http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm

Megawati tidak akan beri kerjasama dalam siasatan rasuah

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]
JAKARTA 20 Feb. - Bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri dilaporkan 
tidak akan memberi kerjasama dalam siasatan yang akan dijalankan oleh 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia.

Presiden Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) itu juga tidak akan 
menghadiri sesi siasatan yang dijadual diadakan esok (Isnin) selagi belum 
mendapat penjelasan sepenuhnya.

Pucuk pimpinan parti itu yakin keengganan Megawati hadir pada sesi berkenaan 
tidak akan menjejaskan imej PDIP, kata koordinator bahagian undang-undang parti 
itu, Gayus Lumbuun kepada akhbar The Jakarta Post.

Suruhanjaya pencegahan rasuah Indonesia sebelum ini membuat kenyataan bahawa 
Megawati akan diminta hadir memberikan kenyataan berhubung satu kes rasuah 
berprofil tinggi pada 2004.

Megawati diminta memberi keterangan mengenai kes yang melibatkan anggota Dewan 
Perwakilan Rakyat (DPR) yang dikaitkan dalam salah guna pada pemilihan Timbalan 
Gabenor Kanan Bank Indonesia 2004, Miranda S Goeltom.

Siasatan itu dibuat atas permintaan anggota DPR yang didakwa iaitu Max Moein 
dan Poltak Sitorus yang mahu bekas Presiden itu disenaraikan sebagai seorang 
daripada saksi kes mereka.

Max Moein dan Poltak Sitorus merupakan anggota DPR pada penggal 1999-2004 yang 
didakwa dalam kes rasuah menyalahgunakan cek perjalanan semasa pemilihan yang 
dimenangi Miranda.

Selain Megawati, suruhanjaya itu juga diminta menyiasat suaminya, Taufiq Kiemas 
dan beberapa tokoh lain.

Gayus berkata, parti PDIP turut mempersoalkan jadual siasatan yang dirancang 
suruhanjaya itu yang disifatkan mempunyai agenda tertentu dan boleh digunakan 
oleh sesetengah pihak untuk kepentingan politik mereka.

Beliau tidak menolak kemungkinan Megawati bersedia memberikan sepenuhnya 
kerjasama terhadap siasatan itu seandainya parti berkenaan menerima penjelasan 
daripada suruhanjaya itu.

Menurut Gayus, keengganan Megawati memberi penjelasan adalah kerana beliau 
tidak tidak tahu apa-apa mengenai kes yang melibatkan dua tokoh itu. - Utusan


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke