---------- forwarded message ----------
From: feifei2899 <[EMAIL PROTECTED]>
Date: 28 Apr 2007 08:43
Subject: [debat_antar_agama] Quran yang Bervariasi dan Berbeda-beda
To: [EMAIL PROTECTED]



 Koleksi al-Quran pada zaman awalannya sebenarnya mempunyai beberapa
versi-versi dan hakikat ini diserlahkan dengan jelas ketara dalam
beberapa cara. Selain dari (i) berbeda-beda sesama sendiri, mereka
juga (ii) berbeda dengan ketara dari suhuf kalifah Uthman. Terdapat
juga (iii) perbedaan-perbedaan dalam bacaan ayat-ayat tertentu, (iv)
dalam jumlah dan nama-nama Surah dan juga (v) dari segi susunan
fasal-fasal al-Quran. Satu perkara yang cukup ketara ialah, (vi)
tiadanya surat al-Fatihah di dalam koleksi Quran Ibn Masud. Sudah ada
ENAM perkara yang cukup mencurigakan kesahihan al-Quran dalam sejarah
awalnya!

 Hakikatnya, sejak awal-awalan lagi, sifat dan ciri-ciri Al-Fatihah
sebagai satu Doa, menyebabkan beberapa pujangga menganggapkan surah
ini sebagai suatu tambahan kemudian kepada suhuf Quran asli. Ada juga
mashaf-mashaf al-Quran yang lain yang tidak mengandungi surah-surah
113 dan 114 di dalam mashaf kalifah Uthman bin Affan. Mashaf dan suhuf
yang lain-seperti milik Ubai bin Kabb, mempunyai surah-surah yang
tidak ada di dalam koleksi kalifah Uthman itu!

Pada hari ini pula, ada dua ilmuwan British, John Wansbrough dan John
Burton yang mempersoalkan segala cerita Hadith yang bersabit dengan
koleksi al-Quran yang asal, sebagai cerita-cerita sokongan yang
diada-adakan sahaja. Burton mendapati bahawa Muhammad sendiri telah
menyiapkan sebuah Quran bertulis, sebagai satu bahan peninggalan untuk
diikuti dan diimani. Dia mendapati bahawa ahli-ahli fiqah (para
fuqaha') Islam amat tersekat dengan bergantung hanya kepada mashaf
Quran tersebut, jadi mereka telah merekakan suhuf-suhuf Quran yang
berbeda-beda serta cerita cerita kalifah Uthman dan penyelarasan
al-Quran oleh beliau.

 John Wansbrough pula, sebaliknya telah mendapati bahawa kandungan
mashaf-mashaf berbeda al-Quran amat longgar ("fluid")pada zaman
awalannya. Dia mendapati bahawa Quran mencapai rupa bentuk muktamadnya
hanya pada KURUN YANG KETIGA zaman Islam. Sebabnya ialah pada
kurun-kurun sebelum itu, keadaan antara para Muslim dan
wilayah-wilayah Islam yang berlainan terlalu longgar lagi bervariasi
bagi menghasilkan satu Quran yang harus ditaati oleh semua umat Muslim
pada waktu itu. Wansbrough telah mendapati bahwa semua hadith-hadith
Islam telah direka dan dicipta untuk mengalihkan Quran kepada zaman
yang lebih awal supaya ia menampakkan kewibawaan yang lebih sahih!

 Bacaan-bacaan Quran yang Berbeda-beda. Dalam suhuf-suhuf yang
berlainan serta versi-versi yang berbeda-beda, ada jumlah yang besar
ayat-ayat yang berbeda antara satu dengan yang lain, yakni pada
ayat-ayat Quran yang tertentu. Walau pun suhuf-suhuf atau
mashaf-mashaf Quran yang asal dan asli itu semua telah dihapuskan,
kita dapat memperolehi cukup banyak maklumat mengenai perkara ini
melalui para mufassir Quran seperti at-Tabari atau sumber-sumber
sejarah yang lain. Beberapa perbedaan ini tidak bawa kesan ke atas
maksud kepada ayat-ayat itu. Ada kes yang hanya bersabit dengan
ortografinya, walau pun hal ini cukup janggal di dalam mashaf versi
kalifah Uthman. Perbedaan yang lain pula menyentuh cara-cara menyebut
ayat yang berbeza-beza, dan ada juga yang bersabit dengan penggantian
sinonim bagi perkataan-perkataan tertentu dalam teks versi itu.

 Sebagai satu Contoh, jika satu ayat Quran dibacakan dengan
penghujungnya bentuk akusatif berbeda dengan penghujung yang genitif ,
ini akan bawa akibat merubah cara dan maksud orang berwudu (sebagai
contoh) sebelum solat dengan ketaranya – kes yang jelas ialah surah 5
ayat 6! Sepertimana yang telah dibuktikan oleh ilmuwan Ignaz
Goldhizer, di dalam kajian beliau Richtungen der Islamischen
Koranauslegung, beberapa bahan berbeza-beza itu adalah hasil daripada
pilihan-pilihan dan kecenderungan teologi dan ahli-ahli tafsir serta
kelompok-kelompok Islam yang tertentu.

 Haruslah diperhatikan bahawa, dari zaman penyelarasan mashaf Uthman
bin Affan, BERIBU-RIBU BACAAN-BACAAN YANG BERBEDA-BEDA TELAH WUJUD
secara harfiah DAN DIKENALI SEKITAR UMAT ISLAM DI ZAMAN 100-300 HIJRI.
Perbedaan-perbedaan ini juga telah mempengaruhi mashaf kalifah Uthman,
AKIBATNYA IA TELAH MENJADI SANGAT RUMIT DAN PERKARA SULIT UNTUK
MEMBEZAKAN APAKAH BACAAN ASLINYA! Bukanlah hal yang tidak adil atau
`berat sebelah' untuk membuat kesimpulan bahawa keadaan yang cukup
keliru tentang al-Quran telah wujud pada tahun 300 Hijriah! Keadaan
ini disebabkan oleh kerana jumlah bacaan-bacaan berbeda-beda al-Quran
yang berleluasa, serta pilihan dan kecenderungan kelompok-kelompok
Muslim tertentu bagi mashaf-mashaf al-Quran SELAIN DARIPADA koleksi
Uthman bin Affan.

 Ilmuwan dan pakar kajipurba/arkeologi Eropah Dr.Arthur Jeffery telah
menghasilkan sebuah karya berjudul: "Materials for the History of the
Text of the Qur'an" yaitu "Bahan-bahan Bagi Sejarah Suhuf al-Quran".
Karya ini telah mendokumentasikan banyak bacaan-bacaan berbeda
diantara koleksi-koleksi dan mashaf-mashaf yang bersaing pada zaman
SEBELUM proses penyelarasan al-Quran yang telah diperintahkan oleh
kalifah ketiga, Uthman bin Affan.

 Dr.Jeffery menyatakan bahawa : "Apabila kita meninjau dan mengkaji
cerita-cerita penyelarasan mashaf Uthman b.Affan, amatlah jelas sekali
kerja beliau tidaklah hanya sekadar menghapuskan kejanggalan bacaan
(seperti dipercayai oleh orang Islam), tetapi merupakan satu tindakan
polisi bagi menegakkan satu `teks/mashaf piawai/standar' untuk seluruh
dunia Islam."

 Dr.Jeffery meneruskan ulasannya :

 "Terdapat perbedaan-perbedaan yang jauh sangat di antara
mashaf-mashaf dan suhuf-suhuf yang telah wujud yang telah dicantumkan
ke dalam mashaf /suhuf kota-kota besar Madinah, Mekkah, Basra, Kufa
dan Damsyik.

 Akibatnya,

 "Cara penyelesaian Uthman b.Affan ialah untuk beliau menegakkan Suhuf
Madinah, dan perintahkan supaya semua suhuf-suhuf yang lainnya UNTUK
DIMUSNAHKAN!"

 Dr. Arthur Jeffery menyatakan bahawa:

 "Tidak ada sedikit pun kekhuatiran dan kecurigaan bahwa suhuf yang
telah dipiawaikan (ditegakkan) dan dipilih oleh Uthman b.Affan ialah
HANYA SATU DI ANTARA BEBERAPA BANYAK MASHAF/ SUHUF-SUHUF YANG TELAH
WUJUD PADA ZAMAN BELIAU."

 Kesimpulan Dr.A.Jeffery ialah :

 "Adalah jelas ketara bahawa Suhuf yang telah dipilih dan diselaraskan
oleh kalifah Uthman itu adalah HANYA SATU KOLEKSI ANTARA BANYAK
SUHUF-SUHUF YANG BERSAINGAN…dan juga terdapat banyak syak wasangka
yang cukup berat bahawa Uthman juga telah merubah dan sunting suhuf
pilihan beliau itu.

 "Materials for the History of the Text of the Qur'an" ("Bahan-bahan
Bagi Sejarah Mashaf/Suhuf al-Quran") (Ibid. halaman ix-x; penekanan
kami)

 Cendekiawan yang cukup terkenal, W. Montgomery Watt, mengulas perkara
bacaan-bacaan yang berbeda-beda di antara suhuf-suhuf Abdullah Ibn
Masud dan Ubai Ibn Kabb, dan dia telah menulis :

 "Tidak ada salinan-salinan mana-mana suhuf atau mashaf-mashaf
(al-Quran) terawal yang wujud pada hari ini. Tetapi Senarai
Bacaan-bacaan berbeda-beda kedua-dua suhuf-suhuf yang disebutkan di
atas itu ADALAH CUKUP PANJANG lagi ekstensif, senarai itu berjumlah
sebanyak SERIBU LEBIH BACAAN DALAM KEDUA-DUA Suhuf tersebut!"

 (W.M.Watt, Bell's Introduction to the Qur'an (Pengantar Kajian
al-Quran) [Edinburgh: Edinburgh University Press, 1970], hal.45;
penekanan kami)

 Cendekia dan tokoh British Sir Norman Anderson telah menyatakan bahawa :

 "Jadi walaupun suhuf Kufa milik Hafsah diterima secara umumnya dalam
dunia Islam, kepercayaan umat Islam yang lazim bahawa mereka hari ini
mempunyai ipsissima verba atau kata-kata sahih dari Muhammad, tanpa
apa-apa penyelewengan, hanya adalah satu kejahilan dan suatu hemat
yang berlandaskan kepada kebutaan sejarah, sebenarnya.

 (Sir Norman Anderson, Islam in the Modern World (Islam Di Dunia
Moden) [Leicester: Apollos, 1990], hal. 47; penekanan kami)

 Tokoh Islamis Alfred Guillaume telah memperhatikan bahawa :

 "Kedua-dua Al-Kitab dan Al-Quran telah tidak dipeliharakan dengan
sempurnanya. Mereka masing-masing memiliki kecacatan dan
kesilapan-kesilapan tekstual dan kecelaan suhuf. Terdapat juga
pembacaan-pembacaan yang berbeda-beda di dalam suhuf-suhuf
terawal…para Kristian dan Muslim yang jujur akan mengakui hakikat
ini."

 Guillaume bersambung ulasannya :

 "Perbedaan jelas di antara al-Quran dan Al-Kitab hari ini, ialah
Gereja Kristian telah menyimpan dan memelihara secara rapi, semua
bacaan-bacaan (dan suhuf-suhuf) yang wujud…Sebaliknya, para Muslim
zaman Uthman b.Affan memutuskan bahwa adalah lebih sesuai sahaja untuk
menghapuskan sebanyak-banyaknya suhuf-suhuf serta dalil bacaan-bacaan
yang berbeda-beda itu. Ini dilakukan supaya satu dunia Islam akan
membaca hanya satu suhuf al-Quran yang telah diselaraskan oleh kalifah
Uthman itu."

 "Fakta-fakta ini senantiasa harus dititik-beratkan bersama-sama latar
belakang dalil-dalil dari Hadith-hadith yang menyerlahkan bahawa
al-Quran yang ada pada hari ini masih lagi TIDAK LENGKAP."

 (Dipetik oleh Sir Norman Anderson, hal. 20-21; penekanan kami)

 L. Bevan Jones menggulungkan dengan kesimpulan :

 "...adalah satu hakikat [yang cukup benar] bahawa tidak ada mashaf
atau suhuf yang telah mengalami penghapusan dan pemusnahan yang cukup
luas dan ketara selain daripada koleksi al-Quran [semasa
penyelarasannya]."

 (Jones, The People of the Mosque [London: SCM Press, 1932]

 Adakah ini semua helah dan konspirasi orang Kristian untuk
memperkecilkan al-Quran? Jauh sekali! Jika benar-benar begitu, tidak
terdapat ilmuwan-ilmuwan Islam sendiri yang akan mengulas dan
membentangkan masalah awalan al-Quran ini. Tetapi, hujah-hujah para
ilmuwan Barat di atas juga menerima sokongan dari tokoh-tokoh dan
ilmuwan Islam sendiri.

 Seorang tokoh Islam agung dan pujangga terkenal, Ibni Khaldun, juga
bersetuju bahawa sememangnya ada korupsi di dalam al-Quran disebabkan
pencatat-pencatatnya, mahupun hasil daripada kesilapan-kesilapan
sengaja atau sebaliknya :

 "Tulisan Bahasa Arab pada zaman permulaan Islam bukanlah sesuatu yang
bermutu tinggi atau pun sempurna dari segi ketepatan atau keunggulan.
Ia juga bukan bermutu sederhana pun! Oleh sebab orang-orang Arab pada
waktu itu bersifat kasar dan keganasan padang gurun dan tidak mahir
atau arif tentang kesenian. Hakikat ini boleh dibandingkan dengan apa
yang telah terjadi kepada ortografi al-Quran oleh kerana keadaan
tersebut di atas. Orang-orang disekeliling Muhammad (termasuk para
sahabatnya) telah mencatit al-Quran di dalam gaya tulisan yang masih
belum lagi siap sempurna. KEBANYAKAN HURUF-HURUFNYA BERCANGGAH DAN
BERTENTANGAN DENGAN CARA ORTOGRAFI YANG WAJIB BAGI PENULIS-PENULIS
YANG ARIF DALAM SENI PENULISAN…Akibatnya, gaya ortografik orang-orang
di sekitar Muhammad diguna-pakai dan diikuti, dan para ilmuwan yang
arif tentang gaya ini telah memerhatikan ayat-ayat tersebut dimana
gaya itu telah menonjol."

 "Dalam hal ini, janganlah hiraukan diri dengan `pujangga-pujangga'
yang tidak bertanggung jawab yang berkata bahawa orang-orang
disekeliling Muhammad adalah arif dengan seni menulis dan kononnya
tidak ada percanggahan-percanggahan di antara karya-karya mereka
dengan gaya dan tatacara ortografik yang betul. Contohnya, mereka cuba
memberi penjelasan bahawa tambahan huruf alif di dalam "la
'adhbahannahU"- `Saya akan sungguh-sungguh sembelihnya', bahawa
sembelihan itu tidak berlaku ( lA 'adhbahannahU ). Tambahan huruf ya
dalam bi-ayydin `dengan tangan (kuasa),' mereka cuba jelaskan bahawa
kuasa ilahi itu adalah sempurna. Ada banyak lagi bahan-bahan yang
tidak berasas seperti di atas, yang berlandaskan kepada
andaian-andaian yang wewenang dan ngawur semata-mata!

 "Mereka ini percaya bahawa penjelasan-penjelasan seperti di atas akan
membebaskan orang-orang di sekitar Muhammad daripada tuduhan yang
mereka ini bukanlah penulis dan pencatat yang arif atau sempurna.
Jadi, mereka tidak mahu mengakui bahawa pencatit-pencatit ini
sebenarnya tidak arif dan tidak pandai dalam cara penulisan."

 (Al-Muqaddima, Ibn Khaldun, Jilid. 2, hal. 382)

 Petikan dan kutipan-kutipan di atas membuktikan bahawa ahli-ahli
ilmuwan dan para cendekiawan Islam sedar akan kewujudan ratusan –
malah ribuan, catatan-catatan al-Quran yang bertentangan. Amatlah naïf
untuk umat Islam mengandaikan bahawa suhuf-suhuf dan koleksi tekstual
Kitab Suci Injil yang berjumlah besar itu mencurigakan kesahihannya,
jika begitu tanggapan mereka, mereka juga terpaksa membuat kesimpulan
bahawa bacaan-bacaan berbeda-beda bagi al-Quran juga membuktikan bahwa
al-Quran sendiri adalah tidak berwibawa.

 Sudah disenaraikan lapan orang para ilmuwan yang pakar dalam bidang
sejarah, sejarah mashaf dan suhuf serta ortografi di atas, dan mereka
semua mendapati bahawa memang ada asas bagi sangsi-sangsi dan
mencurigai kesahihan suhuf atau teks al-Quran yang wujud pada hari
ini. Hakikat ini pula dikonfirmasi oleh tulisan Ibni Khaldun, seorang
pujangga dan ulamak Islam yang terkemuka.

 Sebagai penutupnya, sesungguhnya Kitab Suci Injil adalah jauh lebih
bermutu tinggi daripada al-Quran atau mana-mana kitab kuno. Ini adalah
kerana Al-Kitab umat Kristian mempunyai jauh lebih banyak jumlah
dalil-dalil dan bukti suhuf dan mashaf dan juga bukti-bukti bersejarah
yang mendukung dan menyokong kesahihannya.
 


Post message: [EMAIL PROTECTED]
Subscribe   :  [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe :  [EMAIL PROTECTED]
List owner  :  [EMAIL PROTECTED]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/ 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke