http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm
Tiada lanjutan bagi Blackberry JAKARTA 17 Jan. - Indonesia hari ini menolak untuk melanjutkan tempoh akhir yang ditetapkan pada hujung minggu ini kepada pengeluar telefon pintar BlackBerry untuk menyekat akses ke laman web pornografi. Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring berkata, tidak akan ada peluang melanjutkan tempoh akhir yang ditetapkan pada 21 Januari ini, selepas rundingan antara pegawai dan wakil Research in Motion (RIM) diadakan di Jakarta. "Kami tidak akan melanjutkan tempoh itu. Jika RIM tidak menutup laman web porno pada 21 Januari ini, kami akan memulakan proses undang-undang. Kami meminta komitmen ini dibuat dalam bentuk hitam putih," katanya kepada Parlimen, dimana menteri-menteri selalu berkomunikasi dengan BlackBerry. Tifatul mengancam mengambil tindakan undang-undang untuk membataskan operasi syarikat itu di Indonesia, jika mereka tidak mematuhi arahan menyekat laman web pornografi di negara majoriti Islam ini. Sebarang sekatan ke atas RIM merupakan satu tamparan besar kepada firma itu kerana terdapat lebih dua juta pengguna BlackBerry di negara yang mempunyai 240 juta penduduk ini. Jurucakap RIM tidak mengulas berhubung tempoh akhir pada Jumaat ini, tetapi memberitahu syarikat itu sedang berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi permintaan kerajaan. "Kami sangat jelas dengan tuntutan kerajaan dan akan berusaha secepat mungkin untuk memberi penyelesaian bersesuaian dengan permintaan kerajaan ini," katanya. RIM merupakan pengeluar telefon pintar keempat terbesar di dunia dengan jualan global sebanyak 11.9 juta unit, menurut firma penyelidik, Gartner. Ia tidak menapis kandungan webnya di mana-mana pasaran lain di seluruh dunia. - AFP [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Post message: [email protected] Subscribe : [email protected] Unsubscribe : [email protected] List owner : [email protected] Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
