http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Skandal rasuah di penjara Indonesia

     
      Kasiem (kanan) bersama pegawai penjara Bojonegoro di Jawa Timur pada 4 
Januari lalu. - AFP 

--------------------------------------------------------------------------
     


JAKARTA 7 Jan. - Apabila Kasiem, 55, dikenakan hukuman penjara tujuh bulan, 
wanita itu memutuskan dia tidak mahu menjalani hukuman tersebut, lalu dia 
mengupah seorang wanita lain untuk meringkuk di penjara bagi menggantikannya.

Kasiem disabit kesalahan menjual baja subsidi kerajaan yang dianggap sebagai 
jenayah di Indonesia tetapi semasa proses pemindahan ke penjara, dia bertukar 
tempat dengan Karni, seorang balu berusia 50 tahun yang dibayarnya sebanyak 
Rp10 juta (RM3,454).

Itu merupakan siri terbaru skandal rasuah penjara yang para aktivis mahu 
pembaharuan sepenuhnya dijalankan segera.

Kes tersebut dibongkar minggu lalu apabila seorang daripada jiran Kasiem 
melawatnya di penjara, tetapi dia hanya bertemu Karni.

Kasiem ditahan hari berikutnya dan memulakan tempoh hukuman, sementara Karni 
masih belum didakwa.

Pengarah Yayasan Bantuan Perundangan Indonesia, Erna Ratnaningsih berkata, 
kejadian itu bukanlah yang pertama berlaku di Pusat Tahanan Bojonegoro, Jawa 
Timur dan Indonesia.

Satu lagi kes membabitkan bekas ahli perniagaan, Artalyta Suryani yang didapati 
bersalah merasuah pendakwa raya didapati menikmati rawatan kecantikan 
menggunakan laser di penjara Jakarta semasa diserbu oleh Pasukan Petugas Bagi 
Pembasmian Kegiatan Mafia.

"Sistem penjara di sini sangat lemah baik dari segi pentadbiran dan pengawasan. 
Bagaimana seseorang yang tidak bersalah boleh masuk ke penjara?

"Penjara seolah-olah dilihat sebagai negara mereka sendiri. Sangat sukar bagi 
mana-mana badan luar untuk masuk membuat pemeriksaan di penjara," katanya 
kepada AFP.

Katanya, satu pembaharuan sistem penjara menyeluruh termasuk pengawasan serta 
penyelarasan yang lebih baik perlu dilaksanakan, tetapi usaha itu mungkin 
terhalang ekoran kelakuan tidak berakhlak pegawai di kalangan anggota polis, 
pendakwa raya dan hakim sendiri.

"Amat sukar untuk menyelesaikan masalah ini hanya dari sebelah pihak dengan 
adanya 'mafia undang-undang'. Kami mengesyaki pegawai turut terlibat dalam kes 
ini," katanya. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke