Refleksi : Apa komentar Anda tentang hukuman yang dijatuhkan kepada penyiksa 
TKW.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm

Wanita Saudi dipenjara 3 tahun dera amah Indonesia

RIYADH 10 Jan. - Mahkamah Arab Saudi di Madinah semalam menjatuhkan hukuman 
penjara tiga tahun ke atas seorang wanita warga Arab Saudi kerana menikam dan 
memukul pembantu rumahnya warga Indonesia serta melekap seterika ke atas tubuh 
gadis itu.

Wanita Saudi itu tetap mendakwa dia tidak bersalah dan tidak menyebabkan 
kecederaan ke atas Sumiati Salan Mustapa, 23, lapor akhbar al-Watan, hari ini.

Majikan itu dikenakan hukuman di bawah perintah diraja yang berkuat kuasa 
baru-baru ini bagi memerangi pemerdagangan manusia, menurut laporan yang 
memetik kenyataan peguam bagi konsulat Indonesia, Abdulrahman al-Muhamadi.

Muhamadi berkata, beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu bagi 
memohon hukuman lebih berat.

Sumiati hadir di mahkamah pada minggu lepas untuk menunjukkan kesan-kesan 
kecederaannya kepada hakim, selepas dia gagal menghadiri perbicaraan sebelum 
itu.

Wanita Saudi itu ditangkap selepas didakwa memukul Sumiati dengan begitu teruk 
sehingga menyebabkan tulangnya patah dan pendarahan dalaman, menekap seterika 
panas pada kepalanya serta menikam dan mengelarnya dengan gunting.

Kes penderaan Sumiati itu mengejutkan dan membangkitkan kemarahan pertubuhan 
hak asasi manusia dan buruh yang menganggapnya sebagai satu lagi contoh 
tiadanya perlindungan untuk berjuta-juta pembantu rumah asing terutamanya di 
Arab Saudi dan negara-negara di Teluk.

Kementerian Buruh Saudi menyatakan rasa kesal dengan kes itu tetapi 
menyifatkannya sebagai insiden terpencil.

Pada November lalu, Sumiati menjalani pembedahan untuk merawat kecederaannya 
tetapi seorang pegawai konsulat Indonesia di Jeddah, Diddi Wahyudi berkata, dia 
memerlukan rawatan lanjut. - AFP


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke