http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm

Pelakon Adjie meninggal

JAKARTA 5 Feb. - Seorang pelakon yang menjadi ahli politik, Tjandra Pratomo 
'Adjie' Samiadji Massaid (gambar) meninggal dunia akibat serangan jantung di 
Hospital Fatmawati di selatan Jakarta, awal pagi ini.

Adjie meninggal dunia pada umur 43 tahun.

Salah seorang kakitangan isterinya, Angelina Sondakh yang dikenali sebagai Ayob 
mengesahkan kematian Adjie.

''Kami semua terkejut dan sedih dengan berita itu,'' katanya dipetik oleh 
agensi berita Antara.

Adjie dilaporkan diserang penyakit itu selepas bermain futsal petang semalam.

''Beliau amat aktif bersukan. Kami tidak sangka beliau akan meninggal dunia 
seperti ini,'' kata Ayob.

Adjie dilantik sebagai anggota Dewan Perwakilan daripada Parti Demokratik dari 
2004 hingga 2009 dan dari 2009 hingga 2014.

Beliau berkahwin dengan bekas model, Angelina yang juga anggota Dewan 
Perwakilan pada 2009 dan mempunyai seorang anak.

Adjie mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi 
Reza Artamevia. Mereka bercerai pada 2005.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan hari ini di tanah perkebumian Jeruk Purut 
di selatan Jakarta. - Agensi


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke