Pnya update gbr-nya atau TOA-do?
--- In [email protected], "sunny" <ambon@...> wrote:
>
> Tawang,
>
> Kalau kamu kibul buat orang kampung udik bahwa di sekitar mesjid di
Kobe tidak ada bangunan, akan mungkin mereka percaya. karena mereka 
tidak tahu dan tidak mempunyai kemungkinan untuk menyelidiki, jadi akan
percaya saja, karena kamu dianggap orang pintar iman jadi tau semua hal
di dunia ini
>
> Kota-kota di Jepang penuh sesak, tidak ada tanah kosong, terkecuali
park atau tempat mainan untuk anak-anak, lalin dari itu padat. Di
sekeliling mesjdi di Kobe itu penuh bangunan.
>
> Wass
>
>
>
>   ----- Original Message -----
>   From: Tawangalun
>   To: [email protected]
>   Sent: Monday, March 14, 2011 9:54 PM
>   Subject: [proletar] Re: Masjid Kobe Selamat dari gempa Jepang
>
>
>
>   Dari gambar ini akuilah bahwa kok masjidnya rapopo padahal
sekitarnya satupun gak ada bangunan yg berdiri.
>
>   Coba bukak ini:
>  
http://www.google.com/imgres?imgurl=http://testingunderground.files.word\
press.com/2011/03/masjid-kobe-old1.jpg&imgrefurl=http://testingundergrou\
nd.wordpress.com/2011/03/09/kisah-masjid-kobe-jepun/&h=363&w=500&sz=99&t\
bnid=usd9OCRGnoV8PM:&tbnh=94&tbnw=130&prev=/images%3Fq%3Dmasjid%2Bkobe&z\
oom=1&q=masjid+kobe&usg=__o_t9ZtpAkVMsmMuyX0Lmw7cMWco=&sa=X&ei=Vjl-TbQHx\
8qsB6yS-P0O&ved=0CEYQ9QEwBA
>
>   Kisah Masjid Kobe Jepun
>   Posted: March 9, 2011 by Administrator in New
>   0
>   Siri pengeboman daripada 17 Mac sehingga 30 Jun 1945 oleh pesawat
pengebom milik Amerika Syarikat, American B-29 telah meranapkan hampir
keseluruhan bangunan-bangunan di bandar Kobe. Ekonomi bandar Kobe turut
sama runtuh akibat daripada pengeboman besar-besaran Amerika Syarikat
tersebut. Kobe yang dahulunya menempatkan kilang industri dan perlabuhan
terpenting Jepun telah musnah teruk hanya dalam masa beberapa bulan
sahaja.
>
>   Dianggarkan bahawa sebanyak 8,841 nyawa penduduk Kobe terkorban
samada akibat daripada impak pengeboman dan kebakaran yang dasyhat.
Manakala penduduk Kobe yang terselamat pula kehilangan seluruh rumah dan
desa penempatan mereka. Dengan kata lain, ia bagaikan padang jarak
padang terkukur. Impaknya sungguh dasyhat sehingga novelis kelahiran
Jepun, Akiyuki Nosaka mengabadikan nostalgia tersebut dalam novel
terkenal karyanya, A Grave of Fireflies.
>
>   Namun, tahukah pembaca semua bahawa terdapat sebuah keajaiban yang
perlu pembaca ketahui selepas siri pengeboman dasyhat itu berakhir.
Apakah keajaiban tersebut?
>
>   Masjid yang tidak musnah
>
>   Di saat bangunan di sekelilingnya rebah menyembah bumi, bangunan
yang dijadikan masjid di Kobe atau lebih dikenali sebagai Kobe Muslim
Mosque langsung tidak terusik. Bagai mempunyai kekebalan yang luar
biasa, Kobe Mosque hanya mengalami `luka-luka' ringan sahaja. Hanya kaca
tingkap yang musnah akibat kekuatan ledakan bom dan juga bahagian luar
bangunannya yang retak sedikit impak daripada bom. Walaubagaimanapun,
warna asal Kobe Muslim Mosque bertukar menjadi hitam akibat asap yang
dihasilkan oleh bom dan jelaga daripada bangunan sekitarnya yang
terbakar teruk.
>
>   Hanya Kobe Muslim Mosque(dalam bulatan) yang berdiri teguh miskipun
bangunan di sekelilingnya hancur lebur dibom Amerika Syarikat.
>   `Kekebalan' Kobe Muslim Mosque turut melindungi tentera-tentera Laut
Jepun yang berlindung di dalamnya. Malahan, senjata yang disimpan di
dalamnya juga tidak musnah. Dan ia merupakan satu-satunya peralatan
perang yang berjaya diselamatkan oleh tentera Jepun daripada serangan
bom tersebut. Namun, jumlah senjata yang terselamat tidak mampu
menyelamatkan Jepun daripada menyerah kalah kepada Pakatan Berikat pada
Julai 1945.
>
>   Ia amat menakjubkan lebih-lebih lagi gambar di mana Kobe Muslim
Mosque tidak rosak mahupun musnah telah diabadikan dalam banyak imej dan
novel berkaitan dengan bandar Kobe era Perang Dunia Kedua.
>
>   Bagaimana boleh Kobe Mosque dibina di tengah-tengah bandar Kobe?
>
>   Kobe mengalami pengembangan Islam yang sangat pesat menjelang kurun
ke-20. Ia disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat
Turki-Tartar yang beragama Islam ke Kobe setelah berlaku peralihan kuasa
daripada sistem monarki kepada sistem Komunis pada tahun 1917 di Rusia.
Sejak daripada peralihan kuasa itu, pemerintah Komunis yang diketuai
oleh Vladimir Lenin dengan rakusnya menceroboh negara-negara jirannya
yang lemah termasuk negara yang dikuasai oleh orang Islam. Pemerintah
Jepun yang bermusuhan dengan Rusia telah memberi suaka kepada seluruh
pelarian beragama Islam tersebut di Jepun terutama di bandar Kobe.
>
>   Masjid ini menjadi mencu tanda bandar metropolitan Kobe. Ia masih
digunakan oleh umat Islam Kobe sehingga ke hari ini.
>   Sejak daripada detik tersebut, Islam terus berkembang pesat di Kobe
sehingga berdirinya sebuah masjid yang pertama di Jepun iaitu Kobe
Muslim Mosque pada Oktober 1935. Masjid yang didirikan atas dasar
ketaqwaan kepada Allah swt ini telah dibantu dengan tajaan wang oleh
Sultan Turki Othmaniyyah dan Komuniti Muslim Kobe. Bangunan bersejarah
ini telah direka persis seperti Masjid Biru di Turki oleh seorang
arkitek berbangsa Czech, Jan Josef Svagr. Ia siap sepenuhnya pada
Oktober 1935 dan digunakan secara rasminya sejak daripada tarikh
tersebut sehingga ia diambil oleh Tentera Laut Imperialis Jepun pada
1943. Namun, selepas terselamat daripada binasa semasa pengeboman
besar-besaran pada tahun 1945, masjid ini telah diberi mandat untuk
digunakan secara bebas oleh seluruh umat Islam Kobe tanpa sebarang
masalah dan birokrasi kerajaan.
>
>   Terselamat daripada musnah buat kali KEDUA
>
>   Samaada ia adalah kebetulan ataupun rahmat Allah Taala di bumi Kobe,
Kobe Muslim Mosque sekali lagi terselamat daripada binasa pada 17hb
Januari 1995 susulan gempa bumi berukuran 6.5 MMS(moment magnitude
scale). Gempa bumi dashyat itu memusnahkan hampir keseluruhan sistem
penghubungan bandar Kobe terutama Hanshin Expressway, Kobe Rapid Railway
dan pelabuhan Kobe. Pelabuhan Kobe yang dulunya adalah pelabuhan paling
sibuk di Jepun telah rosak teruk sehingga ia jatuh ke tangga ketiga
selepas daripada tragedi Januari 1995 itu.
>
>   Tragedi yang dikenali sebagai Hanshin Great Earthquake ini telah
memakan korban sebanyak 6,434 orang di seluruh bandar Kobe manakala
300,000 orang mangsa yang terselamat pula kehilangan tempat tinggal.
Tetapi, alangkah ajaibnya apabila melihat bangunan masjid yang berusia
hampir tujuh dekad ini masih lagi tersergam indah tatkala bangunan moden
yang baru berusia satu dekad atau kurang runtuh menyembah bumi.
>
>   Masjid Kobe lama
>
>   Masjid Kobe Baru
>   Itulah kekuasaan Allah swt terhadap rumah-Nya daripada sebarang
bencana dan kerosakan. SubhanaAllah.
>
>   Shalom,
>   Tawangalun.
>
>
>
>
>
> [Non-text portions of this message have been removed]
>




------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke