Refleksi : Suka kerja lembur setiap hari.?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

Kelahiran bayi melebihi penduduk Singapura

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]

JAKARTA 11 Jan. - Indonesia mencatat daftar kelahiran bayi sebanyak 4.5 juta 
orang setiap tahun sejak 10 tahun lalu dan keadaan ini seharusnya mencetuskan 
kebimbangan kepada kerajaan negara itu.

Pertambahan kadar kelahiran setiap tahun itu dikatakan menyamai jumlah penduduk 
Singapura atau empat kali ganda jumlah penduduk Timor Leste.

Berdasarkan bancian pada 2010, penduduk republik ini berjumlah 237.6 juta 
orang, meningkat sebanyak 3.5 juta orang berbanding jangkaan sebelum ini.

Pertambahan penduduk itu akan meningkatkan beban kerajaan kerana terpaksa 
menyediakan prasarana yang sempurna kepada rakyat.

Akhbar Kompas melaporkan, apa yang membimbangkan ialah ketika kerajaan sedang 
mengenal pasti kesan peningkatan jumlah penduduk, rakyat negara ini telah 
mengalami kesulitannya.

Kesan yang sedang dihadapi rakyat negara ini ialah kesukaran mendapatkan kerja, 
kawasan penempatan penduduk yang kotor dan jalan raya yang sesak.

"Jumlah penduduk yang besar boleh menjadi penggerak ekonomi yang kukuh jika 
rakyatnya berkualiti," kata penganalisis kanan Pusat Pengajian Kependudukan dan 
Dasar Universiti Gadjah Mada, Sukamdi.

Bagaimanapun, kesan peningkatan jumlah penduduk itu menjadi beban pembangunan 
kepada Indonesia kerana daya saing penduduk di negara ini masih jauh 
ketinggalan berbanding negara-negara lain termasuk di Afrika.

Berdasarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), indeks 
pembangunan manusia di republik ini pada 2010 berada pada kedudukan 108 
daripada 169 negara.

Jumlah penduduk Indonesia meningkat hampir dua kali ganda setiap 40 hingga 50 
tahun sekali.

Pada 1930, jumlah penduduk negara ini ialah seramai 60.7 juta orang dan 1971 
(119.2 juta) sementara pada tahun lalu jumlah itu meningkat kepada 237.6 juta 
orang.

Sekiranya, pertumbuhan penduduk tidak dikawal dengan baik, negara ini akan 
didiami oleh 475 juta orang penduduk pada 2057. - Utusan


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke