http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm
Banjir kilat di Mekah, Jeddah
Seorang wanita keluar dari tingkap kereta bagi menyelamatkan diri dibantu
oleh seorang lelaki setelah kereta mereka terkandas akibat banjir kilat di
Jeddah, kelmarin. - AFP
--------------------------------------------------------------------------
MEKAH 31 Dis. - Banjir kilat melanda Mekah dan bandar raya Jeddah semalam
mengakibatkan seorang lelaki dan tiga anaknya terbunuh di bandar suci ini
ekoran hujan lebat dan perancangan bandar yang teruk.
Berita kematian tiga sekeluraga itu disampaikan oleh Gabenor Mekah, Putera
Khaled Al-Faisal.
Beliau berkata, 200 orang lagi berjaya diselamatkan, sebahagian besarnya
menggunakan helikopter.
Banjir di bandar raya Jeddah pula menyebabkan keadaan lalu lintas berhampiran
pelabuhan Laut Merah di Jeddah terjejas setelah beberapa jalan utama di timur
dan selatan bandar raya itu dinaiki air dan berpuluh-puluh kenderaan rosak,
menurut seorang wartawan AFP.
Pihak berkuasa berkata, banyak rumah penduduk turut ditenggelami air.
Paras air di sesetengah daerah di Jeddah berada di paras lutut, sementara
beberapa daerah lagi airnya naik melebihi paras pinggang.
November lalu, Jeddah, bandar raya kedua terbesar selepas Riyadh dilanda banjir
mengakibatkan seramai 123 orang terbunuh dan banyak rumah dan bangunan rosak
teruk.
Banjir pada November lalu itu disusuli dengan satu kempen yang tidak pernah
diadakan di Internet oleh para penduduk bandar raya itu sebelum ini yang
merungut mengenai rasuah dan perancangan bandar yang teruk. - AGENSI
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------------------
Post message: [email protected]
Subscribe : [email protected]
Unsubscribe : [email protected]
List owner : [email protected]
Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/