Kajian bawa Michael kepada Islam SusunanSITI AINIZA KAMSARI.
 Micheal David Shapiro DALAM pelbagai keunikan yang terdapat pada Presiden baru 
Amerika Syarikat (AS), Barack Hussein Obama, persoalan mengenai anutan agamanya 
turut menjadi perhatian ramai! Menerusi laman Ensiklopedia Wikipedia, Obama 
dikatakan seorang penganut Kristian Protestan, pegangan yang terhasil di usia 
dewasa setelah melewati pelbagai evolusi agama dalam hidupnya sebelum ini. 
(Beliau dibaptiskan di Trinity United Church of Christ pada tahun 1988 dan 
sejak itu selama hampir dua dekad lamanya, Obama merupakan ahli gereja yang 
aktif). Walaupun mempercayai dan seterusnya memeluk Kristian secara rasmi, 
namun kedudukan Obama itu adalah jauh lebih baik berbanding ibu bapanya 
sendiri. Ini apabila bapanya, Barack Obama Sr yang asalnya beragama Islam 
bertukar menjadi ateis (namun jenazahnya sempurna dikebumikan secara Islam 
ketika meninggal dunia pada 1982) apabila berkahwin dengan ibu Obama, Ann 
Dunham yang dipercayai juga seorang yang ateis. Menyebut mengenai ibunya itu 
yang turut banyak memberikan pengaruh besar dalam hidupnya walaupun Presiden AS 
ini lebih dibesarkan oleh neneknya, Medelyn Dunham, Obama berkata, beliau 
mendapat inspirasi dalam hal ehwal agama daripadanya ibunya yang menganggap 
agama sebagai ekspresi manusia. Ibunya meletakkan agama dan identiti agama itu 
hanya sebuah fenomena dan apa yang penting dalam agama serta identiti agama 
adalah mengejar hakikatnya. "Perbahasan yang rasional dan kritikal jauh lebih 
penting daripada sekadar mematuhi ajaran dan perintah suci agama. "Islam, 
Kristian, Buddha dan agama-agama lainnya hanyalah dianggap sebagai satu jalan 
menuju hakikat kebenaran," katanya. Mujur tanggapan si ibu hanya memberikan 
satu pengetahuan kepada Obama dari langsung menyebabkan si anak dari turut 
mengikut jejak langkah si ibu itu. Namun mari kita bandingkan dengan seorang 
anak muda dari Pasadena, AS, Micheal David Shapiro. Beliau mungkin turut 
mempercayai ateis tetapi tidak seperti ibu Obama, dia berjaya membuktikan 
bahawa agama tidak sekadar mematuhi ajaran dan segala perintah-perintah yang 
suci. "Saya mula bertanya pada diri sendiri mengenai jumlah tuhan yang perlu 
saya percaya. Namun saya tidak mampu untuk mempercayai lebih dari satu tuhan. 
Tuhan yang dibahagikan kepada dua atau lebih lazimnya lemah berbanding tuhan 
yang satu.


"Jika `seorang' tuhan tidak setuju dengan tuhan yang lain, tentu akan 
membangkitkan pergaduhan di antara tuhan-tuhan ini. Jadi saya percaya manusia 
hanya boleh percaya kepada satu tuhan sahaja," katanya. Begitu pun bagi 
bertindak adil, Michael memberi peluang kepada dirinya untuk mencari kelebihan 
apabila menjadi seorang yang ateis. "Tetapi saya menyedari sepenuhnya setiap 
penciptaan mesti ada yang menciptanya. Jika tuhan itu tidak wujud, mustahil 
bumi, alam semesta dan segala yang terkandung di dalamnya wujud. Jadi, benarlah 
tuhan itu mesti wujud. "Namun percaya sahaja tidak cukup kerana saya perlu 
mengenali tuhan tetapi di mana saya harus bermula kerana terdapat `beribu-ribu' 
tuhan yang wujud seperti yang didakwa oleh pelbagai pengikut," katanya. Oleh 
kerana Michael mempercayai Tuhan Yang Satu, lalu beliau menyenarai pendek 
kepada agama yang percaya hanya pada satu tuhan atau monotheistic. "Ini menjadi 
usaha saya lebih mudah," katanya. Micheal tidak perlu untuk mengkaji agama 
Buddha dan Hindu disebabkan kedua-dua agama ini merupakan kepercayaan 
polytheistic atau berbilang tuhan yang dinampakkan dalam bentuk berhala. Maka 
agama yang percaya kepada ketuhanan yang satu yang perlu dikaji oleh Micheal 
ialah Yahudi, Kristian dan Islam. Lalu beliau bermula dengan agama Yahudi 
sementelah beliau sendiri dilahirkan sebagai Yahudi, iaitu percaya kepada satu 
tuhan, beberapa orang nabi dan 10 Rukun (Commandments), Kitab Taurat dan Jiwa 
Yahudi. "Jiwa yang Yahudi? Apabila saya mengkaji frasa ini, saya menemukan ayat 
yang menyebut; `Jika anda dilahirkan sebagai Yahudi maka anda mesti mempunyai 
jiwa seorang Yahudi dan mesti mematuhi segala keyahudian (Judaism) yang ada'. 
"Kenyataan ini membuatkan saya sangat terkejut, tidakkah ini satu 
diskriminasi?! Agama ini tidak bersifat universal. Jadi tuhan ciptakan Jiwa 
Yahudi, Jiwa Kristian dan Jiwa Islam? Setahu saya tuhan ciptakan manusia sama 
rata tanpa ada sebarang darjat yang memisahkan antara satu sama lain. Oleh 
kerana dia dilahirkan dalam sesuatu agama, maka tuhan meletakkan dekri yang dia 
mesti kekal pada sesuatu agama itu walaupun si penganut itu tahu ada sesuatu 
yang palsu mengenai agamanya itu, adakah itu maksudnya," soalnya. Ini 
menyebabkan Micheal tidak dapat bersetuju dengan agama itu walaupun telah 
dilahirkan sebagai Yahudi. "Seperkara lagi persoalan mengenai neraka juga tidak 
dibincangkan secara serius dalam agama Yahudi. Jadi apa perlunya melakukan 
kebaikan, dan apa salahnya melakukan kejahatan? Jika saya tidak ditakutkan 
dengan hukuman yang tegas jadi apa perlunya saya mempunyai sikap dan moral yang 
baik," kata Micheal.

Setelah sanggup meninggalkan Yahudi, Micheal mencari pula mengenai Kristian. 
"Pada mulanya, saya tidak bermasalah, tetapi apabila diulang kali membacanya, 
satu tuhan yang terdiri bapa tuhan, anak tuhan dan Ruhul Kudus, bagaimana ini 
dapat dijelaskan secara logik. Bagaimana ketiga-tiga unsur ini merupakan Tuhan 
yang Satu. 1+1+1=3, betul? "Saya masih memberi peluang dengan mendapatkan 
sebanyak mungkin penerangan mengenai konsep Triniti ini, namun setelah banyak 
melakukan analogi sekali pun, konsep ini tidak dapat saya terima, akal saya 
tidak mampu untuk menerimanya," katanya. Begitupun Micheal mengharapkan logik 
pada doktrin Kristian yang lain. Ini termasuklah Nabi Isa a.s mati kerana 
dosa-dosa kesemua pengikutnya. "Baginda melakukan ini disebabkan kita semua 
diselubungi Dosa Warisan (Original Sin). Oleh kerana Nabi Isa merupakan anak 
tuhan, jadi dia sanggup mati disalib bagi menyelamatkan orang lain dari neraka 
dan menyelamatkan dari dosa yang ditinggalkan oleh Nabi Adam. "Jadi, kita semua 
ini dilahirkan sebagai seorang yang berdosa termasuklah bayi yang baru berusia 
setahun sudah menanggung dosa dalam usia semuda itu. Ini pelik, dek kerana 
perbuatan seorang manusia, seluruh manusia yang lain perlu menanggungnya," kata 
Micheal. Tetapi Nabi Isa wafat disebabkan baginda `menyeru kepada kasih sayang 
sesama umat'. "Tetapi mengapa di dalam kitab Injil diceritakan baginda merintih 
ketika hendak disalib sambil berkata; Bapa, tidakkah Kau mengampuniku? "Jadi 
adakah ini bermakna Nabi Isa tidak memahami mengapa baginda hendak dibunuh 
dengan kejam tetapi doktrin mengatakan Nabi Isa secara sukarela dirinya 
dibunuh," katanya. Ini membuatkan Kristian juga tidak ada tempat di hati 
Micheal. Lalu apakah ajaran yang seterusnya untuk anak muda ini percaya dengan 
segala kebenaran-kebenaran yang kuat atau sekurang-kurangnya dapat diterima 
oleh akal yang logik?! "Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami Islam. 
Tidak ada pada agama itu yang boleh menimbulkan konflik pada logik akal saya. 
Kitab suci al-Quran itu sendiri sangat menakjubkan dan begitu bersesuaian untuk 
semua zaman dan masa, seolah-olah seperti baru dikarang (diwahyukan). Banyak 
bukti saintifik ditemui dari kitab itu sedangkan kitab itu ditemui sejak 1,400 
tahun dahulu. "Tetapi adakah agama ini bersifat sejagat, agama untuk semua 
tetapi yang lebih menghairankan Islam dinyatakan untuk semua tanpa memilih 
kaum, bangsa, warna kulit, bahasa dan asal usul manusia. Namun lebih 
menghairankan nama agama itu sendiri, iaitu Islam dinyatakan dengan banyak kali 
dalam al-Quran. Jadi benarlah Islam satu agama," tambahnya. Kata Mishael, dia 
tidak menemui sebarang perkataan agama Yahudi ada disebutkan dalam kitab Taurat 
mahupun agama Kristian dalam kitab Injil sekalipun dalam Kitab Perjanjian Lama 
kecuali manusia itu sendiri yang memberikan nama-nama itu, bukan tuhan.

Tidak perlu lama bagi Micheal untuk mempercayai agama mana yang layak untuk 
dianuti. Setelah terjawab segala persoalan maka tanpa ragu anak muda ini 
memeluk Islam dan selamanya beliau tetap yakin pada Islam setelah `berkenalan' 
dengan apa juga yang didakwa sebagai agama! **** *** ***
Shalom,
Tawangalun.



------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke