks al-Quran dan hadis telah membuktikan 
tarikh hari kiamat adalah rahsia Allah.

"Hari kiamat termasuk dalam kategori perkara ghaib yang hanya diketahui oleh 
Allah. Manusia termasuk Nabi Muhammad dan Malaikat Jibrail pun tidak mengetahui 
akan tarikh berlakunya kiamat itu," katanya.

Tetapi Allah memberitahu tanda-tanda kiamat. Tanda-tanda besar sebagai 
memberitahu Kiamat benar-benar sudah hampir, seperti:

1) Kemunculan atau keluarnya asap putih yang menyelubungi seluruh atmosfera 
bumi,

2) Kemunculan Dajjal, bermata satu yang bertujuan untuk menyesatkan manusia 
termasuk dengan mengaku bahawa dirinya Allah. 

3) Turunnya Nabi Isa AS bagi menyelamatkan manusia dari fitnah dajjal tersebut.

4) Munculnya juga bangsa atau kaum Yakjud dan Makjud 

5) Dan apabila matahari tidak lagi terbit dari sebelah timur tetapi mula terbit 
dari sebelah barat. 

"Sebenarnya kiamat versi Islam juga memang ada menceritakan tentang gempa bumi 
yang besar sebagaimana gambaran kejadian yang menjadi ramalan para peramal 
barat dan lain-lain individu mengenai berlakunya kiamat tersebut. 

"Ini termasuklah juga bumi yang bergegar, gunung ganang yang berterbangan dan 
hancur menjadi debu dan tsunami besar," katanya.

Ini sebagaimana yang disebut dalam al-Quran: Apabila bumi digoncangkan 
sedahsyat-dahsyatnya dan gunung ganang dihancur luluhkan sehancur-hancurnya 
maka jadilah ia debu yang berterbangan. (al-Waqiah: 4-6)

Dan apabila lautan pecah bercampur baur. (al-Infitar: 3)

Dalam Islam, kiamat kubra (kiamat besar) berakhir dengan kematian seluruh umat 
manusia. 

"Jadi bagaimana kita boleh percaya bahawa kiamat berlaku pada 2012 sebagaimana 
yang diramalkan dan difilemkan jika masih ada manusia yang terselamat apabila 
menaiki kapal-kapa laut yang dibina dengan begitu canggih dan tahan bencana," 
kata Muhammad Alexander.

Dengan buku Armagedon 2012 itu, Muhammad Alexander tidak sahaja menidakkan 
ramalan kiamat yang kononnya akan berlaku pada 2012 tetapi kajian beliau 
mengenai fasa demi fasa berlakunya kiamat itu mengikut al-Quran, hadis dan 
bukti dari aspek sains moden yang pada akhirnya pembaca mampu menelah sendiri 
akan bila dikatakan kiamat itu akan berlaku. 

Sementara seorang lagi penulis Islam terkenal, Adnan Oktar atau lebih dikenali 
sebagai Harun Yahya dalam bukunya Hari Akhir dan Imam Mahadi menjelaskan 
pelbagai tanda kiamat di dalam al-Quran. 

Tambahan penjelasan mengenai hari akhirat dalam kitab-kitab hadis memungkinkan 
kita sampai pada sebuah kesimpulan yang penting, iaitu terdapat dua tahap atau 
fasa berlakunya kiamat.

Tahap pertama adalah tempoh di mana seluruh manusia mengalami pelbagai masalah 
material dan spiritual (kerohanian dan jiwa).

Setelah itu bumi akan memasuki tempoh selamat yang disebut sebagai masa 
keemasan yang ditandakan dengan kehidupan yang penuh rahmat dan berkat serta 
tegaknya agama Islam yang benar. 

Menjelang akhir masa keemasan, akan ada keruntuhan sosial dalam masa waktu yang 
singkat. Di saat itulah manusia akan menunggu berlakunya kiamat dalam erti kata 
yang sebenar.

Ini sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, yang bermaksud: Maka tidaklah yang 
mereka tunggu-tunggu melainkan Hari Kiamat yang datangnya kepada mereka dengan 
tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedah 
bagi mereka kesedaran mereka itu apabila Hari Kiamat sudah datang? (Muhammad: 
18)

Justeru, Hari Kiamat sememangnya sedang menunggu kita, sedangkan manusia pada 
hakikatnya mengetahui 'bila' akan berlakunya kiamat itu dan jika berlaku pada 
hari ini sekalipun, umat Islam sememangnya telah bersedia untuk menghadapinya.

Ini kerana kita telah diberikan panduan dan tanda-tanda berlakunya kiamat. 

Jadi mengapa kita harus percaya pada ramalan-ramalan dan khayalan manusia yang 
ada kepentingan dan perjanjian dengan syaitan itu?


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke