Refleksi : Mesti ringan supaya menjadi contoh agar kalau ada yang kebetulan 
menyusul dalam kasus korupsi tidak akan dijatuhi hukuman lebih berat. Via 
corruption! Viva rezim tukang copet! Viva :-))

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm
Hukuman Gayus terlalu ringan

JAKARTA 21 Jan. - Pejabat Peguam Negara Indonesia menyifatkan hukuman penjara 
tujuh tahun yang dikenakan ke atas bekas pegawai cukai, Gayus H. Tambunan atas 
kesalahan rasuah sebagai tidak memuaskan kerana terlalu ringan.

Timbalan Peguam Negara bagi Jenayah Khas, M. Amari semalam berkata, hukuman ke 
atas Gayus tidak memuaskan kerana tempohnya kurang daripada separuh hukuman 
penjara yang diminta oleh pendakwa raya.

Panel hakim di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 
tujuh tahun ke atas Gayus sedangkan pendakwa raya menuntut hukuman 20 tahun.

"Jika pejabat pendakwa raya (Jakarta Selatan) tidak memfailkan rayuan, Pejabat 
Peguam Negara akan mengarahkan mereka supaya berbuat demikian," kata Amari.

Katanya, pendakwa raya dibenar mengemukakan rayuan jika hukuman yang dijatuhkan 
oleh hakim tidak sampai dua pertiga daripada tempoh yang dituntut oleh pendakwa 
raya.

"Hukuman ke atas Gayus tidak sampai separuh pun daripada apa yang diminta," 
katanya. 

Sementara itu, bekas ketua Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) yang didapati 
bersalah atas tuduhan bunuh, Antasari Azhar akan memfailkan permohonan untuk 
semakan kehakiman berikutan kenyataan yang dibuat baru-baru ini oleh Gayus.

Peguam Antasari, Junifer Girsang berkata, Gayus mendedahkan pendakwa raya, 
Cirus Sinaga terlibat dalam komplot untuk mengetepikan Antasari.

"Berdasarkan keterangan baru itu, kami akan membina kes untuk mendapatkan 
semakan kehakiman dan kami berharap Cirus akan mengaku terlibat," kata Junifer.

Antasari didapati bersalah membunuh ahli perniagaan, Nasruddin Zulkarnaen.

Mahkamah Agung menolak rayuannya pada September lalu dan mengekalkan hukuman 
penjara 18 tahun yang dijatuhkan ke atas bekas ketua KPK itu. - Agensi


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke