http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm

Bukan kerana hutan ditebang

     
      SEORANG anggota penyelamat meninjau kawasan yang rosak teruk akibat 
banjir kilat di Teluk Wondama, wilayah Papua, Indonesia, kelmarin. - AP 

--------------------------------------------------------------------------
     


JAKARTA 12 Okt. - Indonesia hari ini menafikan bahawa banjir kilat yang melanda 
sebuah kawasan terpencil di Papua Barat yang mengorbankan 148 nyawa berpunca 
akibat penebangan hutan secara berleluasa.

Menteri Perhutanan, Zulkifli Hasan berkata, banjir yang melanda daerah Teluk 
Wondama, di wilayah Papua Barat Isnin lalu, disebabkan oleh sebuah kawasan 
tadahan semula jadi yang pecah di kawasan itu selepas hujan lebat turun 
mencurah-curah.

"Kawasan tadahan itu dibentuk oleh tanah runtuh dan tanah runtuh itu disebabkan 
oleh hujan lebat dan mungkin dicetuskan oleh gempa bumi.

"Memang terdapat aktiviti pembalakan di Papua. Namun konsesi pembalakan 
terletak jauh dan tidak mempunyai kaitan dengan kawasan yang dilanda bencana," 
kata Hasan.

Para pegawai berkata, lebih 100 orang masih hilang dan kira-kira 700 mengalami 
kecederaan selepas banjir itu.

Mereka yang terbunuh dilaporkan mati lemas dan dihanyutkan oleh arus deras 
bersama-sama dengan pokok-pokok yang tercabut, batu-batu dan sisa-sisa bangunan 
atau rumah yang musnah.

Indonesia merupakan antara pengeluar gas rumah hijau terbesar di dunia yang 
dipersalahkan kerana menyebabkan pemanasan global dan juga menderita dengan 
penebangan hutan secara besar-besaran akibat aktiviti pembalakan haram serta 
pembukaan tanah untuk ladang kelapa sawit.

Sebuah kawasan yang sama dengan keluasan tiga padang bola sepak lenyap dari 
hutan-hutan Indonesia setiap jam, menurut beberapa pakar. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke