"Bukan kerana hutan ditebang" Salah chain-saw menggoyang --- In [email protected], "sunny" <am...@...> wrote: > > http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm > > Bukan kerana hutan ditebang > > > SEORANG anggota penyelamat meninjau kawasan yang rosak teruk akibat > banjir kilat di Teluk Wondama, wilayah Papua, Indonesia, kelmarin. - AP > > -------------------------------------------------------------------------- > > > > JAKARTA 12 Okt. - Indonesia hari ini menafikan bahawa banjir kilat yang > melanda sebuah kawasan terpencil di Papua Barat yang mengorbankan 148 nyawa > berpunca akibat penebangan hutan secara berleluasa. > > Menteri Perhutanan, Zulkifli Hasan berkata, banjir yang melanda daerah Teluk > Wondama, di wilayah Papua Barat Isnin lalu, disebabkan oleh sebuah kawasan > tadahan semula jadi yang pecah di kawasan itu selepas hujan lebat turun > mencurah-curah. > > "Kawasan tadahan itu dibentuk oleh tanah runtuh dan tanah runtuh itu > disebabkan oleh hujan lebat dan mungkin dicetuskan oleh gempa bumi. > > "Memang terdapat aktiviti pembalakan di Papua. Namun konsesi pembalakan > terletak jauh dan tidak mempunyai kaitan dengan kawasan yang dilanda > bencana," kata Hasan. > > Para pegawai berkata, lebih 100 orang masih hilang dan kira-kira 700 > mengalami kecederaan selepas banjir itu. > > Mereka yang terbunuh dilaporkan mati lemas dan dihanyutkan oleh arus deras > bersama-sama dengan pokok-pokok yang tercabut, batu-batu dan sisa-sisa > bangunan atau rumah yang musnah. > > Indonesia merupakan antara pengeluar gas rumah hijau terbesar di dunia yang > dipersalahkan kerana menyebabkan pemanasan global dan juga menderita dengan > penebangan hutan secara besar-besaran akibat aktiviti pembalakan haram serta > pembukaan tanah untuk ladang kelapa sawit. > > Sebuah kawasan yang sama dengan keluasan tiga padang bola sepak lenyap dari > hutan-hutan Indonesia setiap jam, menurut beberapa pakar. - AFP > > > [Non-text portions of this message have been removed] >
------------------------------------ Post message: [email protected] Subscribe : [email protected] Unsubscribe : [email protected] List owner : [email protected] Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
