Refeleksi : Ibu negara pindah kemana dan akan bersama siapa? Hehehehe

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Susilo cadang pindah ibu negara

JAKARTA 30 Sept. - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mempunyai satu 
penyelesaian bagi mengatasi masalah kepadatan penduduk, kesesakan jalan raya 
dan banjir teruk di Jakarta iaitu dengan memindahkan ibu negara ini ke tempat 
lain.

"Jika kita jujur, objektif, Jakarta sudah tidak ideal lagi," kata beliau yang 
telah mengerahkan pasukan sehingga ke Kepulauan Borneo untuk mencari tapak baru.

Usul-usul untuk memindahkan ibu negara ini dalam projek yang menelan belanja 
kira-kira AS$11 bilion (RM34 bilion) sebelum ini gagal direalisasikan dan nasib 
sama mungkin menimpa cadangan terbaru ini.

Banjir juga kerap berlaku dengan air banjir mencapai paras pinggang menghalang 
lalu lintas dan menenggelamkan rumah setiap kali musim hujan, malah menyebabkan 
berpuluh-puluh penduduk mati akibat kejutan elektrik.

Dengan lebih 500 buah kereta dan 1,500 motosikal baru memasuki jalan raya 
setiap hari, tambahan kepada 6.7 juta buah kenderaan di bandar raya ini sudah 
cukup menyesakkan jalan raya, trafik bergerak pada kelajuan 10 kilometer sejam.

Ia menyebabkan Jakarta, bandar raya terbesar di dunia yang tidak mempunyai 
sistem kereta api bawah tanah, mengalami kerugian kira-kira AS$1.4 bilion 
(RM4.3 bilion) dari segi masa dan bahan api, kata jurucakap kerajaan, Yopie 
Hidayat.

Beberapa negara telah memindahkan ibu negara mereka ke tempat lain seperti 
Brazil, Pakistan, Malaysia, Myanmar dan beberapa negara lain, atas pelbagai 
sebab sama ada atas faktor politik hinggalah ekonomi.

Presiden pertama, Sukarno menyarankan untuk memindahkan ibu negara republik ini 
ke Borneo bagi memacu kemajuan di seluruh negara dengan 17,000 buah pulau ini 
secara sama rata.

Suharto pula mahu Jonggol sebagai ibu negara baru.

Susilo kini menimbangkan kedua-dua lokasi. - AP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke