http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

Bom buatan sendiri meletup

JAKARTA 30 Sept. - Seorang anggota militan yang membawa bom buatan sendiri yang 
menaiki sebuah basikal mengalami kecederaan teruk apabila alat letupan itu 
meletup berhampiran sebuah pondok polis dan pasar di pinggir Jakarta, hari ini.

Polis berkata, letupan itu berlaku beberapa kilometer daripada sekumpulan 
pegawai polis trafik, namun hanya suspek pengebom tersebut mengalami kecederaan 
dan satu pembayang menunjukkan bom itu mungkin tidak meletup seperti yang 
dirancangkan.

Alat letupan itu dipenuhi dengan paku bertujuan menyebabkan jumlah kematian 
yang maksimum dan lelaki itu membawa sekeping nota yang menyatakan hasrtanya 
ingin membalas dendam ke atas polis kerana membunuh dan menahan anggota 
kumpulan militan.

"Ia adalah mesej jihad," kata jurucakap polis Jakarta, Boy Rafli Amar.

Bahan letupan itu diletakkan di dalam sebatang paip plastik mengandungi 
karbaid, yang biasanya digunakan dalam letupan dan juga paku panjang, kata 
polis.

"Ini adalah pembalasan dendam terhadap kamu sekutu syaitan kerana membunuh dan 
menjatuhkan hukuman mati ke atas mujahidin. Kami bersedia mati untuk agama yang 
mulia ini," kata nota itu yang disiarkan dalam dua laman web portal tempatan.

Lelaki berusia 38 tahun yang tidak dapat dikenal pasti dan mengalami kecederaan 
di bahagian muka, tengkuk serta patah tangan dan kaki itu dibawa ke hospital 
untuk rawatan, kata polis. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke