RI juga punya pertunangan melebihi Singapore,makane kalau anda bisnis cincin 
berlian utk pertunangan akan berjaya.Kalau yg bayi tadi jualah susu bayi dan 
pampers.

Shalom,
Tawangalun.
--- In [email protected], "sunny" <am...@...> wrote:
>
> Refleksi : Suka kerja lembur setiap hari.?
> 
> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm
> 
> Kelahiran bayi melebihi penduduk Singapura
> 
> Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
> saharudin.musth...@...
> 
> JAKARTA 11 Jan. - Indonesia mencatat daftar kelahiran bayi sebanyak 4.5 juta 
> orang setiap tahun sejak 10 tahun lalu dan keadaan ini seharusnya mencetuskan 
> kebimbangan kepada kerajaan negara itu.
> 
> Pertambahan kadar kelahiran setiap tahun itu dikatakan menyamai jumlah 
> penduduk Singapura atau empat kali ganda jumlah penduduk Timor Leste.
> 
> Berdasarkan bancian pada 2010, penduduk republik ini berjumlah 237.6 juta 
> orang, meningkat sebanyak 3.5 juta orang berbanding jangkaan sebelum ini.
> 
> Pertambahan penduduk itu akan meningkatkan beban kerajaan kerana terpaksa 
> menyediakan prasarana yang sempurna kepada rakyat.
> 
> Akhbar Kompas melaporkan, apa yang membimbangkan ialah ketika kerajaan sedang 
> mengenal pasti kesan peningkatan jumlah penduduk, rakyat negara ini telah 
> mengalami kesulitannya.
> 
> Kesan yang sedang dihadapi rakyat negara ini ialah kesukaran mendapatkan 
> kerja, kawasan penempatan penduduk yang kotor dan jalan raya yang sesak.
> 
> "Jumlah penduduk yang besar boleh menjadi penggerak ekonomi yang kukuh jika 
> rakyatnya berkualiti," kata penganalisis kanan Pusat Pengajian Kependudukan 
> dan Dasar Universiti Gadjah Mada, Sukamdi.
> 
> Bagaimanapun, kesan peningkatan jumlah penduduk itu menjadi beban pembangunan 
> kepada Indonesia kerana daya saing penduduk di negara ini masih jauh 
> ketinggalan berbanding negara-negara lain termasuk di Afrika.
> 
> Berdasarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), 
> indeks pembangunan manusia di republik ini pada 2010 berada pada kedudukan 
> 108 daripada 169 negara.
> 
> Jumlah penduduk Indonesia meningkat hampir dua kali ganda setiap 40 hingga 50 
> tahun sekali.
> 
> Pada 1930, jumlah penduduk negara ini ialah seramai 60.7 juta orang dan 1971 
> (119.2 juta) sementara pada tahun lalu jumlah itu meningkat kepada 237.6 juta 
> orang.
> 
> Sekiranya, pertumbuhan penduduk tidak dikawal dengan baik, negara ini akan 
> didiami oleh 475 juta orang penduduk pada 2057. - Utusan
> 
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
>




------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke