http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm
Hanya didakwa ringan JAKARTA 14 Jan. - Tiga tentera Indonesia yang dituduh mendera dua orang lelaki dari kawasan timur Papua dibicarakan atas kesalahan kecil sahaja iaitu melanggar arahan, ujar pendakwa raya. Sebuah video yang tersebar di dalam internet akhir tahun lalu yang menimbulkan rasa marah antarabangsa, menunjukkan pasukan keselamatan itu membakar kemaluan seorang daripada tahanan dan menghunus sebilah pisau ke leher seorang lagi. Di dalam kes penganiayaan tentera yang jarang berlaku ini, kerajaan telah membuat kenyataan segera dengan berjanji untuk menegakkan kebenaran. Namun dalam tribunal tentera yang bermula semalam di Jayapura, Papua, tiga tentera Indonesia utu hanya didakwa atas kesalahan kecil, melanggar arahan, yang membawa hukuman penalti maksimum penjara sehingga 30 bulan. Pendakwa raya berkata, mereka terlepas dari tuduhan berat kerana selain video itu, tiada bukti fizikal kesalahan mereka dan dua warga Papua itu turut enggan memberikan sebarang kenyataan kepada mahkamah. Aktivis hak asasi manusia menggelarkan tribunal itu satu penipuan manakala Amerika Syarikat (AS) mendesak kerajaan untuk melaksanakan komitmen mereka dengan menyiasat serta mendakwa askar-askar itu. Pengerusi Suruhanjaya Orang Hilang dan Mangsa Keganasan, Haris Azhar berkata, ia menunjukkan dakwaan terhadap penganiayaan oleh tentera sekali lagi dikaburkan kebenarannya. "Adakah ini adil? Setahu kami, langsung tiada penyiasatan yang dijalankan. "Proses ini tidak memberikan keadilan kepada mangsa-mangsa," ujar Azhar yang turut menambah mangsa-mangsa itu takut memberikan sebarang keterangan kerana tiada jaminan yang mereka akan dilindungi. - AP [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Post message: [email protected] Subscribe : [email protected] Unsubscribe : [email protected] List owner : [email protected] Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
