http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

Dua maut, berpuluh-puluh ditahan di Iran 

     
      Penunjuk perasaan membakar sebuah tong sampah dalam satu bantahan 
antikerajaan di Teheran, Iran kelmarin. - AFP

--------------------------------------------------------------------------
     


TEHERAN 15 Feb. - Beribu-ribu aktivis pembangkang Iran semalam berhimpun bagi 
menyokong pemberontakan yang dilancarkan oleh penduduk di Mesir dan Tunisia, 
semalam.

Agensi berita separa rasmi, Fars melaporkan, dua individu maut sementara 
beberapa yang lain mengalami kecederaan.

Sebuah laman web pembangkang memberitahu, berpuluh-puluh penunjuk perasaan 
telah ditahan kerana menyertai protes haram yang bertujuan menguji kekuatan 
kumpulan reformis di republik Islam ini.

Sehingga lewat malam semalam, laungan 'Allahu Akbar' kedengaran dari atas 
bumbung beberapa bangunan di Teheran dalam mengenang kembali kejadian protes 
yang dilancarkan ke atas Presiden Mahmoud Ahmadinejad pada 2009.

Lapan maut dalam tunjuk perasaan jalanan besar-besaran yang berlarutan selama 
sebulan itu dan mengakibatkan beberapa penangkapan serta pelaksanaan hukuman 
mati.

Seorang saksi berkata, pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata untuk 
menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan yang berarak menuju ke sebuah dataran 
di sini.

Beberapa siri pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan turut berlaku dan 
berpuluh-puluh penunjuk perasaan ditahan di bandar Isfahan.

Laporan Fars mengenai keganasan penunjuk perasaan itu jelas menggambarkan 
pendirian keras pihak berkuasa untuk membendung kebangkitan semula pihak 
pembangkang.

"Dua individu ditembak mati oleh penunjuk perasaan yang mengadakan perhimpunan 
di Teheran, manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan," lapor Fars tanpa 
memberikan butiran terperinci.

Beberapa penunjuk perasaan di sini melaungkan 'Mati kepada diktator' semasa 
protes yang berlarutan di sesetengah kawasan sehingga lewat malam itu. - REUTERS


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke