http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm
15 pengganas Indonesia diburu
MAYAT lelaki dipercayai perompak dibawa masuk ke hospital Medan, kelmarin
sambil dikerumuni anggota-anggota polis. - AFP
--------------------------------------------------------------------------
MEDAN 21 Sept. - Polis Indonesia hari ini terus memburu 15 suspek pengganas
yang terlepas daripada serbuan yang dilancarkan kelmarin ke atas kumpulan
bersenjata yang didakwa melakukan beberapa rompakan bank bagi membiayai
serangan akan datang.
Pasukan polis antikeganasan Detasmen 88 menembak mati tiga suspek dan menangkap
15 lagi dalam dua serbuan di Sumatera Utara kelmarin, sebagai sebahagian
siasatan berterusan mengenai kes rompakan bank dan aktiviti berkaitan keganasan.
Polis berkata, ejennya menembak mati dua militan apabila mereka cuba
menggunakan wanita dan kanak-kanak sebagai perisai manusia selepas pasukan
keselamatan mengepung sebuah rumah di Tanjung Balai, Sumatera Utara.
Seorang lagi suspek pengganas ditembak mati dalam serbuan berasingan.
Tiga kilogram bahan letupan TNT dan senjata termasuk selaras raifal penggempur
dirampas dalam operasi-operasi itu.
Anggota Detasmen 88 akan terus ditempatkan di ibu kota Sumatera Utara, Medan di
mana 15 militan yang terlepas daripada serbuan itu dipercayai masih bebas.
"Kami percaya mereka masih berada di wilayah Sumatera Utara," kata Ketua Polis
Indonesia, Bambang Hendarso Danuri kepada wartawan di sini.
Militan tersebut ada kaitan dengan pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) dan
rangkaian asing yang merancang serangan di Indonesia, kata polis.
Kumpulan itu juga ada hubungan dengan militan yang ditemui menjalani latihan di
wilayah Aceh pada Februari lalu, membawa kepada pembunuhan dan penangkapan
berpuluh-puluh suspek.
Polis berkata, mereka terlibat dengan beberapa jenayah termasuk rompakan di
sebuah cawangan CIMB Niaga di Medan pada 18 Ogos lalu, apabila sekumpulan
lelaki bersenjata melarikan diri dengan wang berjumlah kira-kira AS$40,000
(RM128,000).
"Mereka melakukan rompakan untuk memungut wang bagi membeli senjata api, bom
tangan dan senjata lain untuk melancarkan serangan di Indonesia, terutamanya
Sumatera Utara," kata Bambang malam tadi. - AFP
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------------------
Post message: [email protected]
Subscribe : [email protected]
Unsubscribe : [email protected]
List owner : [email protected]
Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/